Goodreads Malaysia discussion

The Last Lecture
This topic is about The Last Lecture
153 views
Buku Berimpak Maksima > The Last Lecture (Randy Pausch)

Comments (showing 1-31 of 31) (31 new)    post a comment »
dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Siapa peminat tegar LL Pausch?

Bab mana paling mengesankan?


message 2: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Ni kena tanya W. Dia ada baca buku ni.


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Bab V - particularly The Lost Art of Thank-You Notes & All You Have To Do Is Ask ... tidak mengesankan sangat, tapi tertempias pada kehidupan harian ... whatever works for him may not works for moi ... ABSOLUTELY!


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Maaf. Saya tak ingat bab-bab tertentu namun yang paling segar dalam ingatan ialah apabila Pausch menyebut tentang:

1 - recovering jerk
2 - no job is beneath you. If you got a job sorting mail, be good at sorting mail.
3 - how freedom is overated. Many people wants freedom of this and that without actually associating them with responsibilites

Point-point di atas adalah yang paling mengesankan pada saya.


Akmal Hizam (akmalhizam) | 35 comments watched Oprah some time ago featuring him as the guest. Nak kena letak dalam wishlist ni.


message 6: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Faizah,

Saya sependapat tentang point no.1 & 2.

Point-point lain yang dapat saya jadikan pegangan:

- kalau jalan kita tersekat di depan, mesti terus cari jalan keluar, mungkin sekatan itu boleh dibuka asal kita bertanya lebih lanjut.
- ikatan kekeluargaan lebih penting dari kereta barunya yang bersih dan mewah.
- kesungguhannya mahu tinggalkan sesuatu sebagai legasi anak-anaknya
- kecekalan dia menghadapi penyakit, secara logikal, tidak menyerah.

Secara keseluruhan, persembahan bukunya bagi saya sangat biasa, tapi ada jiwa dan api.

Akmal,

Last lecturenya boleh dicari di YouTube, kalau belum lihat.


message 7: by Najmuddin, Tok Mudin (new) - added it

Najmuddin (mudin001) | 920 comments Mod
Belum baca lagi buku ini, Insya Allah dalam masa terdekat. :)


Nisah Haron | 145 comments Akhir-akhir ini, saya sangat berminat membaca buku-buku tentang hari-hari terakhir seseorang. Ada suatu kelainan apabila penulis-penulis membincangkan tentang mengingati mati adalah cara untuk menghayati kehidupan. Menjadi sesuatu yang harus difikirkan apabila penulis-penulis ini ialah mereka yang bukan Islam.

The Last Lecture - sudah lama saya mengidam buku ini, tetapi hati masih tidak terbuka untuk membelinya. Saya tahu bahawa ini kisah seorang profesor yang mengetahui bahawa dia akan mati dalam tempoh terdekat dan bagaimana dia memanfaatkan hari-hari terakhirnya.

Buku ini segera mendapat perhatian saya apabila saya melihat saiznya secara fizikal dan gaya persembahan serta gaya bahasa yang memancing dengan tempo yang pantas.

Kisah seorang Profesor di Carnegie Mellon University bernama Randy Pausch yang disahkan mengidap kanser pankreas dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Dia sama sekali tidak merungut atau semata-mata pasrah kepada keadaan tersebut. Apatah lagilah untuk menyalahkan takdir.

Dia menerima dengan rasa terbuka dan membuat persediaan mental serta fizikal bagi orang-orang yang disayanginya untuk meneruskan kehidupan tanpa dirinya kelak. Dia mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil. Sebagai bapa, tentulah dia berasa sungguh sedih untuk meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tetapi dia tahu, kalau dia menangis sepanjang hari sehingga hari kematiannya, itu tidak akan menguntungkan sesiapa.

Peribadi, saya kagum dengan penulis dan tokoh ini kerana sebagai seorang bukan Islam dia telah menunjukkan semangat jugang yang cukup kental untuk hidup. Dia tidak kisah jika dia harus mati pada esok hari kerana hari ini dia akan tetap mengisi kehidupannya sebaik mungkin. Dia juga mahu meninggalkan sebanyak-banyak kenangan manis buat isteri dan anak-anaknya.

Buku The Last Lecture ini juga boleh dijadikan anggap sebagai manual kehidupan. Hidup itu perlu diisi dengan segala-gala kebaikan. Penyakit yang dihidapinya itu langsung tidak dijadikan alasan untuk dia tidak berbahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Dia bukannya seorang peraih simpati ataupun bermuram durja dengan self-pity.

Namun, kisahnya bukanlah kisah tanpa sebarang rasa sedih. Dia tetap menyatakan bagaimana dia sama-sama berkongsi rasa sedih dan bakal kehilangan satu sama lain bersama-sama isterinya.

Buku ini juga boleh dibaca, sambil menonton 'kuliah' tersebut melalui youtube. Layari www.thelastlecture.com untuk manfaat berganda.


Nisah Haron | 145 comments Tertinggal sumber reviu di atas : http://ketikamembaca.blogspot.com/sea....

Saya menulisnya sebagai sumbangan kepada blog tersebut.


message 10: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (last edited Feb 03, 2010 03:42AM) (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Kak Nisah, melihat dari sudut agama kita, memang peribadi Pausch mengkagumkan, kerana sifat redha dengan ujian yang patut ada pada diri orang Muslim itu ada pada beliau. Dan beliau mengembangkan sifat redha tu setapak lagi dengan cuba memberi manfaat kepada orang lain pada masa paling kritikal dalam hidupnya sendiri.

Satu andaian lain, ramai orang-orang Islam seperti ini juga, peribadi-peribadi hebat, tetapi sayangnya tidak menulis sebuah buku seperti Pausch. Mungkin kerana dalam Islam, itu akan dilihat seperti terlalu menggembar-gembur kebaikan diri.


message 11: by Najmuddin, Tok Mudin (new) - added it

Najmuddin (mudin001) | 920 comments Mod
Ada sesiapa telah membaca Tuesdays with Morrie: An Old Man, a Young Man, and Life's Greatest Lesson?

Apa bezanya buku ini dengan The Last Lecture?


message 12: by Aidura (last edited Feb 03, 2010 09:36PM) (new) - added it

Aidura (sofira) | 1472 comments Kalau nak baca sudut pemikiran seorang ahli Tasawuf Islam/Professor yang mengalami penyakit kanser yang kritikal/tenat, boleh baca buku terbitan Indonesia.

Zikir Menyembuhkan Kankerku

Zikir Menyembuhkan Kankerku oleh H.M. Amin Syukur

Buku ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Boleh dibeli dari Gramedia Bookstore.


Ummu Auni (ummuauni) | 533 comments Najmuddin wrote: "Ada sesiapa telah membaca Tuesdays with Morrie: An Old Man, a Young Man, and Life's Greatest Lesson?

Apa bezanya buku ini dengan The Last Lecture?"


Saya lebih suka buku 'The Last Lecture' dari 'tuesdays with morrie'
mungkin saya merasakan nasihat Randy lebih dekat di hati




message 14: by Juliana Es (last edited Feb 09, 2010 05:48PM) (new) - rated it 5 stars

Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mod
Buku The Last Lecture ini secara keseluruhannya saya suka, tak dapek nak tetapkan yang mana paling terkesan di hati. Ia membantu persediaan saya secara mental menghadapi kebarangkalian umi dipanggil kembali ke rahmatullah pada bila-bila masa. Umi juga menghidapi kanser seperti Pausch (tapi jenis kanser yang berbeza). Membaca TLL membolehkan saya menyelami perasaan dan fikiran seorang pesakit kanser menghadapi hari-hari terakhirnya di dunia.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Oh satu lagi,

Brick walls are there for a reason. They are there for those who wants it hard enough.


message 16: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Faizah, baca saja ayat itu, semangat jadi membara untuk merempuh apa saja.


sani | 53 comments Teringat kata2 akhir dia dlm the last lecture (the real lecture, not the book), that almost brought tears to my eyes :

"Have you figured out the second head fake? The talk’s not for you, it’s for my kids. Thank you all,
good night."


message 18: by W (last edited Feb 19, 2010 10:30AM) (new) - rated it 4 stars

W Nor Haslina (wnorhaslina) | 201 comments Saya dah baca buku ni tahun lepas. Saya suka keseluruhan isinya. Simple bukunya tapi mengesan kedalam jiwa. Cewah.
Kadang benda simple tapi kita remehkan. Contoh dalam buku ni part note terima kasih. Ya tak luak pon kalau kita ucap terima kasih kepada sesiapa pun .

:)


message 19: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
So is he dead now???


message 20: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Khairul he died on 25 July 2008, aged 47.


Ulya (Lilue) | 262 comments Just finished reading the book.. Simple aje presentation nya tapi dalam maksudnya..

I liked how he described his childhood, how his parents cultivate their creativity & thirst for knowledge. I wonder if this is why kids today are so lacking of creativity & drive...


Zulaikha Sizarifalina (sizarifalina) | 23 comments dulu siz pernah jadikan buku Tuesdays With Morrie sebagai bahan bacaan dalan Kelas english [ ngajar budak2 IB:] pelajar2 saya sungguh kagum ngan nilai2 yang ada dalam buku itu...tapi susah nak katakan yang mana satu lagi best...hihihihihi


Siti Rahmah | 174 comments saya ada baca buku ni. tp dh lama gak la. dah lupa dah kebanyakan isi kandungan dia. tapi mmg banyak pengajaran la.terutamanya cara dia menghargai seseorang. saya sampai nangis baca part dia arrange utk celebratebesday wife dia masa dia bg lecture tu. masa tgk video dia kt youtube x leh nangis sbb tgk dgn bos sekali....hehehe


message 24: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new) - rated it 5 stars

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1138 comments Mod
Membaca review di sini membuatkan saya rasa nak cari sekarang juga buku ni. Tahu tentang buku ni bila baca di MPH web tapi masa tu tak terasa nak beli.
Banyaknya yang nak dibaca..!


message 25: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Membaca review di sini membuatkan saya rasa nak cari sekarang juga buku ni. Tahu tentang buku ni bila baca di MPH web tapi masa tu tak terasa nak beli.
Banyaknya yang nak dibaca..!"


Kesan sampingan masuk Goodreads, bertambah-tambah buku di rumah :)


message 26: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Siti wrote: "saya ada baca buku ni. tp dh lama gak la. dah lupa dah kebanyakan isi kandungan dia. tapi mmg banyak pengajaran la.terutamanya cara dia menghargai seseorang. saya sampai nangis baca part dia arrang..."

:D tengok semula seorang, kemudian menangis puas-puas.


message 27: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new) - rated it 4 stars

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Sizarifalina wrote: "dulu siz pernah jadikan buku Tuesdays With Morrie sebagai bahan bacaan dalan Kelas english [ ngajar budak2 IB:] pelajar2 saya sungguh kagum ngan nilai2 yang ada dalam buku itu...tapi susah nak kata..."

TWM pun tak kurang menarik, terutama sebab ia melibatkan hubungan guru-murid. Berapa banyak orang dapat berhubung dengan gurunya atau dengan muridnya secara personal seperti Morrie dan penulis.


Siti Rahmah | 174 comments Najibah wrote: "Siti wrote: "saya ada baca buku ni. tp dh lama gak la. dah lupa dah kebanyakan isi kandungan dia. tapi mmg banyak pengajaran la.terutamanya cara dia menghargai seseorang. saya sampai nangis baca pa..."

tak sanggup nk tengok lg dah


Rozy Latip | 209 comments It seems like very interesting book. nampaknya kena dapatkan ni.....


iramahati melody | 75 comments now that I've read all the comments here, nampaknya bertambah lagi satu buku di dalam wishlist. :)


Siti Rahmah | 174 comments Najibah wrote: "Nor Azzah wrote: "Membaca review di sini membuatkan saya rasa nak cari sekarang juga buku ni. Tahu tentang buku ni bila baca di MPH web tapi masa tu tak terasa nak beli.
Banyaknya yang nak dibaca....."


betul3 (versi upin dan ipin)


back to top

unread topics | mark unread


Books mentioned in this topic

Tuesdays with Morrie (other topics)
Zikir Menyembuhkan Kankerku (other topics)