group discussion


37 views

topic: Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah! > Hidupkan semula KBABKB dengan format baru


Comments (showing 1-8 of 8) (8 new)    post a comment »
dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah (last edited Aug 28, 2009 03:42PM) (new)

1169882 Salam rakan-rakan, saya mahu cadangkan kita hidupkan semula KBABKB - tapi mungkin dengan format baru terutama dari sudut tempoh pemilihan buku dan tempoh baca.

Saya yakin salah satu sebab kurangnya sambutan adalah buku yang terlalu banyak mahu dipilih. Kerana minat orang dah tentu berbeza-beza, semestinya kita pun mahu habiskan buku-buku yang dah lama kita rancang mahu baca. Saya yakin kita bukan tak membaca, tapi keadaan hidup dikelilingi tanggungjawab (rata-rata di GR Malaysia sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan belajar), membuatkan masa kita terhad dan kena pilih antara ribuan buku impian masing-masing.

Jadi, cadangan saya, kita pilih 4 buah sahaja buku yang sangat bertuah dalam satu tahun - setiap satu buku KBABKB ada tempoh 3 bulan untuk dihabiskan antara buku-buku kita yang lain?

Macam mana?


message 2: by Saniah (new)

2252817 Boleh juga tu.Bila banyak sangat pilihan rambang mata, poket pun makin nipis.


message 3: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Assalamualaikum

Hai semua..!! Sorry lama tidak aktif di sini. Pulang dari confinement saya terlalu banyak yang perlu dikerjakan, tambahan pula lunch time sudah didedikasikan untuk menyusu Muhammad Faiz di taska, jadi saya tidak punya banyak masa langsung. Di rumah tak usah cerita. Lepas dinner saja kami semua akan terjelepok kepenatan! Ini pun saya mencuri2 masa jd jika ada yang tersilap eja itu faham2 sajalah ya!

Ok. Saya rasa 4 buah setahun terlalu sikit. Maaf. Satu buku sebulan, tak boleh kah kawan-kawan?

Oh ya. Satu lagi. Memandangkan kita ada banyak buku yang dicalonkan pd bulan2 lepas tetapi kurang 'berusik', apa kata kita cuba naikkan semula buku yang kurang 'berusik' tersebut sebagai bacaan bulan yang akan datang?

Pohon timbang-timbangkan ya.



message 4: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Kalau bulan-bulan lepas pun buku yg dicalonkan tak diusik, saya rasa bulan depan pun tak akan diusik. Calonkanlah buku baru pula.


message 5: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 Ya setuju, buku yang tak berusik tu... tinggalkan dulu. Banyak lagi buku dalam dunia yang nak dibaca.

Kehkehkeh!


message 6: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Heh.. betul juga ya.


message 7: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Jadi macam mana dengan bulan ini? Mahu diteruskan ke KBABKB? Format bagaimana patut dipakai?


message 8: by Khairul H., I Know Where You Live (last edited 26 days ago, 04:53PM) (new)

506469 KBABKB tidak semeriah yg diharapkan Faizah dan Najibah kerana kekurangan input dari ahli-ahli forum ini. Misalannya apabila satu buku itu dicalonkan, paling ramai pun 2-3 orang saja yg 'membedah' buku tersebut. Masalahnya ahli-ahli kita mempunyai selera yg berlainan. Selera yang paling serupa yang saya nampak pun adalah buku-buku Faisal Tehrani. Tapi itu pun bukan semua yg menjadi peminat, contohnya saya.

'Book discussion' hanya boleh berjaya jika:

(1) buku itu diminati oleh majoriti ahli-ahli forum ini (ahli yg aktif le, kita ada 201 ahli tapi yg aktif tak sampai 10 pun)

(2) buku yg dicalonkan haruslah sudah habis dibaca oleh semua. Macam mana nak bedah kalau pegang buku pun belum.

(3) Hanya satu buku saja dibedah setiap bulan.

(4) Perlu ada dedikasi daripada mereka yg ingin membedah benda alah tu. 'Book discussion group' yg saya lihat di Barat selalunya menetapkan tempat dan waktu untuk mereka berjumpa dan membincangkan apa yg telah dibaca. KBABKB ni walaupun di alam maya yg secara teorinya boleh diakses bila-bila masa tetapi jika majoriti ahli buat tak tau, macam mana nak bedah? Saya bukan menyalahkan ahli-ahli GR. Kita ada kesibukan masing-masing. Saya cuma memberi pandangan dan cadangan bagaimana nak meningkatkan mutu KBABKB.


Bagi saya sendiri, tak kisah sebenarnya. Ada KBABKB, tak ada KBABKB. Takde beza. Sebabnya selera saya paling le tak serupa dgn ahli-ahli GR M'sia yg lain (Faisal Tehrani? No, thank you. Anyone read the latest Batman? Anyone? Anyone? Anyone? What about the latest Terry Pratchett? Aku sorang je ke? Cet!)




back to top


unread topics | mark unread