group discussion
topic:
Archive >
KBABKB Julai 2009: Fenomena Nizar [SEDANG BACA]
date
newest »
newest »
Salam dan Selamat Sejahtera,
Ketua perbincangan: Aidura Sofiee
Tidak tertakluk kepada ketua perbincangan sahaja, para peserta juga diharap agar dapat melontarkan soalan2 menarik supaya proses pembacaan dan perbincangan menjadi hangat dan lebih rancak.
Selamat membaca Fenomena Nizar!
Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan islam terkini – menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia.
Kami berpuashati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih timah yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor RAKSASA di Putrajaya.
Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup real oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya.
Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.
Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian sama ada ia adalah tuah atau tragedi.
Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.
Dalam erti kata lain, BUBARKAN DEWAN! Biar rakyat yg menentukan dan bukannya hakim yg ada kepentingan sendiri atau istana yg boleh dijual beli.
Isi Kandungan
Seasap Keris
Sekental Nyali
Pandang Sisi: TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
BAB 01:
Nizar: Fenomena dalam Politik Malaysia
- Siapa IR. Nizar
- IR. Nizar diterima ramai
BAB 02:
Isra' Mikraj Menjana Kejayaan Rakyat Perak
- Perjuangan Rasulullah SAW diteruskan
- Musuh dengki
- Keberkatan
BAB 03:
Tanggungjawab Sebagai Pemimpin
- Awal kemenangan
- Mengisi kemenangan
BAB 04:
Bersama Menegakkan Keadilan Sejagat
- Pakatan Rakyat ke arah keadilan sejagat
- Pakatan Rakyat dicemburui musuh
BAB 05:
Mehnah dan Tribulasi dalam Mentadbir
- Gunting dalam lipatan, pepijat dalam selimut
- Benci kepada nifaq
- PR Perak diganggu
- Serangan semakin hebat
- Kesabaran
BAB 06:
Konsep Tadarruj dalam Perlaksanaan Islam
- Islam agama mudah
- Konsep tadarruj Pakatan Rakyat Perak
BAB 07:
Hindari Fikrah Perkauman
- Asobiyyah membinasakan
- Asobiyyah di Malaysia
- Islam berjaya menjadi penyelamat
BAB 08:
Sabar Menghadapi Kemelut
- Perancangan Allah
BAB 09:
"Patik Mohon Sembah Derhaka..."
- Kedudukan penguasa dalam islam
- Taat kepada penguasa
- Asas perbincangan
- Sistem Beraja
- Isykal dan jawapan
- Beberapa igauan dan jawapan
- Kesimpulan
BAB 10:
Nizar dan Media
- Berjaya sampaikan mesej kepada Raja Nazrin
- 'Pilihanraya bubar DUN mampu selesai kemelut politik di Perak'
- Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak: Saya tidak gila kuasa
- MB Haram laksana tugas MB Halal
- Krisis perlembagaan di Perak
BAB 11:
Anekdot
Ah, ketika membeli Devil's Place tempohari, saya memegang juga buku ini bersama satu lagi buku tulisan Dr Mujahid Yusof, kedua-duanya terbitan Anbakri. Akhirnya saya memilih untuk membeli buku Dr Mujahid. Jadi tak dapat nak sama-sama membedah di sini. :)
ini sabotaj namanya, cik mudin weyyy...
hangpa pilih buku Mujahid Yusof jek na. apesal tak angkat fenomena nizar sekali? :D
Saya bukan tak minat tapi dah mengikuti krisis ini sejak ia tercetus tahun lepas. Rasa macam dah tau segalanya. Tu le maleh nak baca buku ni. Menaikkan darah je. Saya mmg dah lama kecewa dgn institusi mahkamah Malaysia. Tak sangka pula istana pun boleh digadai maruahnya.
Tapi ada hikmahnya. Keputusan mahkamah telah mewujudkan 'precedent' yg membolehkan kerajaan bertukar tangan hanya dengan YB-YB melompat parti. Tak perlu ada p/raya. Maksudya, kalau mereka boleh buat, PR pun boleh buat le.
Saya ada belek-belek buku ini di gerai buku sehari lepas, buat masa ini belum betul-betul terpanggil - saya rasa buku ini lebih kepada buku politik yang bernaung di bawah nama bekas MB Perak tersebut. Isinya banyak memuatkan hujah-hujah aqliah, sangat bagus, tetapi kalau diperhatikan sudah acap juga diperkatakan oleh buku-buku politik-agama yang lain.


