Group Discussion

Goodreads Malaysia Goodreads Malaysia

Topic: Archive > Senarai 50 Shah

Comments (showing 1-34 of 34) (34 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Shah (last edited Oct 24, 2009 07:27am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments Sekadar berkongsi bersama buku-buku yang habis dibaca untuk tahun 2009. Kebanyakan pembacaan saya dihabiskan ketika berada di bilik guru tika menunggu masa untuk masuk ke kelas dan pada hujung minggu di rumah.

1.Tunnels Terowong (Gordon & Williams)

2.Bunga Kebahagiaan (Tuan Guru Nik Aziz)

3.Aku Terima Nikahnya (Ustaz Hasrizal)

4.Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Muhd.Kamil Ibrahim)

5.Tip Menjadi Penulis Bestseller (Zamri Muhamad)

6.Keraguan Munasabah (Z.A.Imad)

7.Merantau Ke Deli (Hamka)

8.Duri Sarajevo (Mohd.NAzir Saad)

9.Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha (Taufiqurrahman al-Azizy)

10.Sang Pemimpi (Andrea Hirata)

11.Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani)

12.Justeru Impian di Jaring (Zaid Akhtar)

kemaskini 21/5/09

13. Tawarikh Cinta (Nisah Haron)

kemaskini 1/6/09

14. Hikmah Hati (Maszlee Malik)

kemaskini 3/6/09

15. Bidadari Dari Timur (Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri)

kemaskini 21/6/09

16. Tuhan Manusia (Faisal Tehrani)

17. Sayap Adinila (Firdaus Ariff)

kemaskini 18/7/09

18. Rindu Bau Pohon Tin (Hasrizal Abd. Jamil)

19. Panggil Aku Melaju (Rahmat Haroun Hashim)

20. Glob Dunia untuk Raja Sicily (Luqman Ghazzi)


message 2: by Najibah, she can read, at last! (new)

Najibah | 1769 comments Inilah orangnya yang boleh diangkat sebagai guru contoh :) - Shah guru NILAMkah?

Keraguan Munasabah (no 6) buku tentang apa ya?


message 3: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Wahh..belum sampai tahapnya lagi untuk menjadi guru contoh. hehe. Tidak, saya bukan guru NILAM. Cuma mengajar mata pelajaran Pengajian Am. Iya..mata pelajarannya amat sesuai dan serasi dengan diri saya yakni kena banyak membaca.

Keraguan Munasabah sebuah novel yang mempunyai tarikan tersendiri. Bukunya menerapkan genre yang mungkin baru dalam bidang penulisan negara iaitu berkenaan bidang undang-undang. Seperti kebiasaan, kita mengenali bagaimana laras undang-undang digunakan di mahkamah dan kehidupan para peguam sehingga terasa pening untuk memahaminya. Namun, keupayaan dan kreativiti penulisnya Z.A. Imad memudahkan pembaca bagi mengatasi masalah tersebut. Sebuah karya yang patut dibaca :)


message 4: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Sekarang tengah mengeluti novel TUHAN MANUSIA yang sudah mampir untuk dihabiskan.


message 5: by Shah (last edited Jul 30, 2009 04:55am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments 21. Manikam Kalbu(Faisal Tehrani)

Fuhh..jauh lagi perjalanan untuk sampai angka 50 ni. :)


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 697 comments Dah 21 dah, Shah! Ni baru separuh tahun, insya'allah by year end dah sampai 50 lah tu... :) Go, go, go!


message 7: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 22. Hafalan Shalat Delisa(Tere Liye)

Alhamdulilah..tambah lagi satu setelah usai maghrib td :)insyaAllah..harap2 nya begitu Kataklicik.


message 8: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 23. Pudarnya Pesona Cleopatra (Habiburrahman El-Shirazy)

24. Buat Duit dengan Tuisyen (Osman Affan)


message 9: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 25. Ketupat Cinta Musim Pertama(Faisal Tehrani)

26. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain (Afareez Abd Razak Al-Hafiz)

27. Siri Detektif Indigo Ikan Fugu, Lukisan & Jimson(Faisal Tehrani)

28. Stingarden (Sinaganaga)

29. Bahtera Naib Nuh dan Kisah-kisah Lain (Saridah Hamid)


message 10: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 30. Satu Rasa Dua Hati (Ustz Pahrol Juoi)

31. Rindu Andalusia (Radwa Ashour)


message 11: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 32. Kudeta Intro (Khairul Nizam Khairani)

33. Strategi bisnes Manchester United (Ashadi Zain)


message 12: by Shah (last edited Oct 07, 2009 08:57am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments Dengan berbaki 3 bulan lagi..terlaksanakah impian untuk menamatkan 50 buah buku tahun ini.


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 695 comments Buatlah yang termampu. Saya pun masih jauh!


message 14: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 34. Diari Hidup Rasulullah s.a.w (Muhd Abd Syukur, Muhd Muslih Aziz dan Muhd Shamsul Yakin)

35.Taqwa (Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat)


message 15: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 36. Demi Masa (Abu Hassan Morad)


message 16: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Alhamdulilah.. sudah semakin dekat.

37. Tawassul (Isa Kamari)

38. Travelog Dakwah Meniti Hari Esok (Prof. Muhd Kamil Ibrahim)

39. Kita Berada di Akhir Zaman (Abu Fatiah Al Adnani)


message 17: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 40. Kasih Nan Agung (Sri Rahayu Mohd Yusop)

Nampaknya corak penulisan Kak Sri Rahayu semakin meningkat dengan usaha penyelidikan yang cukup sempurna melalui novel kali ini. Sememangnya menjadi pemenang HSKU 2008 Kategori Novel Dewasa.


message 18: by Profhussaini (new)

Profhussaini | 31 comments Fuh... sikit lagi tue...


message 19: by Shah (last edited Nov 05, 2009 07:28am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments 41. Solat & Keajaibannya (Dr. Hj.Ishak Baharom)

Sebuah buku yang ringkas dan padat berkenaan hikmah di sebalik solat yang dikerjakan oleh umat Islam. Ia memberikan semangat dan peringatan untuk memelihara dan menjalani ibadah solat dengan sempurna.


message 20: by Shah (last edited Nov 12, 2009 12:58am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments 42. Saasatul Ibaad (Faisal Tehrani)

43. Kerjaya Sebagai Pensyarah (Norhasni Zainal Abidin dan Mohd Rafaai Ayudin)

44. Penulisan Cerpen Visi dan Langgam (Othman Puteh)


message 21: by Shah (last edited Nov 20, 2009 03:59am) (new)

Shah Abdullah | 200 comments 45. The Hidden Face of Iran Catatan Perjalanan Warga Amerika Serikat Menembus Jantung Negeri Iran (Terence Ward)

Sebuah pengembaraan yang menakjubkan oleh keluarga Ward di bumi Iran demi mencari dan mengubati kerinduan kepada Hassan sekeluarga..


message 22: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 46. Tenggelamnya kapal Van der Wijck (Prof.Hamka)

Sedih dan pilu mengenangkan kisah cinta Zainuddin dan Hiyati yang tidak kesampaian untuk dipaterikan dalam kehidupan bersama melalui akad yang suci..


message 23: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 695 comments Kerana itu, cinta tidak semestinya memiliki (dan dimiliki). :)


message 24: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Hehe..setuju tu :)


message 25: by Aidura (new)

Aidura Sofiee (sofira) | 1452 comments 4 more to go...

waktu cuti sekolah ni mesti baca melebihi 50 buku, kan. ;)


message 26: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Hehe..insyaAllah, rasanya boleh melebihi angka 50 cuti sekolah sebegini.


message 27: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 47. Laskar Pelangi (Andrea Hirata)

48. Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam (Muhsin Labib.Ibrahim Muharam.Musa Kazhim.Alfian Hamzah)


message 28: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 2 more to go..


message 29: by Syamil (new)

Syamil A Samad | 138 comments Shah wrote: "2 more to go.."

seronok melihat kesungguhan en shah...boleh saya tahu novel Kudeta Indro mengenai apa??ada ternampak di kedai buku tapi seperti segan2 hendak membeli..


message 30: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Akhirnya..tercapai sudah impian mengusaikan pembacaan 50 buah buku..

49. Rahsia Bisnes Google (N.K. Susrini)

50. Bayang di Tirai Belulang (Nor Azah Aziz dan Rozlan Mohamed Noor)


message 31: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments Syamil,

Bagi saya, Kudeta Intro sebuah karya fiksyen yang menarik dan penuh aksi yang mendebarkan. Bagaimana ia memperlihatkan perjuangan puak pemisah Mindanao yang ditekan oleh pihak berkuasa Filipina yang mempunyai agenda tersembunyi. Dalam masa sama, ia membabitkan seorang jurutera dari Malaysia yang disyaki membekalkan peralatan senjata kepada puak pemisah dan dia membuat perjuangan untuk membersihkan namanya daripada skandal tersebut. Menariknya adalah apabila konflik2 ini mempunyai pertautan yang begitu mendebarkan pembaca sehingga melibatkan negara lain yakni Singapura dan Amerika Syarikat.

Ketika membaca karya ini, seolah-olah pembaca turut merasai kecemasan dan ketegangan yang berlaku. Gambaran yang tergambar begitu menggugah imaginasi pembaca. Tidak rugi mendapatkan novel thriller ini. Selamat membaca, Syamil..


message 32: by Syamil (new)

Syamil A Samad | 138 comments shah,

terima kasih atas komentar yang diberikan.akan mendapatkan novel ini secepat mungkin.ingin juga terasa kecemasan dan ketegangan yang saudara shah telah katakan.


message 33: by Aidura (new)

Aidura Sofiee (sofira) | 1452 comments alhamdulillah, tahniah! ;)


message 34: by Shah (new)

Shah Abdullah | 200 comments 51. Maaf Dari Sorga (Faisal Tehrani)


back to top

post a comment »
unread topics | mark unread