group discussion
topic:
Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah! >
Panduan Ringkas: "Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah!"
date
newest »
newest »
Sedikit panduan ringkas bagi yang berminat menyertai diskusi buku "Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah!":1. Setiap bulan, empat buah buku akan dipilih dalam dua kategori. Kategori pertama berdasarkan tema dan kategori kedua bebas/tanpa tema. Bagi setiap kategori pula dibahagikan kepada fiksyen dan bukan fiksyen.
2. Buku yang dicalonkan boleh saja berbahasa Melayu atau Inggeris. Tema buku pilihan harus dinyatakan semasa membuat pencalonan.
3. Setiap orang
3. Sesiapa yang mencalon buku dan bukunya terpilih, dia akan menjadi leader/ketua perbincangan bulan tersebut - ketua perlu menyediakan seberapa banyak soalan diskusi untuk buku yang terpilih.
4. Rakan lain, yang buku pencalonannya tak terpilih, boleh bersedia dengan soalan tambahan.
5. Setiap bulan, diskusi bermula daripada 1-30/31hb. Pemilihan tema dan pencalonan untuk bulan seterusnya dibuka daripada 14-24hb. Pencalonan bagi satu-satu kategori akan ditutup sebelum tarikh pencalonan berakhir sekiranya telah mencapai 4 tajuk (untuk memudahkan poll).
6. 25-30/31hb adalah masa 'bertenang' untuk mencari buku yang telah dipilih masing-masing.
7. Sesiapa saja boleh mengambil bahagian, tidak semestinya perlu menghabiskan 4 buah buku yang terpilih setiap bulan. Setiap orang punya citarasa buku masing-masing dan hak itu kekal diraikan :)
SalamWajib kah calon 4 buku? Sebab kalau saya satu buku sebulan pun macam liat nak habis.
Kalau empat mesti saya akan masakkan buku-buku tu untuk anak-anak saya.. Hehehe.. Takdok kojo lain laa den.
Salam juga Faizah,He he he, nak masak apa bukunya? Sup ke gulai?
Oklah, kalau rasa 4 pencalonan setiap orang tu membebankan, jumlah pencalonan ditukar jadi bebaslah (",). No problem.
Kemungkinan gulai... Hehehe.. Tapi..goreng pon sodap. Hehe.
Ermm.. tadi rasanya nampak mcm seseorang iras Najibah bawak kereta di Shah Alam. Hmmm.. mungkin tak kot. Ke pesta buku lagi ke hari ni?
Pelanduk dua serupa tu - semalam Ahad tak sampai ke S. Alam, setakat round-round area dekat rumah saja.Faizah, dah semput mahu ke PBAKL - hari ni sakit tangan dukung anak hari Sabtu belum hilang sepenuhnya lagi.
Salam kepada semua warga GR Malaysia,Jangan lupa fikir-fikirkan buku untuk bacaan Jun, kita akan buka pencalonan esok!! Tak sabar rasanya - sebab suasana pencalonan tu meriah, ala-ala pilihan raya kecil :D malah lebih meriah lagi dari waktu-waktu selepas kemenangan buku tertentu. He he he.
Setiap bulan, diskusi bermula daripada 1-30/31hb. Pemilihan tema dan pencalonan untuk bulan seterusnya dibuka daripada 14-24hb. Pencalonan bagi satu-satu kategori akan ditutup sebelum tarikh pencalonan berakhir sekiranya telah mencapai 4 tajuk (untuk memudahkan poll).
Najibah:
Saya ada soalan ni ...
Diskusi itu memang akan begitu je ye? Tak ada kesimpulan dari keseluruhan perbincangan?
Aduhh ... lembab betul rasanya saya ni!
@ Peesha,Bagi saya lebih menarik untuk biarkan diskusinya mengalir sendiri secara bebas - rigidity akan membosankan saya rasa?
Tapi kalau ada discussion leader atau ketua perbincangan mahu buat kesimpulan, sudah tentu sangat baik juga :)
Terpulang pada rakan-rakan di sini. Apa kata mereka agaknya?
Najibah wrote: "@ Peesha,Bagi saya lebih menarik untuk biarkan diskusinya mengalir sendiri secara bebas - rigidity akan membosankan saya rasa?
Tapi kalau ada discussion leader atau ketua perbincangan mahu buat ..."
Bagus juga buat kesimpulan tu. Tapi ada saya concern sikit tentang yang belum membaca buku tu. Spoiler issue lah kira ni..Macam mana ya?
Haruskah ada di setkan supaya jawapan dan kesimpulan diberi pada penghujung tempoh pembacaan? Atau haruskah dimulakan thread2 yang baru untuk yang sedang dan telah habis membaca, misalnya?
Menarik juga idea Faizah tu. Saya ada tengok di GR Indonesia, mereka ada dua thread untuk setiap buku. Satu untuk mereka yang dah habis baca, dan satu untuk yang sedang baca.Dan konsep mereka bukan berdasarkan soalan, tapi lebih pada berkongsi apa yang kita rasa terkesan kepada diri sendiri sepanjang proses pembacaan.
Saya tak ada masalah untuk ubah format, asalkan semua selesa dan tak kekok untuk sertai diskusi.
Mungkin kita boleh keep discussion format based on questions for those-who-already-finished-the-book thread?
Saya pun berpendapat yang moderator tidak perlu kemukakan soalan secara tetap, tapi mungkin boleh mulakan perbincangan dari satu perspektif sebagai memecahkan ais. Contohnya, apa pendapat anda tentang watak si fulan dan tindakannya melakukan sekian sekian perkara. Dari situ, perbincangan boleh mengalir dengan bebas dan natural, tanpa rasa seperti hendak menjawab soalan.Malah, mana-mana ahli pun dipersilakan memula perbincangan dari perspektif yang berlainan mengenai satu-satu buku. Jadi taklah rasa seperti hendak tunggu moderator mula dulu dan yang lain tunggu/lihat saja.
Saya setuju dengan Faizah darihal spoiler. Perbincangan kita ni boleh saja menggalakkan ataupun mematikan niat membaca buku tersebut (bagi yang sedang berura-ura). Kita kenalah kurangkan unsur-unsur spoiler, supaya orang yang membaca perbincangan buku tersebut berasa semakin teruja untuk memiliki atau meminjamnya.
Assalammualaikum...
Mungkin tidak sempat habiskan bacaan.
Kerja terlampau banyak.
Akan bertukar unit mulai Jun...
Sedihnya... :(



