group discussion


189 views

topic: Selamat Datang & Pengumuman > Salam buku....





Comments (showing 82-131)    post a comment »

message 131: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Masa saya pun padat. Lebih mudah, bagi saya, untuk 'berjumpa' di alam cyber sahaja.


message 130: by Najibah (new)

1169882 Hamizao,

Memang teringin sangat berjumpa dengan rakan-rakan di GR. Dalam kepala memang ada idea untuk acara itu ini kalau mahu buat perjumpaan pertama, mungkin kuiz dan acara untuk kanak-kanak dengan buku, tapi sayang masa saya agak padat sekarang.

Rakan-rakan lain tak mahu buat perjumpaan ke?


message 129: by Aidura (new)

1386801 Syamil,

Welcome to the GR MY club!

Mari kita sama-sama berusaha agar dapat mencapai senarai 50 buku setahun.

Let's do it! ;)


message 128: by Hamizao (new)

1367779 Tak fahamlah....sampai la ni pun belum ada apa2 :(


message 127: by Syamil (new)

2305318 saya sudah lama daftar masuk di group ini tetapi baru sekarang terasa mengaktifkan diri.salah silap tolong ajarkan...

nota kaki : sangat kagum dengan senarai 50 buku setahun rakan2 sekalian. sangat berharap saya juga dapat melakukan perkara yang sama


message 126: by Profhussaini (new)

2857724 Salam...

Saya masih baru di GoodReads, semoga dapat sama-sama berkongsi dalam komuniti ni.


message 125: by Hamizao (new)

1367779 I lost this for a while...baru jumpa balik. Alaahai! Rayapun dah habis :( Jomlah kita buat perjumpaan...di Kopitiampun OK. Tok Mudin takkan sibuk selalu!


message 124: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 KAH KAH KAH!

(Saya sedang sibuk berpolitik, jangan ganggu!)


message 123: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (last edited Oct 27, 2009 01:28AM) (new)

1260846 Erm salam. Nak tanya kepada Najmuddin (dan Bunnybaby) satu soalan yang sedikit sensitip..

Jamuan raya/perjumpaan Goodreads tak nak buat ke tahun ni?

***laarriiiiii...


message 122: by Ikmal (new)

2120262 Salam Aidilfitri buat semua komuniti Goodreads. Lama tidak berhubung gara-gara kesibukan mengajar semenjak berpindah kampus. Tahniah buat Kak Najibah atas tersiarnya cerpen dalam Mingguan Malaysia. Masih belum berkesempatan membaca. Insya Allah cuti ni baru berpeluang mengadap Goodreads. Asyik-asyik membaca bidang pengajian yang sama juga pun bosan juga.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin :)


message 121: by Frida (new)

2654807 Baru habis baca cerpen k.najibah(jumpa kat utusan online).Nicely done!Congratz and keep up the good work.


message 120: by Ezdwan (new)

2540579 Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan selamat hari raya kepada semua teman-teman di grup Goodreads Malaysia!!

Semuga amalan sepanjang Ramadhan diterima Allah hendaknya...

Ikhlas,

Ezdwan Razak bin Zainal Abidin
Raja Maya Azhana binti Raja Mansor
Muhammad Abu Bakr bin Ezdwan Razak


message 119: by Thamrong (new)

1357177 Frida wrote: "Assalamualaikum dan selamat petang.

Salam Buku..

Saya orang baru kat group ni, joined goodreads pun baru bulan lepas. Mintak tunjuk ajar ye..=p

p/s : Selamat Hari Raya..=)"


You are most welcome to participate. We need your contribution in this healthy discussion.


message 118: by Frida (last edited Sep 16, 2009 01:51AM) (new)

2654807 Assalamualaikum dan selamat petang.

Salam Buku..

Saya orang baru kat group ni, joined goodreads pun baru bulan lepas. Mintak tunjuk ajar ye..=p

p/s : Selamat Hari Raya..=)


message 117: by Thamrong (new)

1357177 Ezdwan wrote: "Dan saya cadang, cadangan ditutup. :)"

(")


message 116: by Ezdwan (new)

2540579 Dan saya cadang, cadangan ditutup. :)


message 115: by Hamizao (new)

1367779 Cadangan yang baik. Sy sedia memberi sokongan :)


message 114: by Thamrong (new)

1357177 Najibah wrote: "@ Faizah, takde mention mana-mana pun, seganlah nak heboh-heboh - orang dah lama berlari, kita baru bertatih ni malu pula rasanya nak bising-bising.

@ Faizah, Ummu Auni, Edzwan dan Adyda, terima k..."

A good start as Sir Francis Bacon said
"Reading makes a full man; conference a ready man; and writing an exact man." or shall I say lady instead of man.(",)



message 113: by Najibah (new)

1169882 @ Faizah, takde mention mana-mana pun, seganlah nak heboh-heboh - orang dah lama berlari, kita baru bertatih ni malu pula rasanya nak bising-bising.

@ Faizah, Ummu Auni, Edzwan dan Adyda, terima kasih banyak-banyak, perjalanan masih panjang lagi ni... mohon doa daripada semua :)




message 112: by Najibah (new)

1169882 Suami dan Hami sendiri memangnya ulat buku! Awas, bila dah sama2 ulat, berserepahlah buku! Mana2 sahaja nampak buku termasuklah bilik air. Tak cukup tangan Hami nak kemaskan. Tolooong!

Saya sanggup buat apa saja tu untuk menukar suami jadi ulat buku, hatta kalau terpaksa mengemas buku yang selalu bersepah. Saya rasa ada kesunyian tersendiri bila seorang ulat buku berpasangan dengan pasangan yang bukan ulat buku - apatah lagi dalam kalangan keluarga, adik, kakak, emak dan arwah ayah, semua kaki buku. Tapi dah tentu ada hikmah yang tak boleh disangkal, paling penting tak boleh putus asa untuk membantu pasangan mencintai buku.




message 111: by Adyda (new)

638983 salam

Saya dah baca cerpen tu. Patut pun nama familiar aje. Tahniah Najibah :)


message 110: by Ezdwan (new)

2540579 Cerpen yang begitu provokatif. Dapat perhatian dan pujian daripada FT tu!!! Fuhyo!!!


message 109: by Ummu Auni (new)

1091055 wah wah najibah menulis eh?

saya google tajuk tersebut, keluar ini

tahniah!


message 108: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Salam Kak Najibah

Saya pasti Kak Najibah sudah mention sebelum ini, namun apabila melihatnya sendiri terpapar dalam Mingguan Malaysia semalam, hati terlebih kembang, izinkan saya untuk tumpang bangga.

Tahniah atas 'Sehampar ambal tabriz'. Selepas ini bolehlah register jadi goodreads author pula, ya?

If you have no idea what I am talking about, please grab a copy of yesterday's Mingguan Malaysia, page 18 in particular.

Happy Puasa everyone..!!


message 107: by Ezdwan (new)

2540579 Haha... selalu tinggal buku dalam toilet...


message 106: by Hamizao (new)

1367779 Najibah wrote: "Edzwan, saya pula sebaliknya. Tengah mengusahakan supaya suami jadi pembaca tegar. Alhamdulillah sekarang ada perubahan walaupun tidak banyak - tahun ini tahun ke lima perkahwinan, belum sampai sep..."

Suami dan Hami sendiri memangnya ulat buku! Awas, bila dah sama2 ulat, berserepahlah buku! Mana2 sahaja nampak buku termasuklah bilik air. Tak cukup tangan Hami nak kemaskan. Tolooong!


message 105: by Hamizao (new)

1367779 Ummu Auni, kalauu beg ofis mesti Hami cari yang besar sikit supaya boleh masukkan macam2...surat, dokumen, buku, kotak pensil.. Dalam kotak pensil ada highlighter, pen, pensil, kayurul,gunting, bled, sharpener..eh, eh, semualah!:)Barulah puas.Kekadang bawa juga briefcase. Sy lebih suka rengkas bawa satu beg sahaja.

Najibah, benar :)Hanya beg macamtu susah sikit nak bawa dompet duit.


message 104: by Najibah (new)

1169882 Puan Hami, beg tangan saya pun selalu cepat terkorban dek kerana taruk buku. Next time saya fikir mahu beli beg yang lagi keras, atau beli raga rotan/mengkuang ala-ala Puan Nisah Haron bawa, nampak cute saja.


message 103: by Ummu Auni (new)

1091055 salam hamizao..
wah wah, hebat tu handbag jadi library.
Saya selalu bawa satu buku sahaja..dan biasanya duduk di tangan sebab handbag tak muat.


message 102: by Hamizao (new)

1367779 Salam semua. Masa tak banyak tapi tak boleh tengok buku best skit nak baca semua. Itulah masaalah Hami. Hari tu dalam handbagpun taruk buku dll. Suami bilang handbag mama dah jadi library!


message 101: by Ezdwan (new)

2540579 Khairul H. wrote: "Ezdwan wrote: "Semalam kene gigit dengan anak pasal tak tengok dia. Asyik dok membaca. Adus..."

Ganas, deh!

Letak buku untuk budak-budak depan muka dia, insyaallah dia tak menggigit lagi."


Aduh, Khairul. Dah belikan dah satu. Memang gigit-proof. Siap bacakan untuk dia tapi, eh.. dia nak gigit abi dia jugak!

Adoi lah...


message 100: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Ezdwan wrote: "Semalam kene gigit dengan anak pasal tak tengok dia. Asyik dok membaca. Adus..."

Ganas, deh!

Letak buku untuk budak-budak depan muka dia, insyaallah dia tak menggigit lagi.


message 99: by Ezdwan (new)

2540579 Semalam kene gigit dengan anak pasal tak tengok dia. Asyik dok membaca. Adus...

Mujur emaknya mengerti...


message 98: by Ros (new)

2667681 Syukur alhamdulilah,saya telah ditemukan dengan GR tepat pada masa dan ketikanya.


message 97: by Najibah (new)

1169882 Selamat meningkatkan keobsesan pada buku di GR, Ros Izham :) - secara peribadi GR banyak membantu saya meningkatkan semula semangat membaca yang pernah merudum setelah bekerja.


message 96: by Ros (new)

2667681 Nama Ros Izham Hamdan. Membaca dan membeli buku tu memang dah umpama makanan & minuman sejak kecil lagi. Kadang-kadang rasa macam obses pula hehehe..

Tapi sejak masuk alam kerjaya ni jadi agak lemah berbanding zaman di kampus. Masih sangat hijau dengan goodreads ni.

Salam perkenalan dihulurkan pada semua...:)



message 95: by Saniah (last edited Aug 14, 2009 05:15PM) (new)

2252817 Salam kenal Ezdwan,Ainaana79 dan Nurul.Bertambah yang aktif meriahlah suasana.


message 94: by Ainaana79 (new)

2622341 Ezdwan, teringat bilik kenapa? Banyak buku merata-rata ke?

Nurul: salam perkenalan juga. Akak pun baru je sertai Goodreads :D


message 93: by Nurul (new)

380439 Salam, baru saya sedar saya dah ada byk post di topik-topik lain, tapi tak perkenalkan diri lagi..he..he..maaf ya tuan rumah. Saya masih belajar lagi, engineering UIAM Gombak. Saya pun hantu buku, tapi tak boleh lawan anda semua la, byk lagi nak kena baca. Dah lama di goodreads, dan selalu singgah sini tetapi baru sekarang terasa nak mengaktifkan diri..


message 92: by Ezdwan (new)

2540579 Hahaha... teringat bilik saya.



message 91: by Ainaana79 (new)

2622341 Ummu Auni, boleh je nak swap. Ni balik rumah weekend nak kemas buku2. Akak dah slow baca buku sekarang ni. Tapi merata tempat letak buku. Ada buku sebelah katil, ada buku dalam kereta & ada buku kat ofis. Semua buku lain-lain. Ada masa lapang je baca.


message 90: by Ummu Auni (new)

1091055 Ainaana79 wrote: "Assalamualaikum rakan-rakan

Nama Aina Ana. Peminat buku yang biasa-biasa sahaja. Mula menggilai buku bahasa Inggeris sejak berumur 8 tahun. Umur 28 baru nak baca & kumpul buku bahasa Melayu. Majal..."


Haha! Kak Aina, boleh pinjam la buku-buku tu. Saya ingat nak buat book swap tau. Orang lain cepat sungguh baca buku.




message 89: by Ainaana79 (new)

2622341 Assalamualaikum rakan-rakan

Nama Aina Ana. Peminat buku yang biasa-biasa sahaja. Mula menggilai buku bahasa Inggeris sejak berumur 8 tahun. Umur 28 baru nak baca & kumpul buku bahasa Melayu. Majalah tak usah kira lah. Memang banyak sangat sampai boleh jual balik. Boleh baca apa sahaja hatta 'Nutrition Information' di label makanan tatkala bosan.

Selamat berkenalan semua :D


message 88: by Ezdwan (new)

2540579 Thanks Khairul!


message 87: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 cari tajuk buku yg sedang dibaca itu dlm goodreads, jika ada, gerakkan mouse ke kotak "add to my books", ada kotak lain akan menjelma dgn 3 option: read, currently-reading, to be read. Pilih mana yg patut.




message 86: by Ezdwan (new)

2540579 Thanks a lot guys.

Memang, bini saya ni suka cerita misteri. Itu yang saya rekomen buku James Patterson. Okaylah. Dia nampak berminat. Lepas tu dia suka sangat Detektif Indigo, Faisal Tehrani (YOU ROCK FAISAL!!). Saya memang kipas-susah-mati Faisal ni. Memang semua buku ada. Siap beli buku dia dan bagi hadiah kat orang. Eh! cerita apsal aku pulak.

Hopefully dia akan start picking up the habit.

Ada soklan skit, kenapa aku takleh nak update currently reading, ek? Pueh aku godeh. Tak reti aku. Boleh enlighten me? Anyone?


message 85: by Ani (new)

Nophoto-m-25x33 Salam sejahtera, lama tidak berforum dengan teman-teman bukuwan/i. Mohon dipanjangkan jemputan menghadiri seminar pencinta buku malaysia ke-3 pada 12 Ogos 2009 di Dewan Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Mungkin di sini ramai teman yang boleh berkongsi minat membaca...


message 84: by Najibah (last edited Aug 07, 2009 04:08PM) (new)

1169882 Edzwan, saya pula sebaliknya. Tengah mengusahakan supaya suami jadi pembaca tegar. Alhamdulillah sekarang ada perubahan walaupun tidak banyak - tahun ini tahun ke lima perkahwinan, belum sampai sepuluh buah buku lagi dia habiskan :D , tapi dia 'dah mula membeli buku untuk dirinya sendiri, selain yang saya hadiahkan dan bawa balik dari perpustakaan. Tetapi dari sudut bahan bacaan lain, contohnya akhbar dan majalah, dia memang lebih hebat daripada saya. Majalah maskulinlah; kereta, ekonomi.

Saya sokong apa yang Khairul cadangkan, kena cari minatnya yang paling dalam menjurus ke mana. Sekali sahaja dia baca buku yang betul-betul dia suka, kemungkinan besar dia akan cari lagi. Salah satu strategi lain yang saya pakai dan agak berjaya dengan suami, kenalkan peribadi penulis dahulu pada dia, cerita habis-habis penulis ini begitu begini, yang hebat-hebat, akhirnya dia tertarik nak baca buah fikiran penulis tu.


message 83: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Ask your wife what she likes to read. Non-fiction, fiction, history, romance, fantasy, horror, etc etc. Take her with you when you go to the bookshop and let her roam the shelves. Don't pressure her. Give her time. Lots of time.


message 82: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 Edzwan,not impossible. I have done exactly that to my wife.

I mean, makes her become a reader.

:)


« previous 1 3
back to top

unread topics | mark unread