group discussion
topic:
Selamat Datang & Pengumuman >
Salam buku....
date
newest »
newest »
Khairul H. wrote: "Ezdwan wrote: "Semalam kene gigit dengan anak pasal tak tengok dia. Asyik dok membaca. Adus..."Ganas, deh!
Letak buku untuk budak-budak depan muka dia, insyaallah dia tak menggigit lagi."
Aduh, Khairul. Dah belikan dah satu. Memang gigit-proof. Siap bacakan untuk dia tapi, eh.. dia nak gigit abi dia jugak!
Adoi lah...
Salam semua. Masa tak banyak tapi tak boleh tengok buku best skit nak baca semua. Itulah masaalah Hami. Hari tu dalam handbagpun taruk buku dll. Suami bilang handbag mama dah jadi library!
salam hamizao..wah wah, hebat tu handbag jadi library.
Saya selalu bawa satu buku sahaja..dan biasanya duduk di tangan sebab handbag tak muat.
Puan Hami, beg tangan saya pun selalu cepat terkorban dek kerana taruk buku. Next time saya fikir mahu beli beg yang lagi keras, atau beli raga rotan/mengkuang ala-ala Puan Nisah Haron bawa, nampak cute saja.
Ummu Auni, kalauu beg ofis mesti Hami cari yang besar sikit supaya boleh masukkan macam2...surat, dokumen, buku, kotak pensil.. Dalam kotak pensil ada highlighter, pen, pensil, kayurul,gunting, bled, sharpener..eh, eh, semualah!:)Barulah puas.Kekadang bawa juga briefcase. Sy lebih suka rengkas bawa satu beg sahaja.
Najibah, benar :)Hanya beg macamtu susah sikit nak bawa dompet duit.
Najibah wrote: "Edzwan, saya pula sebaliknya. Tengah mengusahakan supaya suami jadi pembaca tegar. Alhamdulillah sekarang ada perubahan walaupun tidak banyak - tahun ini tahun ke lima perkahwinan, belum sampai sep..."
Suami dan Hami sendiri memangnya ulat buku! Awas, bila dah sama2 ulat, berserepahlah buku! Mana2 sahaja nampak buku termasuklah bilik air. Tak cukup tangan Hami nak kemaskan. Tolooong!
Salam Kak NajibahSaya pasti Kak Najibah sudah mention sebelum ini, namun apabila melihatnya sendiri terpapar dalam Mingguan Malaysia semalam, hati terlebih kembang, izinkan saya untuk tumpang bangga.
Tahniah atas 'Sehampar ambal tabriz'. Selepas ini bolehlah register jadi goodreads author pula, ya?
If you have no idea what I am talking about, please grab a copy of yesterday's Mingguan Malaysia, page 18 in particular.
Happy Puasa everyone..!!
Suami dan Hami sendiri memangnya ulat buku! Awas, bila dah sama2 ulat, berserepahlah buku! Mana2 sahaja nampak buku termasuklah bilik air. Tak cukup tangan Hami nak kemaskan. Tolooong!Saya sanggup buat apa saja tu untuk menukar suami jadi ulat buku, hatta kalau terpaksa mengemas buku yang selalu bersepah. Saya rasa ada kesunyian tersendiri bila seorang ulat buku berpasangan dengan pasangan yang bukan ulat buku - apatah lagi dalam kalangan keluarga, adik, kakak, emak dan arwah ayah, semua kaki buku. Tapi dah tentu ada hikmah yang tak boleh disangkal, paling penting tak boleh putus asa untuk membantu pasangan mencintai buku.
@ Faizah, takde mention mana-mana pun, seganlah nak heboh-heboh - orang dah lama berlari, kita baru bertatih ni malu pula rasanya nak bising-bising.@ Faizah, Ummu Auni, Edzwan dan Adyda, terima kasih banyak-banyak, perjalanan masih panjang lagi ni... mohon doa daripada semua :)
Najibah wrote: "@ Faizah, takde mention mana-mana pun, seganlah nak heboh-heboh - orang dah lama berlari, kita baru bertatih ni malu pula rasanya nak bising-bising.@ Faizah, Ummu Auni, Edzwan dan Adyda, terima k..."
A good start as Sir Francis Bacon said
"Reading makes a full man; conference a ready man; and writing an exact man." or shall I say lady instead of man.(",)
Assalamualaikum dan selamat petang.Salam Buku..
Saya orang baru kat group ni, joined goodreads pun baru bulan lepas. Mintak tunjuk ajar ye..=p
p/s : Selamat Hari Raya..=)
Frida wrote: "Assalamualaikum dan selamat petang.Salam Buku..
Saya orang baru kat group ni, joined goodreads pun baru bulan lepas. Mintak tunjuk ajar ye..=p
p/s : Selamat Hari Raya..=)"
You are most welcome to participate. We need your contribution in this healthy discussion.
Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dan mengucapkan selamat hari raya kepada semua teman-teman di grup Goodreads Malaysia!!Semuga amalan sepanjang Ramadhan diterima Allah hendaknya...
Ikhlas,
Ezdwan Razak bin Zainal Abidin
Raja Maya Azhana binti Raja Mansor
Muhammad Abu Bakr bin Ezdwan Razak
Baru habis baca cerpen k.najibah(jumpa kat utusan online).Nicely done!Congratz and keep up the good work.
Salam Aidilfitri buat semua komuniti Goodreads. Lama tidak berhubung gara-gara kesibukan mengajar semenjak berpindah kampus. Tahniah buat Kak Najibah atas tersiarnya cerpen dalam Mingguan Malaysia. Masih belum berkesempatan membaca. Insya Allah cuti ni baru berpeluang mengadap Goodreads. Asyik-asyik membaca bidang pengajian yang sama juga pun bosan juga. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin :)
Erm salam. Nak tanya kepada Najmuddin (dan Bunnybaby) satu soalan yang sedikit sensitip..
Jamuan raya/perjumpaan Goodreads tak nak buat ke tahun ni?
***laarriiiiii...
I lost this for a while...baru jumpa balik. Alaahai! Rayapun dah habis :( Jomlah kita buat perjumpaan...di Kopitiampun OK. Tok Mudin takkan sibuk selalu!






