group discussion


176 views

topic: Selamat Datang & Pengumuman > Salam buku....


Comments (showing 1-50 of 126) (126 new)    post a comment »

message 1: by Najibah (last edited Apr 20, 2009 06:43PM) (new)

1169882 Salam sejahtera dan assalamualaikum;

Salam buku pada semua.

Jemput 'memecahkan ais' di ruangan ni (kalau peribahasa kita, pecahkan ruyung agaknya?). Yang membeku selama ini, bolehlah mencair perlahan-lahan, biar semua pembaca/ahli Malaysians@GR boleh jadi suara-suara yang lantang!

Pendek kata, biar lebih 'havoc' dengan penuh bermakna lagi :)

PS: Saya ubah suai deskripsi kumpulan sikit, harap tak ada bantahan - sebab ada antara kawan-kawan kita di luar sana yang bukan 'anak Malaysia' tetapi turut berbahasa Melayu berminat untuk ikut serta berdiskusi :) (no man's an island)


message 2: by Peesha (new)

2030791 Najibah,

Bab pecah ais saya faham ... tp, dah pecahkan ais tu, nak letak kat mana? Dalam gelas? Dalam cawan?

Apa yang dijangkakan di sini?

P/s: maaf - kurang mencerap! :p


message 3: by Najibah (new)

1169882 Peesha,

Ais yang dah pecah tu boleh letak dalam bekas pilihan masing-masing :D

Sebab tu saya tak bagi pilihan bekas - biar lebih kreatif.

Tapi yang penting, di topik/thread ni nanti, semua ais boleh mencair dan bersatu...

Ini sudah jadi cerita aislah Peesha...


message 4: by Syuffey (new)

2136410 assalamualaikum dan selamat pagi!

puas mencari komuniti pembaca malaysia di GD ni akhirnya jumpa gak =)
bolehla bertukar2 cerita dan buku lepas ni ye..



message 5: by Najibah (last edited Apr 21, 2009 05:30PM) (new)

1169882 Waalaikumussalam dan selamat pagi juga.

Syuffey, agaknya sebab nama komuniti ni susah diagak? Mesti orang cari by keyword Malaysia rasanya....

Apapun, jom pakat meriahkan komuniti ni.


message 6: by Welma (new)

1510293 Salam,

Oh ini ruang untuk "memecahkan ais" ya :)?. Nama saya Welma La'anda. Berusia 25 tahun. Dari Kulim. Salam buku-buku.


message 7: by Najibah (last edited Apr 23, 2009 02:25PM) (new)

1169882 Salam juga Welma,

:) Saya nampak ais Welma pecah berkepingan.... Salam buku kembali.


message 8: by Nabila (new)

2252566 Salam,

Nama saya Nabila dari Ampang... Ni 1st time join book group.


message 9: by Najibah (new)

1169882 Salam Nabila,

Selamat bergabung dengan Malaysians @ GR :) - dah jenguk PBAKL tahun ni ke?


message 10: by Aina Dayana (new)

1443606 Oh..saya suka gigit ais kalau minum air batu ;)
Saya Aina Dayana bt Hilmi dari Melaka, umur 25, bakal guru Pendidikan Khas, insya Allah :) Salam buku :)


message 11: by Welma (new)

1510293 aina, nampaknya kita se"geng". Saya pun suka gigit ais. Risau juga saya takda gigi nanti :)Ooops..puan dah yer :)


message 12: by Aina Dayana (new)

1443606 Wah, ada juga yang suka gigit ais ye ;)
Hehe..Welma, terima kasih atas 'hadiah' resensi buku hari tu!


message 13: by Welma (new)

1510293 aina, nampak buku as-syamail kat gambar tu. hantaran yek ;)


message 14: by Saniah (new)

2252817 Salam saya Saniah dari Kajang.Ini pertama kali saya sertai kumpulan membaca.


message 15: by Welma (new)

1510293 Saniah,
Salam bergabung :)
Jom undi untuk diskusi buku bulan Mei ini. Tengok kat ruang poll.


message 16: by Najibah (new)

1169882 Salam Saniah,

Selamat bergabung juga :) - jemput memeriahkan apa-apa thread yang ada


message 17: by Aina Dayana (new)

1443606 Saniah,
Salam buku :)

Welma,
Hehe..ya..


message 18: by elliss (new)

1941020 salam semua..
erm, since saya suka semua yg brkaitan dengan ais, makan ais, minum air brais, gigit ais, mandi ais (if possible la..), semua la pendek kate, so saya decide tuk tlg pecahkn sekali ais kt sini.. boleh kn?

nama diberi noor syaeera, tp sila panggil syaee / elliss.. both will do.. berusia 21 thn dan sekarang merupakan pelajar thn 2 jurusan perakaunan di uitm shah alam.. salam buku kpd semua.. ;)


message 19: by Kataklicik (new)

1334243 *wave*wave*wave* Hi newbies!


message 20: by Welma (new)

1510293 :)...nampaknya semua perempuan di sini...:)


message 21: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 Mungkin lelaki tak suka pecahkan ais. Lelaki minum air saja. :)


message 22: by Saniah (new)

2252817 Welma wrote: "Saniah,
Salam bergabung :)
Jom undi untuk diskusi buku bulan Mei ini. Tengok kat ruang poll."


terima kasih welma


message 23: by Saniah (new)

2252817 Najibah wrote: "Salam Saniah,

Selamat bergabung juga :) - jemput memeriahkan apa-apa thread yang ada"


Baik,terima kasih jemputan tu.


message 24: by Saniah (new)

2252817 Aina Dayana wrote: "Saniah,
Salam buku :)

Welma,
Hehe..ya.."


Salam buku,aina dayana.


message 25: by sitinurulhawa (new)

2310093 salam buku & salam kenalan;

post saya yang pertama di group ni ;)


message 26: by Najibah (new)

1169882 sitinurulhawa wrote: "salam buku & salam kenalan;

post saya yang pertama di group ni ;)"


Salam kembali sitinurulhawa,

Jangan segan-segan hangatkan diskusi :)


message 27: by Saniah (new)

2252817 sitinurulhawa wrote: "salam buku & salam kenalan;

post saya yang pertama di group ni ;)"


Salam Sitinurulhawa,selamat berdiskusi.


message 28: by Sarah (new)

2330014 Salam semua, happy reading :D


message 29: by Najibah (new)

1169882 Salam kembali Sarah. Happy reading juga. Jangan segan-segan meriahkan diskusi.


message 30: by Thamrong (new)

1357177 Najibah wrote: "Salam sejahtera dan assalamualaikum;

Salam buku pada semua.

Jemput 'memecahkan ais' di ruangan ni (kalau peribahasa kita, pecahkan ruyung agaknya?). Yang membeku selama ini, bolehlah mencair per..."


" pecah ruyung " adalah satu ungkapan Minang " Kalau tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya" membawa maksud kalau tak berusha sepenuhnya manakan dapat hasilnya...I think..... Frankly I can't find any equivalent word for ' Breaking the Ice " in Bahasa Melayu..Lazimnya kalau dikalangan orang yang merokok "breaking the ice" bermula denga opening gambit " Have a cigarette, old Chum!".(",)


message 31: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Nampaknya Kak Najibah sedang berhibernasi. Sedang buat website barukah, Kak Najibah? Takkan dah lupakan kami kat sini?


message 32: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Kan minggu lepas dia kata dia balik Kelantan.


message 33: by Najibah (new)

1169882 Faizah, hibernasi sudah tamat :) - seronok betul balik kampung! Website baru itu cuma hobi sampingan masa di kampung saja.


message 34: by Amirul (new)

2399710 salam membaca semua...
sonoknya group ni..
selalu kat kmb ni kalau membaca novel mesti dianggap pelik..
:)


message 35: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Amirul wrote: "salam membaca semua...
sonoknya group ni..
selalu kat kmb ni kalau membaca novel mesti dianggap pelik..
:)"


KMB?


message 36: by Isma (new)

2268123 Ingatkan saya seorang yang tertanya KMB tu


message 37: by Hannah (new)

Nophoto-f-25x33 kolej mara banting?


message 38: by Amirul (new)

2399710 a ah..kolej mara banting..hehe
sini semua baca buku ilmiah je..kimia, fizik, dll..

takde lah semua..tapi secara am nya, begitulah..
:)


message 39: by Najibah (new)

1169882 Salam pagi rakan-rakan GR,

Saya ada pengumuman baik... Sdri Kausa, pengasas Malaysians sudah kembali untuk memeriahkan kumpulan - sementelah sekarang saya ada beberapa perkara peribadi lain untuk diberi tumpuan, saya pulangkan semula privilege moderator kepadanya. Akan tetap memberi sokongan padu selepas ini :)


message 40: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Wa, pengasas asal dah kembali. Lama menghilangkan diri. Sejak 2007 lagi.

Najibah lepaskan jawatan, mengapa? Duduk je lah sebagai moderator walaupun tak aktif. Ramai mod lain yg boleh bantu.


message 41: by Faizah Roslaini, MrsUnBoyot membaca (new)

1260846 Ha ah. betul betul betul... Ni meeting antara moderator tak organize lagi. Kalau tak bolehla jumpa2 najibah..

Hmmm bila ya? Saya nak 'meletup' lagi tiga minggu ni? Sempat tak?


message 42: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 Kita buat jamuan raya Goodreads Malaysia lah, amacam? Siapa nak volunteer jadi organiser???

:D


message 43: by Ummu Auni (new)

1091055 saya sokong mudin jadi organiser :D


message 44: by Najibah (last edited Jul 01, 2009 09:55PM) (new)

1169882 Mudin, saya sedia membantu. Yang molek, susun AJK dulu rasanya :) - mungkin kena mula thread baru bawah aktiviti untuk tujuan ni.


message 45: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Part ni saya tak paham. 'ngapa perlu AJK? Biar je macam sekarang ni. Ada boyot, ada tukang sunat, ada stalker, ada pencinta arnab dan sekarang original founder of the group pun dah kembali. Jadi apa perlu struktur yg formal untuk sebuah forum yg tidak formal?

Saja tanya, sebab tak paham.


message 46: by Najibah (new)

1169882 Mr Khairul, AJK ni untuk jamuan raya GR...


message 47: by Khairul H., I Know Where You Live (new)

506469 Laa, ingatkan untuk forum ni. Silap paham. Sebab Faizah ada sebut pasal nak adakan meeting moderator. Tu susah sikit. Sebab saya muka wanted hahahaha.


message 48: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

54854 Saya faham maksud Kak Najibah. Saya akan cuba usahakan, nanti saya buat thread baru untuk bincang soal ini.


message 49: by Bunnybaby, bunny and book-lover (new)

450947 Salam.
Sebut pasal meeting ni, apa kata kita buat santai-santai kat kafe PPAS nak? Takyah la sebut meeting, kita katakan ia discussion je. Meeting bunyinya serius dan formal, and people tend to shy away from such seriousness.

Saya cadangkan (walaupun belum buat 'meeting' lagi cadangan raya ni), kita buat jamuan raya style pot-luck. So everybody contributes and it's less stress for everyone, too.


message 50: by Bunnybaby, bunny and book-lover (new)

450947 Mudin, biasanya kan, orang yang cadangkan tu kena jadi organiser, hee hee! (Lariiiiiii...!!!)


« previous 1 3
back to top


unread topics | mark unread