Goodreads Malaysia discussion

85 views
Makan Buku, Minum Buku... > Jangkauan geografi pembacaan kita....

Comments (showing 1-31 of 31) (31 new)    post a comment »
dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah, demam buku (last edited Apr 17, 2009 09:43PM) (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua;

Sekadar ingin berkongsi, buku-buku fiksyen berlatar belakang negara mana yang selalu jadi pilihan pembaca lain.

Antara pilihan saya sebelum ini, fiksyen yang berlatar belakang negara Malaysia, Indonesia, China, India, Jepun, Mesir, UK, US.

Ada cadangan fiksyen negara lain yang lebih menarik?




Robin | 47 comments Macam mana dengan Africa? Saya cuma teringat The No. 1 Ladies' Detective Agency (Alexander McCall Smith) yang berlatarbelakangkan Botswana.

Ni antara senarai buku kegemaran saya (sebelum ni tak terfikir nak kategorikan buku begini):

Korea: A Single Shard (Linda Sue Park)
Jepun: Totto-Chan: the Little Girl at the Window (Tetsuko Kuroyanagi)
China: Chinese Cinderella (Adeline Yen Mah)

Atau Najibah maksudkan asal penulis dari negara mana-
Sebab kadang-kadang penulisnya berasal dari China, India etc etc, tapi kisahnya di US juga: clash of culture antara generasi baru dan lama (saya dah agak jemu dengan tema culture clash ni)


message 3: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Robin, maksud saya mencari latar tempat novel itu sendiri, bukan asal penulisnya. Sebab macam kata Robin, ada penulis yang asal China, tapi menulis tentang kehidupan di US, jadi latar tempatnya juga US.

Sebenarnya saya pernah bertemu satu kumpulan pembaca yang memang memperluas bacaan dari sudut latar tempat novel/fiksyen. Saya rasa idea mereka sangat menarik. Sebab itu mahu cuba.

Botswana, boleh tahan juga - negara yang jarang disoroti dalam novel. Memang tak pernah baca fiksyen berlatar Afrika sebelum ini, pernah beberapa kali mahu beli karya-karya penulis mereka, tapi selalu saja terhenti. Entah kenapa. Saya paling banyak duk round cerita latar tempat Asia.


Robin | 47 comments Najibah, ni mcm terkeluar tajuk, tapi nak tanya juga: macamana nak link buku dlm Goodread ya?


message 5: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Robin, tengah online juga ke? :). Atas kotak kita taip komen, ada link add book/author. Nanti search saja kat situ :)


Robin | 47 comments La, tak perasan pulak pasal add book tu. Thanks.
Yup, saya tengah online skrg- kebetulan ya, susah nak online skali kan.

Sebelum terlupa, semua buku yang saya senarai kt atas tu berlatarkn negara masing-masing - dan semua historical fiction kcuali Detective Agency zaman skrg..


message 7: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Yang Korea dgn China tu berkenan nak cari. Totto Chan dah ada. Pernah baca Adeline Yen Mah sekali, terlupa judul yang mana, tapi yang penting judul yang Robin sebut belum lagi.


Robin | 47 comments Najibah pula tak ada cadangan buku2 negara lain?

Bagi saya, ada perbezaan besar antara buku yang memang asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dengan yang diterjemahkan (Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu). we're at the mercy of the translator (haha).



message 9: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Kalau suka yang berlatar China, boleh cuba The Vagrants A Novel dan A Thousand Years of Good Prayers oleh Yiyun Li.

Kalau Jepun, boleh cuba buku-buku Yukio Mishima, terutama short stories orang kata. Yang saya pernah khatam, novelnya. Tahun lepas baca sikit short storiesnya, sampai sekarang belum bersambung. Tapi ini translation juga.

Yang Yiyun Li di atas memang menulis dalam BI. Saya sangat suka short storiesnya A Thousand Years of Good Prayers tu.


message 10: by Peesha (last edited Apr 18, 2009 10:29PM) (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Saya tak tahu mengapa akhir2 ini saya tertarik kepada cerita yang berlatarbelakangkan India ... mungkin pengaruh kuat Slumdog Millionaire kot ... :p

P/s: Dan, saya teringat pertanyaan seorang pengunjung di bukuria: Mengapa setiap cerita mengenai India mendapat perhatian (lebih kurang gitulah pertanyaannya) ... hmmm .. mmm ... renung-renungkan ...


message 11: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Peesha,

Begitu penangan Slumdog Millionaire rupanya :). Bagi diri saya sendiri, cerita yang lebih membuat saya rasa dekat dengan masyarakat India adalah cerita Sangeetha, hingga kalau ternampak wanita India berpakaian tradisional mereka, mesti terasa eksotik tiba-tiba. Walaupun buku ini bukan berlatar tempat India.

Kalau Peesha mahu cuba penulis India perempuan, yang menulis isu-isu wanita, boleh cuba Chitra Banerjee Divakaruni, tapi saya tak pasti sejauh mana latar tempatnya India. Mungkin bukan kesemua bukunya, sebab dia sekarang menetap di luar India.


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Najibah,

Saya dah baca buku Chitra Banarjee seperti Mistress of Spice, Arrange Marriage dan Sisters of My heart. Agak OK untuk mengenali budaya India ... tp macam yg Najibah kata lah ... sbb dia menetap di luar India ... perspektif dia sedikit berbeza.

Saya masih mencari peluang untuk membaca SANGEETHA .. tak tahulah bila nak tercapai. Berkunjung ke gerai ITNM, terserempak dengan buku SIDHARTA ... tp tak terambil sbb DUNIA SOPHIE kelihatan lebih mengujakan .. :)


message 13: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Peesha,

Dah baca rupanya Divakaruni. Hmmm... selain dia saya tak pasti siapa lagi penulis India - tunggu buku kedua Aravind Adiga, mungkin?

Bila ke PBAKL? Saya semalam di sana. Cuti khusus untuk PBAKL ya.... Sampai bila di KL?


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Najibah,

Saya jumpa karya Divakaruni waktu saya jd penganggur di tahun 2003 dulu ... nak try baca Jumpha Lahiri ... tp tak tertelan rasanya ... tp kena cuba dan cuba juga ...

Saya ke KLIBF hari Jumaat + Sabtu .. hari ni dah masuk kerja ... dok Trg ... keje le kita ...

Pergi sana sbb buat book selection untuk fakulti .. kalau tak, tak tahu le sempat sampai ke tak ...


message 15: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Oh, Jhumpa Lahiri, ya. Selalu dengar namanya. Eh, Peesha, tak mau join baca bulanan serentak dengan kami (Mudin, Welma, Hannah)? Calonkanlah buku-buku Peesha, banyak yang menarik rasanya.


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Najibah ...

Saya tertarik cadangan tu ... cuma masih dok survey2 lagi ... saya support apa saja program yang baik begitu!

Tahniah.


message 17: by Kataklicik (last edited Apr 19, 2009 08:16PM) (new)

Kataklicik | 714 comments Saya selalu terlebih excited kalau come across buku fiksyen Bahasa Inggeris yg berlatarbelakangkan negeri kita sendiri, terutamanya kalau si penulis bukan orang tempatan.

Macam The Harmony Silk Factory by Tash Aw

Terrrrrr amat kembang rasa di hati bila negeri sendiri di 'romanticise' sebegitu rupa :)


message 18: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Kataklicik,

Buku Tash Aw tu saya belum baca - yang pernah baca old school punya (pinjam istilah) macam Malay Sketches dan The Soul of Malaya. Tak kurang menarik. Maybe Kataklicik pun dah baca sebelum ni.


Yati | 164 comments Hm, soalan yang menarik! Saya tak kisah sangat latar belakang geografi novel-novel yang saya baca, tapi sebab kebanyakan buku yang saya baca buku Bahasa Inggeris, kebanyakan "setting" buku-buku ni di US atau Eropah. Antara "lokasi" buku-buku kegemaran saya:

- Scotland: The Game of Kings First in the Legendary Lymond Chronicles, karya historical fiction Dorothy Dunnett

- Jepun: Number9dream oleh David Mitchell (penulisnya warga UK yang pernah menetap di Jepun)

- Wales (UK): The Grey King buku dalam siri "The Dark is Rising" oleh Susan Cooper

Dan banyak juga di tempat-tempat di dunia fantasi, seperti Howl's Moving Castle oleh Diana Wynne Jones, atau di angkasa lepas seperti Larklight A Rousing Tale of Dauntless Pluck in the Farthest Reaches of Space oleh Philip Reeve!


(Apa khabar semua? Dah lama join group ni, tapi segan nak komen!)


message 20: by Najibah, demam buku (last edited Apr 20, 2009 06:50PM) (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Yati, salam buku...

Scotland, mengingatkan saya pada Braveheart. Mungkin akan cari buku ni nanti. Historical fiction, memang antara genre pilihan saya.

Number9dream pun macam menarik juga. Apa pendapat Yati, tentang novel-novel yang ditulis oleh pengarang beretnik lain daripada watak yang dilukiskan, maksudnya watak daripada etnik tempat pengarang pernah bermastautin lama? Berjaya tak mereka menyelami hati budi, jati diri, orang Jepun misalnya (dalam kes D.Mitchell).



message 21: by Faizah Roslaini (last edited Apr 20, 2009 10:26PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Ya, tidak perlu tiket kapal terbang yang mahal-mahal, dengan membaca buku pun kita dapat meluaskan pandangan dan 'menjajah' tanah bumi asing.

Kalau kesukaan saya, (at least for now, knowing my rather impulsive choice and taste) mesti sajalah bacaan yang bergeografikan Tanah Melayu dan Nusantara terutamanya ala-ala zaman Hang Tuah macam tu. Contoh, mestilah 1515. Auranya tersendiri dan terasa lebih dekat di hati dan entahlah, agaknya aku ni ada keturunan tok pendekar kot? Hahahah

Namun setting geografi lain yang pernah saya baca ialah Falling Leaves The Memoir of an Unwanted Chinese Daughter. Kalau tak silap saya settingnya China dan juga Amerika, kan? Memoirs of a Geisha. Ayat-ayat Cinta. Rosamunde Pilcher pula pernah menggunakan scenery Cornwall dalam Coming Home. Indah sungguh membacanya. Saya berasakan seperti menghadap laut biru yang sangat nyaman.

Lain lagi, kalau setting Amerika Latin pula ialah One Hundred Years of Solitude, buku pelbagai lapis dan makna yang saya masih belum dapat tangkap sepenuhnya sampai sekarang. Settingnya di Macondo. Saya kira ini sebuah fictional town di Columbia kalau tak silap.

Paulo Coelho pula settingnya seperti pelbagai. Kazakhstan ada, Paris ada, Egypt pun ada. Hmm..

Buat masa ini saya ingin membaca bacaan yang bersettingkan Iran. Mungkin The Prince oleh Hushang Golshiri setelah melihat resensi Pn Hamizao dan lain-lain. Isu penyalahgunaan kuasa dsb nya memang menjadi minat namun saya dengar penulisannya sedikit memeningkan. Jadi saya kira mungkin saya akan mencari tajuk yang lain.

Adush terlebih bebel pulak. Sorry.


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Faizah,

Falling Leaves DAN The Memoir of Unwanted Chinese Daughter tu bukan 2 buku yang berbeza ke?

Saya dah baca Chinese Cinderella ... pengarang yang sama ...


Faizah Roslaini | 825 comments Saya rasa buku yang sama. Sebab tajuknya yang saya baca sebijik macam tu.


message 24: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Faizah, buku Iran saya tengah cari juga. Kalau awak suka travelog, boleh cuba Travelog Iran Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad. Dan siapa nama seorang pengarang wanita yang kontroversi dari Iran tu? Terlupa pulak saya....


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Dina Sulaiman kan?


Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Opps... tu pengarang buku travelog tu ... hehe ... excited sgt nak reply ... piisss! ;P


message 27: by Najibah, demam buku (last edited Apr 20, 2009 11:37PM) (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
A'a, betul buku yang Faizah kata tu sebuah je - saya pun ada buku tu dalam koleksi.

Peesha, ;)


Faizah Roslaini | 825 comments Najibah wrote: "Faizah, buku Iran saya tengah cari juga. Kalau awak suka travelog, boleh cuba Travelog Iran Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad ke? Reading Lolita in Tehran A Memoir in Books?

Hmmm. Saya tak pernah baca pulak. Non fiction ni lemah sikit.



message 29: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Yups, Azar Nafisi :)


Yati | 164 comments Najibah,

Saya ni selalunya bukan baca sangat buku historical fiction, tapi lepas saya baca saja buku The Game of Kings tu, terus nak baca semua buku yang ditulis Dorothy Dunnett! Dia memang pandai menulis. Dalam siri Lymond Chronicles ni bukan saja ceritanya di Scotland, malah sampai ke Istanbul and Rusia.

Kelakar pula bila Braveheart disebut. Saya ada kenalan online yang memang expert dalam sejarah Scotland yang asyik complain sebab katanya tak historically accurate langsung filem tu. (Saya yang memang tak tahu sejarah Scotland ni dengar sajalah.)

Tentang penulis beretnik lain ni, saya tak pasti ... tak boleh nak ingat buku lain yang penulisnya bukan dari etnik protagonist bukunya. Kalau penulis Jepun yang memang menulis tentang orang Jepun seperti The Wind-up Bird Chronicle oleh Haruki Murakami, pernah juga saya baca, tapi rasanya tak ada apa yang kurang kiranya penulisan Mitchell dibandingkan dengan Murakami. Kafka on the Shore pun ada saya baca, tapi tak faham apa yang cuba disampaikan. Tak tahulah sebab terjemahannya ke, ke buku tu memang pelik ... :)

Sekarang ni baru nak baca satu lagi buku oleh penulis Jepun yang diterjemah ke BI: The Housekeeper and the Professor. Baru selak dua tiga muka, tak sempat lagi nak baca.





message 31: by Najibah, demam buku (new)

Najibah Abu Bakar | 2326 comments Mod
Yati,

Braveheart, memang bila semak dengan sejarah sebenar, banyak yang 'dipalsukan' atau 'dikorbankan' di altar perfileman :). Ataupun boleh juga kata 'dikosmetikkan'. Tapi bagi saya semangat membela tanah air tu telah berjaya dipaparkan dengan berkesan dan nama Wallace sebagai tokoh sejarah Scotland secara tak langsung sudah terangkat naik.

Murakami, memang sangat-sangat nak baca bukunya, tapi belum ada dalam koleksi. Baru-baru ni cari di cawangan MPH dekat kawasan rumah, tak ada pulak. Bakal cari lagi.


back to top