Juliana Es's Reviews > 101 Malaysian Anecdotes

101 Malaysian Anecdotes by Salmiah Alias
Rate this book
Clear rating

by
450947
's review
Nov 24, 2007

liked it
Read in November, 2007

Pada mulanya, saya memang kurang berkenan dengan buku ini, dari segi mukataip, rekabentuk dan rekaletak kandungannya. Tetapi setelah 2 kali saya ulang baca untuk memastikan tiada kandungan yang "terlepas pandang", saya dapati ada kandungan yang bagus dan tepat dalam menggambarkan kehidupan penduduk Malaysia.

Contohnya, perumpamaan sesebuah rumah sebagai istana kepada penghuninya. Kepala isi rumah tersebut adalah ibarat raja dalam sesebuah negeri. Jadi, apabila anda berkunjung ke rumah seseorang di Malaysia, jangan duduk dahulu sehingga tuan rumah mengambil tempat di "singgahsananya". Jangan memberi komen negatif tentang hiasan dan sebagainya. Kalau tak berkenan pada citarasa anda, diam sahaja.

Ada lagi anekdot lain yang menarik, tetapi yang tercatat di atas adalah yang paling menarik bagi saya. Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada rakan-rakan anda dari luar negara, samada mereka bekerja di sini, ataupun sekadar melancong, ataupun sahabat pena yang berminat mengetahui kehidupan di Malaysia. Cuma saranan saya, kalau anda membeli buku ini, belek betul-betul naskhahnya, kerana ada jilid yang kurang kemas (saya dah terkena, nasib baik dapat tukar). Selak secara laju atau kipas-kipaskan helaian buku ini untuk memastikan kulit buku dipasang kemas dan tidak tercabut dengan mudah.

Selamat membaca!
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read 101 Malaysian Anecdotes.
Sign In »

No comments have been added yet.