Shahrulrock's Reviews > Edensor

Edensor by Andrea Hirata
Rate this book
Clear rating

by
2625251
's review
Jan 06, 10

Read in October, 2009

Edensor, novel ketiga dari Andrea Hirata, penulis yang mencipta fenomena baru di Indonesia selepas Habiburahhman dengan Ayat-Ayat Cinta.
Di dalam Edensor, di perincikan perjalanan dua manusia tegar-Ikal & Arai-ke wilayah yang penuh dengan pancasila ilmu tinggi, Sorbonne,Perancis. Dua insan ini bersatu dan membentuk gugusan baru setelah melalui tempoh perit mengejar mimpi seperti yang di tulis di dalam novel Sang Pemimpi.
Pengalaman Ikal dan Arai yang terpaksa berdepan dengan kejutan budaya dan pertembungan budaya yang pelbagai dalam satu matlamat yang sama.
Perjalanan mereka di selangi dengan pelbagai sifat manusia yang kadang-kala aneh dan menakutkan dan kadangnya melucukan.
Impian untuk menjejak bumi Afrika dan misi mencari A Ling terhampar dan kemas di pacukan mereka berdua walau akhirnya hanya tinggal Ikal keseorangan setelah Arai mengalami masalah kesihatan dan terpaksa kembali ke Belitong.
Novel tulisan Herriot pemberian A Ling yang di baca Ikal berulang kali dan menemukan beliau dengan daerah Edensor pada takat khayalan akhirnya di jelmakan secara nyata dan daerah yang penuh dengan keindahan itu benar-benar wujud
1 like · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Edensor.
sign in »

No comments have been added yet.