Faizah Roslaini's Reviews > Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abdul Jamil
Rate this book
Clear rating

by
1260846
's review
Dec 01, 2009

it was amazing
bookshelves: read-2009, relationship, family-parenting
Read in November, 2009

Kenapa lima bintang?

1 - Saya terpikat dari muka pertama lagi, 'hati itu tenteram kepada kebaikan, dan gelisah terhadap kejahatan'. Kata-kata ini bagi saya amat bermakna kerana ia bagaikan memberi satu harapan. Saya mahu tenang namun semenjak berkeluarga saya amat mudah resah dan merusuh. Saya berharap buku ini ada 'ubatnya'.

2 - Ilmu yang dikongsi disampaikan dengan cara santai. Seperti berkongsi sesama sahabat dan tidak 'patronising' seperti sesetengah buku. Pada saya maklumat dengan pendekatan begini lebih mudah dicerna.

3 - Buku ini bukan untuk orang yang hendak bernikah atau baru bernikah sahaja. Yang telah lama macam saya pun KENA baca. Banyak sungguh ilmu dan tip-tip yang dikongsi dalam melayari hidup berumahtangga. Yang paling saya suka sekali adalah bab-bab berkenaan 'how you treat your children'. Betapa anak-anak menjadi degil kerana terhukum dengan dosa ibu bapanya yang sibuk mencari rezeki tanpa habis-habis.

Tak setuju? Cuba baca sendiri Aku Terima Nikahnya.

4 - Kini saya boleh katakan, saya lebih bermotivasi untuk menjalankan peranan sebagai seorang isteri dan ibu. Insya Allah, harapnya rasa ini berkekalan. Buku ini juga akan sentiasa menjadi rujukan dari semasa ke semasa.

Baca sendiri Aku Terima Nikahnya untuk anda dan keluarga anda.
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Aku Terima Nikahnya.
Sign In »

Reading Progress

11/19/2009 page 29

No comments have been added yet.