Cik Aini's Reviews > VT

VT by Hilal Asyraf
Rate this book
Clear rating

by
1091055
's review
Jul 23, 09

it was amazing
bookshelves: read-2009, asean, inspirational
Read in July, 2009

Novel ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah pasukan bola tampar dibentuk sehingga menjadikan aspek bersukan sebagai ibadah.

Permulaan cerita mengisahkan tentang Coach Hussam yang tiba di MATRI untuk memupuk semangat kesukanan disulami elemen ibadah kepada pasukan bola tampar MATRI yang makin gilap kilauan - ia merupakan satu perjuangan, untuk membentuk peribadi seorang Muslim secara lahiriah & batiniah. Membaca novel ini, kita akan menjangka semuanya tidak mustahil. Asalkan kita berusaha dan bertawakal. Setiap usaha perlu diiringi doa kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt jua.

Kisah ini diolah dengan sangat menarik, bagaimana coach Hussam membetuk pasukannya, dari awal mereka bersikap malas, tidak berkerjasama, lemah dalam akademik, melawan guru. Hilal berjaya menulis sebuah jalan cerita yang menarik dan perubahan yang dilakukan untuk memperbaiki sikap yang kurang elok itu dilakukan secara perlahan-lahan, tetapi memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan mereka. Sikap yang keras dapat dilentur sekiranya kena caranya dan usaha gigih dan berterusan beserta doa seorang guru dapat membuahkan hasilnya.

Ah, membaca novel ini, sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada kehidupan di sekolah asrama dahulu - solat hajat, qiaimullai, doa rabitah, penutupan majlis dgn surah wal asr dan tasbih kifarah, usrah...Benar-benar menyegarkan ingatan saya kepada zaman lampau..

Syabas penulis kerana mampu menghasilkan novel seperti ini, sedikit sebanyak banyak menambah ilmu saya tentang sukan bola tampar dan ibadah dalam sukan
4 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read VT.
Sign In »

Reading Progress

07/21/2009 page 86
16.83%
show 2 hidden updates…

Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)

dateDown arrow    newest »

Aina Dayana Hilmi Menarik. Akan dicari nanti insya Allah. Terima kasih recommend buku ni


message 2: by Aidura (new) - added it

Aidura buku ini telahpun akak belek dan baca sinopsisnya di kedai buku HARFA beberapa bulan yg lepas...

memang menarik plot ceritanya dan sangat sesuai untuk tarbiyah diri.


Norel Ela teringat cerita jepun Meoro Attack tk silap


back to top