Nurul's Reviews > The Kid

The Kid by Kevin  Lewis
Rate this book
Clear rating

by
380439
's review
Jan 28, 09


Satu keistimewaan kisah benar yang dikarang oleh orang yang mengalami kisah itu sendiri ialah - pengarang tidak punya masalah untuk melakarkan lukisan latar ceritanya. Malah terperinci. Kevin Lewis menceritakan pengalamannya menjadi mangsa dera. Rumah yang kotor dan diselubungi bau hancing. Kelaparan. Dipanggil hanya untuk dipukul dan dijerkah. Membaca kisah dera dari kacamata Lewis benar-benar menjentik naluri kemanusiaan. Kita biasa mendengar pengalaman didera ibu/bapa tiri tetapi Lewis mengalaminya dari ibu bapa kandung sendiri sehingga pada satu tahap, dia berhenti memanggil mereka ayah dan ibu. Saya lebih tertarik pada perjalanan kisah selepas Lewis dewasa dan bebas dari rumah tersebut, tetapi psikologinya masih lagi terpenjara dengan empat belas tahun hidup. Bayangkan, selepas berkahwin dan dan memiliki dua anak, beliau masih tidak mampu menceritakan pengalaman lepasnya kepada isterinya sehingga beliau menulis buku ini, khusus untuk isterinya.
likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Kid.
sign in »

No comments have been added yet.