Faizah Roslaini's Reviews > Hujan Hitam

Hujan Hitam by Masuji Ibuse
Rate this book
Clear rating

by
1260846
's review
Jul 28, 2010

really liked it
bookshelves: read-2010, history, politics
Read from April 10 to May 16, 2010

1 - Ibuse menulis tanpa sentimen, beliau tidak menyuruh pembaca merasa. Sebaliknya, kita akan merasa sendiri dari deskripsi dan gambaran pada hari 6 Ogos tersebut.

2 - Satu demi satu gambaran tentang mayat-mayat boleh menjadikan pembaca akhirnya lali dengan mayat. Mungkin itu perasaan rakyat Hiroshima/Nagasaki. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini dan melihatnya setiap hari, barangkali mereka sudah tidak ada perasaan.

3 - Sayang sekali translasi DBP ini sangat hambar. Amat sedikit sekali yang dapat saya rasa tentang elemen humor Ibuse yang acapkali digembur-gemburkan dalam versi Inggerisnya, Black Rain.

4 - Shikego sepertinya tidak terperangkap dalam apa-apa depressi walaupun berada dalam situasi sukar sebegini. Saya rasa secara umumnya, rakyat Jepun ketika itu boleh menerima memandangkan mereka telahpun berada dalam keadaan darurat sebelumnya. Shikego adalah simbol kepada kelangsungan dan survivor Hiroshima selepas kejadian tersebut. Ya, apa pun berlaku, hidup mesti diteruskan.

5 - Ada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Memandangkan ini keluaran DBP, saya rasa ini tidak boleh diterima.

6 - Naskah ini bagus untuk belajar tentang Hiroshima/Nagasaki dan kehidupan seharian penduduk-penduduknya dalam menghadapi keaadan getir tersebut namun demi kelangsungan proses pembacaan, saya harus dari masa ke semasa mengintai lelaki panas membaca Yiddish Policemen Union sebagai motivasi. He he he.

Kalau boleh dapatkan versi Inggeris atau Jepun (kalau boleh membaca dalam Nihonggo).
2 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Hujan Hitam.
Sign In »

Reading Progress

04/10/2010 page 68 "the Malay version for Kuroi Ame." 1 comment
show 3 hidden updates…

Comments (showing 1-4 of 4) (4 new)

dateDown arrow    newest »

message 1: by Dr. Amiruddin (new)

Dr. Amiruddin Alauddin Faizah, that's a nice book you're reading. Sedih juga bila membaca tentang suasana selepas kejadian letupan bomb atom itu.

Hopefully there won't be any nuclear wars because the destruction will be more devastating.


Faizah Roslaini Apa yang menarik ialah bagaimana Ibuse tidak pernah 'menyuruh' pembacanya merasa peritnya derita dibom, namun kita sendiri akan merasa perit tersebut dari penceritaannya tentang keadaan manusia-manusia yang terkena bom tersebut.

I certainly hope not. Nuclear weapons are really horrible. Full stop.


message 3: by Nazmi (new)

Nazmi Yaakub Ah, memori meminjam buku ini daripada perpustakaan awam kota bharu kembali menggoda saya!


Adam Hazin Sokong nombor 3 dan 5!


back to top