Aina Dayana Hilmi's Reviews > Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok

Travelog Dakwah by Muhd Kamil Ibrahim
Rate this book
Clear rating

by
1443606
's review
Jul 17, 09

bookshelves: motivasi-diri, read-2009
Read in July, 2009

Saya membaca dengan penuh perasaan. Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman masih memberi kesan kepada saya. Saya semakin menginsafi dan mengakui kebesaran Allah. Dialah yang Maha Agung. Saya lebih menginsafi hanya Dia yang layak memberi taufik dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lihatlah kepada penulis ini. Bukan mudah menulis sesuatu tentang diri sendiri yang banyak kekurangan dan bukan perkara yang mudah mengakui kesilapan lalu untuk ditulis kepada tatapan umum. Sedangkan untuk berkata dengan lisan untuk mengakui kesilapan kita pun sendiri maklum akan kesusahannya!.

Kesungguhan Prof berdakwah kepada diri sendiri membuatkan diri merenung kembali apa yang telah saya lakukan untuk mencari keredaan Allah. Masya Allah, banyak sungguh kelemahan dan kekurangan jika ingin disenaraikan. Walaupun Prof hanya bercakap mengenai perkara-perkara yang 'asas' tetapi bahasanya bersahaja, mudah difahami, dan yang paling penting kata-kata ini datang dari lubuk hati yang ikhlas dan saya selaku pembaca dapat merasai apa yang ingin disampaikan.

Penekanan beliau terhadap kepentingan solat berjemaah terutama di masjid, konsep berdoa (berdoalah selagi boleh!), solat sunat dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis dan beberapa perkara lagi merangkumi pengalamannya semasa bekerja dan berdakwah kepada rakan-rakan 'sepermainan' golf, kepada pemandu-pemandu di UiTM Johor dan lain-lain sangat bermakna.

Malah, saya tersentak dengan kisah 'Imam Terawih'. Aduhai.. hal ini turut mengajar saya supaya "don't judge a book by its cover". Saya juga sebenarnya berpandangan seperti Prof dan hal ini menyebabkan saya selalu rendah diri apabila bertemu dengan rakan-rakan dari lulusan agama kerana saya menghormati ilmu yang mereka miliki dan kelebihan mereka dapat mempelajari ilmu agama ke peringkat yang lebih tinggi dalam usia yang muda.

Sesungguhnya manusia itu lemah tetapi insya Allah ada kelebihan yang Allah jadikan dalam diri setiap manusia itu. Jika tidak mengapa manusia dilantik oleh Allah menjadi khalifah di bumi? Malah Allah telah mengatakan bahawa manusia ini dijadikan dengan sebaik-baik kejadian (Surah at-Tin ayat 4). Terpulang kepada manusia untuk menjadi hamba ALLAH yang taat atau menjadi sebaliknya. Allah telah memberi pilihan kepada manusia dengan menjadikan syurga dan neraka. Maka, pertimbangan yang dilakukan dibuat dengan menggunakan AKAL. Tepuk dada, tanya iman. Wallahualam.

Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.
Semoga usaha Prof diberkati dan berjaya memberi barakah yang sama kepada semua pembaca. Saya ucapkan jazaakallah dan mabruk atas penulisan buku ini kerana lebih membuka mata dan hati saya seterusnya memberi motivasi untuk istiqamah melakukan yang terbaik. Insya Allah.
2 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Travelog Dakwah.
sign in »

No comments have been added yet.