Aina Dayana Hilmi's Reviews > Laskar Pelangi

Laskar Pelangi by Andrea Hirata
Rate this book
Clear rating

by
1443606
's review
Dec 10, 08

bookshelves: motivasi-diri, read-in-2008
Read in November, 2008

Minda agak terbejat seketika sewaktu ingin membuat resensi buku ini. Kenapa ya? Mungkin masih terbayang-bayang lagi ‘pengalaman’ bersama Laskar Pelangi (“,) Penuh warna-warni, rasa takjub (Subhanallah), dan seolah-olah melihat sebuah wayang gambar (dan sememangnya buku ini telah dibuat dalam bentuk filem! Dengarnya filem Laskar Pelangi mendapat sambutan luar biasa sepanjang ditayangkan :)).

Menelusuri ksh hdp Laskar Pelangi membuatkan diri terfikir dan terkesan dgn watak2 yg ada. Sangat kagum dengan dua orang pendidik ini dan menjadikan saya bersemangat untuk menjadi seorang guru! Seorang guru bukanlah hanya mengajar tetapi bertindak sebagai seorang yang membina insan. Bagaimana ucapan seseorang guru dapat mengubah world view seseorang sehingga memberikan anjakan paradigma yang bermakna dalam mengubah masa hadapannya.

Cerita ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar baru di sebuah sekolah agama kampung yang mungkin paling miskin di Belitong, Sekolah Rendah Muhammadiyah. Terasa debar apabila murid baru yang mendaftar tidak sampai sepuluh orang walaupun jam telah melebihi pukul 11 pagi. Hal ini kerana, Pengawas Sekolah dari Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Sumatera Selatan (Depdikbud Sumsel) telah mengingatkan jika sekolah ini tidak mendapat sekurang-kurangnya 10 orang pelajar, maka sekolah ini akan ditutup. Sudah pasti ianya adalah sesuatu yang tidak diingini. Kanak-kanak ini telah bersemangat yang amat untuk bersekolah serta berasa besar hati kerana menjejakkan kaki ke sekolah. Namun, takdir Allah penentu segalanya, saat Pak Harfan (Guru Besar sekolah) ingin membuat ucapan pembubaran, muncullah Harun dari kejauhan bersama ibunya untuk mendaftar bersama-sama 9 orang rakannya yang lain. Bu Muslimah (guru muda di situ) turut berasa gembira dan hilang segala kesedihannya.

Agak menyeronokkan mengenali kesemua 10 rakan Laskar Pelangi (ada 11 tetapi bertambah kemudiannya). Pada hari pertama, sempat lagi Si Ikal menilik rakan-rakannya yang hadir. Dan ada seorang kanak-kanak yang bertubuh kecil yang tidak dikenalinya dan si kecil itulah yang menjadi rakan sebangkunya, tidak berubah-ubah selama 9 tahun persekolahan. Dialah si Lintang, seorang genius yang hadir umpama permata di celahan kaca. Allah memberi kebijaksanaan kepadanya sehingga dapat menguasai pelbagai bidang ilmu sains, matematik, anatomi, sejarah Islam, dan lain-lain dalam usia yang begitu muda. Malah si kecil ini yang selalu berbau busuk disebabkan selipar cunghainya (iaitu selipar yang dibuat daripada tayar kereta) yang mengharumkan nama sekolah selepas kemarau 20 tahun di dalam menjuarai mana-mana pertandingan pun. Mengagumkan ketika Lintang, Ikal, dan Sahara terpilih memasuki pertandingan kecerdasan menentang sekolah PN (sekolah PN ini diiliki oleh PN Timah iaitu perusahaan timah yang tunggal di Belitong, dalam bahasa mudahnya, sekolah ini dianggap sekolah elit), Lintang mampu menjawab SEMUA soalan sebelum soalan habis dibaca. Subhanallah, anak kecil ini memang sepadan dengan namanya yang bererti “bintang” (“,) Tapi, bagaimana nasib Lintang setelah dewasa? Adakah nasibnya lebih baik dari rakan-rakannya yang lain atau lebih teruk lagi? Bagaimana dia melalui kehidupannya selepas sekolah menengah? Cubalah anda telusuri kisah Laskar Pelangi ini bagi mengetahui kesudahannya.

Si Ikal juga berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya pegawai rendah di PN Timah dan terdedah kepada risiko radioaktif. Pernah jatuh hati pada anak gadis Syahdan begitu juga tetapi pendapatan keluarganya mungkin lebih sedikit daripada Ikal kerana ayahnya bekerja di pangkalan dan gudang kopra, ibunya menoreh getah, dan Syahdan sendiri bekerja sambilan menampal perahu. Satu sikap Syahdan, dia sangat suka diberi tugasan luar seperti membeli kapur tulis asalkan keluar dari kelas kerana belajar bukanlah menjadi kegemarannya sangat (“,)

Cara deskriptif Ikal terhadap A Kiong menggelikan hati. Tapi saya terfikir juga mengapa ayah A Kiong menghantarnya ke sekolah agama? Tidak ke sekolah cina? Tapi mungkin kerana keluarganya miskin. Tapi menurut Ikal, mana-mana sekolah pun pasti akan berfikir banyak kali sebelum menerimanya. Penampilannya dengan muka yang “seperti baru keluar daripada ketak magic, atau menyerupai Frankeinstein. Mukanya lebar dan berbentuk kotak, rambutnya serupa bulu landak, matanya tertarik ke atas seperti sebilah pedang dan dia hampir tidak mempunyai alis. Seluruh giginya jongang dan hanya tinggal setengah akibat digigit phyrite dan markacite daripada air minuman.”

Tapi memang A Kiong ni seperti lurus bendul dan sangat fanatik terhadap Mahar. Apa sahaja yang dikatakan oleh Mahar akan dipercayai bulat-bulat. Tak tahulah apa yang difikirnya tentang Mahar :) Dia jugalah yang menjadi perantara antara Ikal dengan A Ling, sepupunya yang cantik yang telah membuatkan Ikal jatuh cinta. Dia baik dengan semua orang kecuali Sahara, musuh seterunya sejak hari pertama persekolahan. Tapi siapa sangka akhirnya Sahara jugalah yang menjadi ratu di hatinya selepas belasan tahun perasaan tu disimpan :) Mereka berkahwin dan memperoleh 5 orang anak serta mengusahakan kedai Sinar Perkasa. Dan ketika itu, dia bukan lagi A Kiong tetapi Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman. Nama yang diberi oleh Bu Mus yang bermaksud Tentera Allah, orang yang mendapat keampunan dan cahaya.

Sahara, tidak banyak rasanya diperkatakan. Dia adalah satu-satunya puteri di dalam kelas sebelum Flo memasuki sekolah tersebut. Seorang yang garang dan boleh ‘mengaum’ ketika marah. Sangat suka membaca buku dan selalu bergaduh dengan A Kiong. Hari pertama lagi dah tumpahkan air botol A Kiong dengan sengaja. Entah apa yang merasuknya..rupa-rupanya dia juga menyimpan perasaan kepada A Kiong selama berbelas tahun ini :)

Kucai pula myopia atau rabun jauh, mungkin kerana kekurangan gizi semasa kecil. Nampaka sahaja pintar tetapi amat lemah menangkap ilmu. Namun dialah orang yang paling optimis yang pernah dijumpai. Networknya luas dan dia bercita-cita menjadi seorang ahli politik. Dan hal ini terbukti beberapa belas tahun kemudian di mana dia berjaya menjadi ketua alah satu bahagian di Dewan perwakilan Rakyat Daerah Belitong dan kini dikenali sebagai Drs Mukharam Kucai Khairani MBA.

Mahar, seorang lagi genius yang lahir di celah-celah kemiskinan daerah Belitong. Seorang yang sangat kreatif dalam bidang seni. Bakatnya mula dikesan ketika Bu Mus memintanya menyanyi di dalam kelas sewaktu menunggu masa untuk pulang. Biasanya semua pelajar hanya menyanyikan lagu tradisional atau lagu negeri tetapi Mahar membuat kejutan dengan menyanyikan lagu cinta. Siap menitis air mata lagi kerana menghayati seni katanya!Nyanyian, puisi, lakonan, lukisan dan segala yang berkaitan seni berilah padanya pasti ada kejutan-kejutan baru yang tak terjangkau dek akal logik. ketaksubannya membawa kpd penubuhan The Societeit.

Kegilaannya membuatkan dia sanggup ke ceruk mana sekalipun bagi membuktikan kebenaran dan semata-mata ingin bertemu dengan hantu dan perkara mistik. Dan menyebabkan akademiknya dan Flo terabai. Kemuncak ketaksubannya ialah bertemu dengan Tok Bayan Tula, seorang lelaki mistik yang dikatakan amat berpengaruh dalam dunia perdukunan. Dia dan Flo terutamanya ingin meminta pertolongan Tok Bayan Tula ekoran keputusan ujian mereka sangat teruk dan saya tergelak besar apabila surat dari Tok Bayan ini dibacakan dihadapan orang ramai oleh Mahar. . . INILAH PESAN TOK BAYAN TULA KEPADA KALIAN BERDUA, KALAU INGIN LULUS UJIAN : BUKA BUKU, BELAJAR!! .. haha.. saya sangkakan sesuatu yang ‘luar biasa’ akan diberi rupa-rupanya kata-kata ini. Banyak lagi perkara menarik yang dibuat oleh Mahar tapi tak termampu pula untuk dicatatkan semuanya di sini :)

Trapani seorang yang tampan tetapi tidak boleh berenggang dengan ibunya. Ke mana-mana hendak pergi atau sebelum melakukan sesuatu, pasti dengan keizinan ibunya. Kisahnya tragis sekali.. Trapani dan ibunya dimasukkan ke hospital sakit jiwa disebabkan Trapani tidak boleh jauh sedikit dari ibunya. Malah kebergantungannya kepada ibunya membuat dia boleh menjadi histeria jika apabila tidak melihat ibunya apabila bangun dari tidur. Ikallah yang menemuinya secara tidak sengaja. Ikal membawa anak buahnya ke hospital berkenaan bagi mendapatkan kes untuk kajian tesisnya. Tak pernah disangka Ikal akan bertemu Trapani dalam keadaannya yang sebegitu. Pada awalnya Ikal tidak mengenali pesakit anak-beranak di dalam sel tersebut tetapi ketika dia ingin pulang, terkejut apabila namanya disebut. Jika tak silap, Trapani dan ibunya berjaya dirawat dengan bantuan Ikal dan alhamdulillah mereka menjalani kehidupan seperti biasa selepas itu.

Flo,, siapakah dia? Seorang tomboi, anak kepada penguasa PN Timah. Pernah hilang di hutan lebih 24 jam dan Maharlah yang berjaya menjumpainya. Ketika itu Mahar telah mula mengagumi Tok Bayan Tula dan ‘berkat’ keyakinannya terhadap Tok Bayan Tula(yang mengatakan Flo ada di bangsal yang ditinggalkan) mendorongnya mencari Flo hingga ke lubang cacing sekalipun. Sememangnya mencabar bagi rakan-rakan Mahar juga kerana mereka terpaksa ikut Mahar pergi (walaupun telah berlaku pertengkaran kecil tapi Mahar tetap berdegil) berdekatan Sungai Buta, – sebuah kawasan yang menjadi taboo bagi masyarakat setempat- kerana di katakan disitulah habitat buaya paling ganas dan ular yang besar-besar. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat memang benar Flo berada disitu. Akhirnya Flo berpindah dari Sekolah PN ke sekolah buruk ini semata-mata kerana kagumnya dia pada Mahar. Selepas bertemu Tok Bayan Tula, Flo mula insaf dan berubah secara total. Selepas tamat sekolah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi guru tadika, berkahwin dengan salah seorang bekas anggota The Soceiteit dan dikurniakan Allah 2 pasang kembar lelaki :)

Opss.. terlalu panjang rasanya saya menulis catatan ini dan perlu segera ditamatkan (“,) buku ini banyak memberi pengajaran secara tidak langsung kepada saya dan mengapa tidak kepada anda juga? (“,)
5 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Laskar Pelangi.
sign in »

Comments (showing 1-4 of 4) (4 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Welma (new)

Welma La'anda Saya tunggu ulasan Aina :)


message 2: by Welma (new)

Welma La'anda Ya, memang panjang ulasannya :)

Sejujurnya saya belum lagi menghabiskan novel ini walau sudah lama membelinya. Saya memberhentikan pembacaan kerana tidak sanggup lagi membaca tentang Lintang. Ya Allah saya tidak sanggup mmebaca dia bekerja sebagai buruh kasat. Sadis!


Aina Dayana Hilmi Haah... saya tak sedar buat ulasan terlalu panjang ;)
Rasa tidak adil pada Lintang, dia berakhir dengan buruh kasat! Tapi itulah realiti kehidupan. huhu.. Nanti saya jadi guru insya Allah saya ajar betul-betul. Tak nak nanti anak-anak istimewa saya tak tahu berdikari. Nauzubillah.


message 4: by Welma (new)

Welma La'anda Dalam solat Aina, Aina kena selalu doa ya kesejahteraan anak-anak murid Aina ya :)


back to top