Luc Abdullah's Reviews > Sinema Spiritual : Dramaturgi dan Kritikan

Sinema Spiritual  by Faisal Tehrani
Rate this book
Clear rating

by
6721523
's review
Jul 12, 12

bookshelves: non-fiction
Read from June 30 to July 13, 2012

Buku ini adalah koleksi tulisan penulis di kolum Sinema Spiritual yang diterbitkan di akhbar politik Siasah dari tahun 2008-2010 yang berkitarkan gagasan beliau tentang Sinema Spiritual yang ketengahkan filem sebagai alat dakwah yang amal maaruf lagi-lagi dalam sinema Malaysia yang tepu dengan filem yang menjadikan Islam sebagai sampingan semata seperti filem seram dan cinta versi islamik.

Ada beberapa pendapat beliau yang kurang saya setujui tapi itu tidaklah menjadi isu untuk tidak menyukai buku ini, kerana ia provokatif dan merungkai intipati filem dari perspektif beliau.

Ada 28 filem dari luar dan dalam negara(termasuklah terbitan Hollywood, Bangladesh, Iran, Iraq, Indonesia dan Malaysia)dan kebanyakannya merupakan filem indie, yang beliau sinopsiskan dan kemudian ceritakan kembali dalam perspektif beliau kemudian disimpulkan mengikut gagasan beliau.

Aku tertarik dengan;

Filem Hunger yang mengisahkan mogok lapar oleh tahanan politik IRA tahun 1981 di mana 10 orang tahanan IRA mati termasuk Bobby Sands seorang wakil rakyat dari Ireland. Aku dah muaturun filem ini dan ternyata, sangat menarik untuk ditonton walau tidak banyak dialog yang terlibat, tapi imej visual yang ditunjukkan sudah cukup menggambarkan perjuangan mereka dari cengkaman orang Inggeris. Menjadi polemik tentunya apabila Margaret Thatcher cuba menidakkan perjuangan mereka dengan mengatakan pejuang-pejuang tersebut hanyalah penjenayah semata. Tanpa makan, mandi, tahi sendiri dipalitkan ke dinding, air kencing sengaja dicurahkan ke liang bawah pintu yang renggang melencunkan koridor penjara. Para warden penjara membalas olah mereka dengan menelanjangkan, melemaskan, memukul, menyepak, menjolok anus mereka dan sebagainya untuk melemahkan mental mereka supaya patuh pada pihak berkuasa. Walaupun ia berakhir dengan kematian, ia adalah detik-detik Ireland untuk berlepas dari pihak Inggeris. Ironiknya di Tehran, Imam Khomeini menamakan jalan yang menempatkan kedutaan British dengan nama pejuang IRA, Bobbysands.

Filem Perempuan Berkalung Sorban yang diadaptasi dari novel tentang seorang anak perempuan kiai yang berpandukan Wahabi, menjadi feminis menentang penindasan yang dia hadapi kerana ajaran Wahabi yang sangat berat sebelah dengan wanita (dilarang melanjutkan pelajaran) sehinggakan buku-buku tulisan kreatif ditentang dan dibakar.

Banyak lagi filem lain yang dikupas, walau ia digarap melalui ajaran Yahudi sekalipun, masih lagi ada sisi kecil yang terlihat, berbaloi untuk ditonton.

Dan lucunya, tatkala sinema Malaysia masih galak dengan filem-filem komersial yang tandus kognitif, negara yang bergolak dengan peperangan dan nonmuslim yang menghasilkan filem Pensil (2008), berjaya mengetengahkan sesuatu yang mengesankan pada jiwa.

Cuma aku sendiri, agak kurang suka dengan penulisan yang agak retorik (sedikitlah). 3 bukanlah sebab tidak bagus, itu dari aku sendiri yang mengikut citarasa sendiri, bukan orang lain.
2 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Sinema Spiritual .
sign in »

Reading Progress

07/04/2012 "Tulisan esei Faisal di kolum Sinema Spiritual, akhbar politik Siasah yang disatukan. Membawa gagasan Sinema Spiritual, menyedarkan saya Malaysia tidak pernah ada filem Islamis (sebenarnya). Ada pun, ia sebenarnya filem Melayu.

Gersang Malaysia ini, kerana filem/drama tangkap hantu guna taktik berdoa banyaklah.

Lagi satu, terselit ulasan tentang Perempuan Berkalung Sorban, si heroin.. Goodread terhadkan ini."
07/10/2012
49.0% 2 comments
07/11/2012
64.0% "Retorik-nya."
07/12/2012
84.0% "Sedikit cebisan Haofshat Kaits;

"Apakah anjing masuk syurga" Dan tidaklah mengejutkan, menurut tradisi Yahudi anjing tidak beriman, tidak berakal, dan tempatnya adalah selamanya di neraka."

Comments (showing 1-14 of 14) (14 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Anwaruddin (new) - added it

Anwaruddin Tajuddin Alu tunggu kau bagi bintang dekat sini baru aku beli. Hehe.


message 2: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah Berbaloi untuk dibeli. Dah baca sebahagian, ada sedikit-sedikit boleh dikutip jadi bekalan.


message 3: by Anwaruddin (new) - added it

Anwaruddin Tajuddin Ok beli!


Ophan Bunjos kalau ada pun filem islam, semuanya berunsur cinta.


message 5: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah Dan juga berunsur seram, aha. Esei di dalam ini merungkai filem dari persepsi beliau tentang sinema spiritual.


Ophan Bunjos tradisi Yahudi mengatakan anjing akan masuk neraka: ni kes jeles dengan binatang ker ape ni, jeles sebab anjing juga disebutkan dalam al-quran? haha! anjing yang telah ditidurkan bersama dengan pemuda-pemuda selama 100 tahun itu.


message 7: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah Haha, itu lah. Yang menarik tentang buku ini adalah ia menampilkan sisi yang tak jelas, menjadi jelas, macam tradisi Yahudi tadi, cumanya gaya Faisal Tehrani sedikit retorik.


Ophan Bunjos nampaknya aku kena mula baca karya Faisal T. satu pun aku takde lagi. entah kenapa selalu berat utk aku dapatkan buku-buku dia.


message 9: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah Jujur, agak bosan sedikit, aku lebih sukakan stail penulisan Fadli Al-Akiti, citarasa sendiri.


Johan Radzi Aku pernah tengok perempuan berkalung Sorban itu (malah ada dvd dekat rumah), tapi hmm, tidaklah best sangat.


message 11: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah Aku tak tonton lagi cerita Indo tu, tapi reviu atas berdasarkan apa yang dia katakan dengan bagaimana dia luahkan pandangannya, tapi aku tak muaturun cerita itu. Tapi untuk personal taste aku menyukai garapan Hunger.


Ophan Bunjos aku masih lum jumpa buku ni, Luc


message 13: by Luc (new) - added it

Luc Abdullah MPH kalau tak silap aku ada sertakan stok ni. Merpati Jingga juga selalu bawa stok ni ke mana-mana mereka buka booth.


Ophan Bunjos okay, thanks. nasib baik MPH hanya kat belakang rumah jer. :)


back to top