Nusrah's Reviews > Cinta High Class

Cinta High Class by Fatimah Syarha Mohd Noordin
Rate this book
Clear rating

by
5974709
's review
Jul 03, 12

Read in July, 2012

Alhamdulillah, it takes almost three weeks to finish it. Seperti biasa, karya ustazah fatimah syarhah lazimnya mempunyai sumber-sumber rujukan autoriti. Saya kira buku ini menjawab persoalan seputar ikhtilat, masalah cinta, adab ketika tempoh pertunangan dan sedikit rencah dalam mendirikan rumah tangga.

Qani'ah Syumaila. Doktor as-Solihul Muslih.

Cukup terkesan dengan kata-kata Qania'ah pada novelet yang kedua :
"Saya ingin memberi mesej kepada kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki sejati, takut kepada Ilahi. Pilihlah cara yang diredhai, bukan mengurat sesuka hati."

"Saya ingin memberi kepada kaum wanita, betapa ramai lelaki tidak keruan dengan pesonanya. Maka, bantulah lelaki dengan tidak melayan kecuali atas dasar urusan." - ms 327 & 328

Ketika tempoh merisik, betapa indah Islam mengetengahkan kaedah merisik melalui orang tengah serta memuliakan peranan wali. Hikmahnya, lebih beradab apabila melalui orang tengah dan ayah yang bertindak sebagai wali merasa dimuliakan.

Ketika tempoh pertunangan, bisa sahaja si adam merisik perkhabaran si hawa melalui ibu bapa nya. Jika ingin berurusan, muliakan khidmat orang tengah sebagai pemudah cara. Hikmahnya di sini, ikhtilat lebih terjaga, pintu-pintu fitnah yang syaitan cuma tunggu masa membukanya lebih tertutup kemas dan ukhuwah antara keluarga dapat dieratkan dengan cara yang lebih bersyariat.

Ciri-ciri orang tengah juga ada disebutkan secara tidak langsung di dalamnya. Antaranya, orang tengah yang aman dari fitnah dan punya tsiqah. Kedua-duanya bermaksud, orang tengah itu seeloknya-eloknya telah berkahwin dan kita punya kepercayaan yang tinggi pada agama dan akhlaknya serta sebarang perkhabaran yang dibawanya adalah benar dan dipercayai.

Rindu? Mustahil tidak rindu, kita ini manusia yang punya fitrah sedemikian. Kita bukannya malaikat. Bezanya bila mengikut syariat ia menjadi terurus bila kita kuatkan dengan zikrullah dan mujahadah. Bukannya mesej, telefon atau memilih mana-mana jalan-jalan fitnah yang boleh melepaskan rindu.

Makanya, RM22 adalah sangat berbaloi untuk novel ilmiah dan membangun jiwa seperti ini.
8 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Cinta High Class.
sign in »

Quotes Nusrah Liked

Fatimah Syarha Mohd Noordin
“Jika ada kawan yang suka menghukum , perlu tahu seni mendidik. Jika ada kawan yang suka merajuk , perlu tahu seni memujuk. Jika ada kawan ynag payah berbincang , perlu tahu seni memulakan. Jika ada kawan yang suka mengata belakang , perlu berhikmah memberi peringatan. Jika ada kawan yang suka berhujah , perlu tahu seni memikat hati.”
Fatimah Syarha Mohd Noordin, Cinta High Class


No comments have been added yet.