Mohd Yaakub's Reviews > Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Rihlah Ilmiah by Wan Mohd Nor Wan Daud
Rate this book
Clear rating
Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Rihlah Ilmiah.
sign in »

Quotes Mohd Liked

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Dalam lawatan itu, saya menyatakan kebimbangan tentang aliran-aliran extremism yang sedang menular di kalangan beberapa kelompok aktivis Islam pada waktu itu. Fazlur Rahman menasihati bahawa intelektual dan pemikir Muslim tidak harus pasif. Harus kerja kuat, menulis dan menjelaskan kepada masyarakat dengan mendalam dan integriti. Tanpa gerakan intelektualisme yang mendalam, kebangkitan Islam akan gagal dan kecewa.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Saya tetap menghormati beliau (Fazlur Rahman) sebagai salah seorang ilmuwan ulong zaman ini, khasnya dari tradisi falsafah ala Ibn Sina. Saya juga menyanjunginya sebagai seorang yang baik dan berdedikasi dalam perjuangannya walaupun saya tidak bersependapat dengannya. Sikap ini saya dapat secara praktis dari memerhatikan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas sejak 1988 hingga sekarang.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Saya sempat bertanya kepada Pak Amien (Rais). Setelah berperanan menurunkan tiga presiden dan memimpin MPR dalam era terawal reformasi, apa yang telah beliau pelajari? Jawapannya seperti biasa, ikhlas dan tidak menunjukkan keraguan. Katanya, jiwa kita telah menjadi sangat korup. Jawapan ini tidak mengejutkan saya walaupun memilukan dan tidak terbatas kepada negara Indonesia saja.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Saya selalu mengatakan kepada anak-anak muda Malaysia agar tidak menilai seseorang melalui satu amalan atau pegangan yang tidak induk kerana justeru mudah mengenepikan kekuatannya yang lebih utama dan amat diperlukan umat.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Ketika golongan kaya dan profesional Muslim asyik menangisi keadaan umat Islam yang mundur dan Barat yang semakin kuat, lalu menghimpun pahala dan berbangga dengan kerap menunai haji dan umrah, golongan kaya di Barat menggunakan kekayaan mereka melalui pelbagai yayasan untuk terus menerus mengukuhkan penguasan ilmu pengetahuan tentang kebudayaan dan tamadun lain, terutama Islam.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Keadaan universiti-universiti di negara-negara Islam yang mengajar agama dan tamadun Islam telah menjadi amat lemah kerana ketiadaan koleksi perpustakaan yang lengkap, program akademik kukuh, penyeliaan serius dan bersifat terlalu berpihak kepada politik. Segelintir institusi pengajian tinggi yang baik, dirosakkan oleh perasaan hasad, dengki dan fikiran sempit.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Seorang alim masih boleh menghidupkan ekonomi bangsanya walaupun setelah ratusan tahun meninggal dunia; ramai ahli politik membunuh ekonomi bangsa walau memerintah satu penggal.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Reading Progress

04/26/2012 page 23
5.0% "Biografi dengan gaya soal jawab yang dilontar Dr Adian Husaini; menguak pintu perjalanan keintelektualan dan kesarjanaan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud pada ranah ilmu yang awalnya dirintis di bawah bimbingan Prof Fazlur Rahman dengan tongkat neomodenisme tetapi akhirnya direntas dengan suluhan Prof Naquib al-Attas."

04/26/2012 page 115
24.0% "Bermula halaman ini, Prof Wan Mohd Nor mula menyitir rihlah ilmiahnya dengan Prof Naquib al-Attas, selepas mengahiri perkongsian sejarahnya dengan catatan mengenai pemergian Fazlur Rahman ke alam baqa."
04/26/2012 page 180
38.0% "Sekiranya rihlah ilmiah sehingga halaman ini adalah susur perjalanan yang mengakumkan, maka teks ucapan yang dibentangkan dalam satu seminar di Chicago adalah istana ilmunya yang dibina daripada rihlah ilmiah dan disempurnakan oleh pemikiran dan pengalamannya."
04/28/2012 page 299
63.0% "Menyelongkar hubungan keintelektualan Prof Wan Mohd Nor dengan Prof Naquib al-Attas yang berlatarkan ISTAC - turut menjelaskan tohmahan terhadap pengkultusan al-Attas."
04/28/2012 page 358
76.0% 2 comments
show 4 hidden updates…

Comments (showing 1-5 of 5) (5 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Hana (new)

Hana Buku ini tuan beli di mana?

Mohd Yaakub Hana wrote: "Buku ini tuan beli di mana?"

minggu lepas ada dijual sempena pelancaran bukunya. saya tak pasti di pbakl kali ini sudah dijual atau belum. tapi semalam, bersama jiwa rasa ke booth mapim, nampaknya belum ada lagi.

message 3: by Siti M (new)

Siti M Mat Hana, boleh beli menerusi anaknya di sini: http://wanmohdnorwandaud.blogspot.com/

message 4: by Hana (new)

Hana Oh, terima kasih banyak! :)

message 5: by Siti M (new)

Siti M Mat sama-sama :)

back to top