Jerry Ghazali's Reviews > The New York Trilogy

The New York Trilogy by Paul Auster
Rate this book
Clear rating

by
7246449
's review
Aug 12, 12

Read from August 05 to 09, 2012

Trilogi tiga novel yang telah membikin aku berfikir panjang sebaik saja aku tiba ke muka surat terakhir novel ini. Aku tertarik dengan perungkaian unsur paradoks karakter fantasi rekaan Lewis Carroll iaitu Humpty Dumpty daripada novel pertama trilogi ini iaitu "City of Glass". Namun antara tiga novel, aku paling gemarkan novel kedua iaitu "Ghost" walaupun novel ketiga "The Locked Room" punya penyudah cerita yang memberi kejutan maksima lantas kepala aku yang tidak gatal digaru dengan sengaja.

Apa yang membikin aku gemarkan novel kedua adalah kerana penulis sengaja menggelarkan semua karakter berdasarkan warna iaitu Blue, Black, White dan Brown dan ini mirip kepada gelaran karakter dari filem Reservoir Dogs arahan Quentin Tarantino di mana filem itu dihasilkan lima tahun selepas novel ini diterbitkan. Walaupun membaca novel kedua rasanya seolah benar-benar diperdaya dan diperbodohkan namun aku akui perasaan itu hadir dengan hebat sekali.

Rangkuman tiga novel dalam trilogi ini sebenarnya adalah saling berkait dan bergantungan dan benar-benar menyenggama dan menyontot minda. Mohon difilemkan!
1 like · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The New York Trilogy.
sign in »

Reading Progress

08/05/2012 page 113
36.0%
08/06/2012 page 198
63.0% "cerita bertajuk "Ghost" ni memang mind-blowing dan beri enigma sungguh!"
08/08/2012 page 314
100.0% "Tammat."
show 1 hidden update…

Comments (showing 1-2 of 2) (2 new)

dateDown_arrow    newest »

Jerry Ghazali agak slow sebenarnya. struggle nak membaca monolog dalaman tapi memang menyontot minda sungguh la novel ni.


Jerry Ghazali aku paling suka "Ghost".
menyontot dengan senggama itu bukan perlakuan dan benda yang sama ker? hehe.


back to top