Nisah Haron's Reviews > Ibu Melayu Mengelilingi Dunia I
Ibu Melayu Mengelilingi Dunia I
by Aishah Aziz
by Aishah Aziz
Saya fikir inilah buku travelog wanita Melayu pertama tanah air. Jika ada yang pernah membaca apa-apa buku yang lebih awal daripada ini, sila nyatakan. Sebelumnya, hanya ada kisah-kisah pengembaraan Ibnu Battutah, Marco Polo, atau Panglima Awang.
Bahagian awal buku ini ialah pengalaman beliau menaiki kapal penumpang bernama Canton melalui Singapura - Pulau Pinang - Ceylon - Bombay - Aden - Terusan Suez - Port Said hingga ke London. Catatan awalnya ini lebih pendek, barangkali dicatatkan sewaktu sedang kembara. Oleh itu, tidak banyak refleksi dilakukan. Banyak pengamatan dan pelaporan. Di sini, pembaca dapat melihat suasana tempat-tempat ini pada bulan April 1955 hingga bulan Mei tahun yang sama. Perjalanan itu sahaja memakan masa hampir sebulan.
Refleksi dan kajian banyak beliau lakukan sewaktu berada di London. Kemungkinan besar juga pada waktu itu Aishah sudah settle-down di London dan membolehkan beliau menulis bab-bab yang lebih panjang. Hal ini turut saya rasakan sewaktu menulis catatan kembara sewaktu mengembara, berbanding menulis catatan setelah pulang.
Sewaktu di London, beliau menceritakan ketakjuban yang dilihat sendiri tentang sistem pengangkutan di London, khususnya tentang kereta api bawah tanah (tube). Terdapat satu perenggan yang menyebut tentang membeli tiket kereta api menggunakan mesin (ini tahun 1955, sesuatu yang aneh apabila perkara yang dilakukan oleh manusia mampu dilakukan oleh mesin :
>"Di tiap2 station ada di-sediakan machine penjual ticket sendiri. Kita teka saja satu knob akan keluar saja ticket yang kita kehendaki dan pandai pula ia memulangkan sekira--nya wang kita berlebih dari harga ticket." (ejaan asal dikekalkan)
Pandangan beliau di dalam buku ini bernas dan berani - sesuai dengan peribadinya, serta sifatnya sebagai pejuang. Beliau memikirkan hal-hal bagaimana untuk memajukan pemikiran bangsanya. Ketika masih berada di Aden, beliau berhujah dengan seorang warga Irish bernama Gabriel P. Oholohan tentang Pelabuhan Aden. Menurut Oholohan, orang-orang Inggeris berjasa besar kerana mendirikan pelabuhan ini, jika tidak tentu orang-orang Aden mati kebuluran kerana tidak ada hasil bumi seperti negeri lain.
Aishah menjawab, "Orang2 engkau tiada mahu rugi kalau tak ada untong, bukankah di- Aden ini ada mengeluarkan minyak petol yang akan di-punggah oleh Inggeris keluar negeri."
Saya fikir, kalau seseorang itu tiada pelajaran (dalam konteks zaman itu, bukan hari ini) tidak mungkin mampu menjawab setajam dan sesinis itu.
Buku senipis 83 halaman ini pastinya ada sambungan kerana pada kulit judul ini tertera angka "I". Catatan di dalamnya biarpun singkat tetapi penting sebagai rakaman zaman yang tidak mungkin terlihat lagi pada zaman ini. Lebih penting lagi, ini pandangan seorang wanita Melayu tahun 50-an. Amat jarang ada penulisan seumpama ini dalam penerbitan.

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Ibu Melayu Mengelilingi Dunia I.
sign in »
Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)
date
newest »
newest »
Limau Nipis, Saya hanya membaca salinannya. Di Perpustakaan UM dan Perpustakaan Peringatan Za'ba, masing-masing ada satu.
Najibah,
Nama sebenar beliau ialah Aishah Ghani. Untuk buku ini beliau mahu dikenali sebagai Aishah Aziz (Aziz itu suaminya) kerana suaminya telah berkorban menjaga anak-anaknya yang terpaksa ditinggalkan di Malaya sementara beliau menyambung pelajaran di UK. Reviu yang lebih panjang ada saya letak di blog :
http://annyss.blogspot.com/2012/01/ibu-m...