Ummu Auni's Reviews > Laskar Pelangi

Laskar Pelangi by Andrea Hirata
Rate this book
Clear rating

by
1091055
's review
Jan 29, 13

bookshelves: read-2008, asean, inspirational
Read in June, 2008

Menariknya kali ini, aku pesankan kepada ummiku untuk belikan buku tetralogi Laskar Pelangi di Bandung. Banyak kali sudah aku baca review mengenainya, tetapi titik permulaan itu berlaku bila seorang forumner membuka tajuk Andrea Hirata – Laskar Pelangi. Maka dalam diam, aku membaca dan lama kelamaan rasa teruja untuk memiliki koleksi tersebut. Manakan tidak, novel tersebut dinobatkan Indonesia’s most powerful book dan diguna pakai kerajaan Indonesia untuk mengubah sistem pendidikan di sana.

Padahnya, oleh kerana keluargaku pulang dari Bandung sebelum aku menghadapi kertas peperiksaan pertama, aku sudah menyelang yelikan pembacaan notaku dengan pembacaan Laskar Pelangi. Akhirnya dalam tangis sendu, dan saat-saat tertawa kerana terhibur membacanya, semacam ada satu kepuasan yang timbul.

Dari saat, aku mulai membacanya, terus terang aku katakan dan terfikir, benarkah. Adakah ini cerita penulis sendiri, yang menghadapi kesukaran untuk membayar biaya pelajaran, maka ahli-ahli cilik yang menguasai keseluruhan cerita ini dan layak digelar pasukan Laskar Pelangi, merupakan rakan satu kelas yang hanya sampai 10 orang. Mereka disekolahkan di situ, kerana tiada ibu bapa mereka dapat membayar wang biaya, dan satu-satunya sekolah yang memberi pendidikan percuma dalam serba kekurangan ialah sekolah SD Muhamadiyah, sebuah sekolah yang sangat daif, tetapi didokong dua tokoh yang sangat menyentuh perasaan, Ibu Muslimah Hafsari dan Bapak Effendy Noor kerana semangat mereka untuk mengajar dan mendidik anak-anak yang miskin di kawasan Belitong, sebuah pulau yang kaya dengan timah tetapi kebanyakan penduduknya hidup dalam serba kekurangan.

Bab pertama sudah cukup membuatkan air mataku luruh. Bukan kerana apa, kerana sekolah tersebut diletakkan syarat tentang perlunya sekurang-kurangnya 10 orang pelajar baru untuk dibuka kelas baru, ataupun menghadapi kemungkinan akan ditutup. Dan dalam saat mengharukan, dan penantian guru di situ, hampir-hampir mereka putus asa kerana hanya ada 9 pelajar, belum cukup seorang. Bapak Effendy hampir-hampir sebak dan menyalam kesemua orang tua dan pelajar baru yang hadir kerana kekurangan pelajar. Di saat-saat akhir ada satu pelajar terencat, Harun yang juga ingin masuk sekolah di situ.

Inilah cerita tentang perjuangan hidup, tentang tokoh-tokoh yang sangat tulus hati mereka, yang sanggup memandang ke hadapan dan percaya ada satu pintu keajaiban yang mampu membanteras kemisikinan iaitu, pendidikan. Tentang Lintang, yang berbasikal sejauh 80 kilometer pergi dan balik semata-mata untuk belajar. Tentang Mahar, seorang seniman muda yang mempunyai bakat seni besar dan mampu mengangkat darjat sekolah miskin seperti mereka di karnival persembahan seni. Tentang Sahara, tentang Samson, tentang Ah Liong, tentang Syahdan, tentang Harun, tentang Ikal (sebagai pencerita utama), tentang Trapanni, tentang Kuchai - watak-watak yang luhur, bersahaja, penuh dengan kesungguhan.

Betapa aku mengkagumi mereka, dan semangat mereka. Kadang kala buku ini berjaya membuat aku tertawa, kadang kala berjaya membuat aku menangis. Cerita yang sarat dengan childhood memories, tentang cinta pertama, tentang unsur-unsur mistik, pertemuan dengan dukun tua yang mengerikan, tentang kejayaan mereka menjuarai pertandingan kecerdasan.

Tetapi aku sangat terkuik perasaan dengan cerita Lintang, seorang anak nelayan dan sangat genius – persoalan matematik, fizik yang kompleks dapat diselesaikan dalam masa beberapa saat. Tetapi, ada sesuatu terjadi kepada Lintang, yang menyebabkan aku menangisi nasib hidupnya. Dan aku kira Indonesia sebenarnya kehilangan satu bakat besar, ketika nasib malang menimpa Lintang. Bak kata Ikal, yang hatinya hampir terhiris ketika memandang nasib Lintang, ‘Aku kecewa pada kenyataan begitu banyak anak pintar terpaksa berhenti sekolah kerana alasan ekonomi. Aku mengutuki orang-orang bodoh sok pintar yang menyombongkan diri, dan anak-anak orang kaya yang menyia-nyiakan kesempatan pendidikan.’

Tidak semuanya berakhir dengan indah. Ada ahli Laskar Pelangi yang berjaya, ada yang sebaliknya. Penceritaan yang dibawa secara jangka masa yang bertahun-tahun ini, amat menggugah perasaan.

Benarlah kata seorang tokoh sebagaimana tertera di kulit buku ini, 'Sebuah novel yang sangat menggugah. Siapa pun yang membacanya akan termotivasi dan merasa berdosa jika tidak mensyukuri hidup'

Sungguh-sungguh aku sangat rasa bersyukur, dengan linangan air mata, aku sangat bersyukur!
6 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Laskar Pelangi.
sign in »

Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah (new) - added it

Najibah Abu Bakar Saya belum berkesempatan baca Laskar Pelangi yang begitu dipuja ramai pembaca ni. Ini pun kali pertama benar-benar baca review yang panjang lebar ttg novel ni.

Dan kisah sekolah tersebut mengingatkan saya kepada satu filem Cina berjudul 'Not one less' (adaptasi dari novel), juga tentang sebuah sekolah di satu kawasan pedalaman China yang miskin. Dan ada seorang kanak-kanak lari dari sekolah ke bandar cikgunya sanggup pergi menjejakinya.


Ummu Auni Najibah, you should try reading it. Engaging book! Saya habis membacanya dalam masa 2 hari (itupun sebab exam) :). Kata keluarga, di Indonesia tiada middle class. Hanya yang kaya atau miskin sahaja. Dan cerita Laskar pelangi berkisar di kisah kehidupan mereka yang miskin...Banyak membuatkan saya rasa bersyukur dengan apa yang ada


Aina Dayana Hilmi Assalamualaikum,
Buku ini memang seringkali saya lihat dipromosikan melalui ruang maya ini tetapi saya masih belum berminat untuk membacanya. Dan ini kali pertama saya membaca sinopsis yang amat menarik hati saya. Ini yang membuatkan saya tak sabar-sabar nak membacanya!

hehe...Thanks to Ummu Auni. Promosilah lagi buku-buku lain yang bagus-bagus ;) Moga Allah berkati


back to top