Adi's Reviews > Burhanuddin Al-Helmy : Suatu Kemelut Politik

Burhanuddin Al-Helmy  by Ramlah Adam
Rate this book
Clear rating

by
4115167
's review
Sep 30, 11

it was ok

penulis seorang sejarahwan terkenal, tapi itu tak bermakna aku sukakan buku ni.
Pada aku, membaca tulisan tokoh itu sendiri lebih memberi gambaran tentang gagasan idea beliau berbanding ketokohannya dibiografikan oleh orang lain.

Keseluruhannya agak baik kalau dilihat dari segi kronologi perjalanan hidup dan keterlibatan Dr Burhanudin al-helmi. Tapi kecenderungan penulis mencampurkan pandangan dan spekulasi sendiri tak dapat menjana pembaca menganalisis sejarah atas pandangan individu.
Menumpulkan otak sahaja.

Contohnya memberikan gambaran politik kekampungan yg dibawa dr burhanudin semasa menjadi ahli parlimen PAS sebagai membosankan.
Dan menggunakan suratkhabar Utusan Malaysia sebagai bahan rujukan sahih menggambarkan keadaan sewaktu kejadian memang sangat mengecewakan.

Pleaselah, untuk sebuah negara yg kebebasan medianya berada di anak tangga corot ke 141 dari semua 178 negara, samalah seperti merujuk pada propaganda bersifat politik..

Aku bukan sokong PAS, aku cuma mahu penulisan sejarah yg telus seperti apa yg benar2 berlaku..
soal menganalisis baik-buruk itu biarlah diberikan pada pembaca.
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Burhanuddin Al-Helmy .
Sign In »

No comments have been added yet.