Norziati's Reviews > Mira Edora

Mira Edora by Khadijah Hashim
Rate this book
Clear rating

by
4172021
's review
Sep 21, 2011

really liked it
Read on September 21, 2011

Novel ini sekadar bacaan ringan dan santai. Pernah baca waktu sekolah dahulu dan diulang baca tatkala terpandang ia di jual di kedai buku lusuh. Memandangkan ia pernah difilemkan dengan judul yang sama, maka dalam setiap kata dan latar, fikiran cuba untuk memvisualkan pelakon dengan dialognya. Noorkumalasari, Julia Rais, Mustapha Kamal dan Ruminah Sidek sebagai pemeran utama tidak mengecewakan dalam lakonan.

Generasi 90-an tentu ingat filem ini yang menjadi hangat (zaman sebelum ada Astro). Saya yang ketika itu masih di sekolah menengah - kira-kira seusia Mira Edora - bersama teman sebaya, boleh dikatakan jatuh 'cinta' dengan filem dan novel ini.

Harus diingat, ia muncul sebelum Yusof Haslam keluarkan filem-filem lima bintangnya :-)

Nota: Segala fakta dibantu oleh enjin carian Google :-)
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Mira Edora.
Sign In »

Comments (showing 1-1 of 1) (1 new)

dateDown arrow    newest »

message 1: by Nad (new)

Nad Saya tengah mencari buku novel mira edora. Untuk task kolej. Ada plan nak jual tak?


back to top