Rebecca's Reviews > The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society by Mary Ann Shaffer
My rating:
didn't like it it was ok liked it really liked it it was amazing
add to my books

by
2495746
's review
Sep 12, 11

5 of 5 stars
Read from September 05 to 11, 2011

Mudah sekali membeli perhatian seorang penggila buku - apa-apa sahaja buku berkaitan buku pasti akan dilahap dengan nikmat sekali.

Saya sebetulnya mengangkat letak buku ini banyak kali, tetapi belum terpanggil untuk membeli dan membacanya. Apabila sahabat penggila buku, Kak Najibah dalam ulasannya meneybut buku ini mengingatkannya terhadap 84, Charing Cross Street, saya semakin tidak yakin untuk membacanya. Bukan apa, koleksi surat-menyurat antara Helene Hanff dengan para staf kedai buku di London pada tahun 1940-an itu mempunyai kedudukan tersendiri dalam korpus kecil pembacaan saya. Saya khuatir The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society ini tidak cukup mengesankan.

Namun Nisah Haron meminjamkan saya buku ini, dengan rekomendasi yang cukup untuk saya cuba membacanya. Dan seperti Juliet, saya jatuh cinta.

Saya gemarkan suara-suara individu yang distinctive meski pun dicipta oleh dua orang pengarang sahaja. Ini menunjukkan para pengarangnya teliti, dan mempunyai kemahiran teknikal. Gaya bahasa mudah tetapi puitis juga memikat, sehingga saya mencatat beberapa frasa tentang matahari, bulan dan senja sebagai rujukan dan rakaman visual untuk membayangkan sendiri keindahan alam di Guernsey. Saya juga tergelak sendirian di dalam gerabak kereta api apabila rahsia besar Sidney didedahkan.Mulut saya melopong dan saya terpaksa berhenti membaca seketika apabila mendapat tahu tentang Elizabeth. Saya sebak tatkala Kit mengongsi isi kotak harta karunnya dengan Juliet.

Buku ini bukan tentang penggila buku yang sering diberi imej anti sosial dan tidak mempunyai personaliti, tetapi tentang manusia-manusia biasa yang cuba hidup selepas Perang Dunia Kedua dan bagaimana buku telah menemukan mereka.

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society.
sign in »

Reading Progress

09/09/2011 page 274
90.0%
show 5 hidden updates…

Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)

dateDown_arrow    newest »

Nisah Haron *Phew* Lega apabila diberikan bintang yang banyak. Bimbang juga apabila rekomen buku kepada orang lain. Ya, saya sungguh jatuh cinta kepada buku ini sehinggakan, jika ada versi kulit tebal juga saya akan beli sebagai koleksi!

p/s : mohon betulkan ejaan nama saya. Saya tahu itu cuma typo. Biasalah, penulis biasanya sensitif dengan ejaan namanya sendiri. :-) Terima kasih.


Rebecca Nisah wrote: p/s : mohon betulkan ejaan nama saya..."

Sudah, Kak Nisah. Harap maaf :D

Terima kasih kerana mencadangkan buku ini. Inshaallah saya akan pos The Jane Eyre Affair dan What I Believe esok.


Nisah Haron Rebecca wrote: Terima kasih kerana mencadangkan buku ini. Inshaallah saya akan pos The Jane Eyre Affair dan What I Believe esok."

Roger that! Thanks.


back to top