Nazmi Yaakub's Reviews > Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Doktor Jekyll dan Encik Hyde by Robert Louis Stevenson
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Jul 30, 11

bookshelves: inggeris, novel, sastera, terjemahan

Antara buku yang mencuri sebahagian zaman kanak-kanak saya selepas menguak rahsia takjub di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di sisi (ketika itu!) Kota Bharu. Dengan penguasaan bahasa Inggeris pada tahap minima (masakan tidak subjek BI di sekolah pun, seingat saya diajar dengan bahasa Melayu!), buku-buku terjemahanlah yang menjadi eskapisme daripada dunia yang sepi kepada dunia yang bingit dengan cerita.

Secara tidak langsung - barangkali Doktor Jekyll dan Encik Hyde juga adalah sedikit cerminan hidup pada zaman kanak-kanak yang sudah tentu dalam konteks yang lebih baik - kerana pembaca buku sebenarnya mempunyai dua watak yang berbeza, yang satu watak di luar bukunya dan satu lagi watak apabila dia bersama-sama dengan watak-watak dalam karya yang ditekuninya.

Lima bintang yang saya berikan ini tentunya kerana ia gemerlap dengan dunia kanak-kanak yang semakin jauh tetapi pada ketika-ketika tertentu tetap dirindui dan dalam diam-diam semacam menjadi 'tidak bersyukur' kerana mahu kembali lagi ke dekad berkenaan.

Ya, ini lima bintang nostalgia. Yang jauh, tetapi sering direnung dalam gelita malam.
likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Doktor Jekyll dan Encik Hyde.
sign in »

No comments have been added yet.