Rebecca's Reviews > Novel Destinations: Literary Landmarks From Jane Austen's Bath to Ernest Hemingway's Key West

Novel Destinations by Shannon McKenna Schmidt
Rate this book
Clear rating

by
2495746
's review
Jun 30, 11

Read from June 25 to 30, 2011

Kerja keras dan tersusun oleh dua penggila sastera ini bukan sahaja membawa kita mengenali tempat asal dan tempat berkarya penulis-penulis besar dunia, tetapi juga menjenguk tinggalan serta warisan zaman setiap pengarang ini tidak kiralah melalui muzium, restoran yang dikerapi, mahu pun hotel yang pernah ditumpangi.

Selain itu, kita juga diperkenalkan dengan tempat-tempat sebenar yang diangkat senagai inspirasi mahupun latar novel-novel terkenal dalam sastera Inggeris. Bath, yang sebetulnya dibenci Jane Austen, tetapi menjadi latar dua novelnya yang pertama diterbitkan. Sementara Hemingway pula mula mendapat gelaran "Papa" sewaktu 'bertapa' di Key West.

Sebagai pengembara kerusi malas tegar, saya hanyut membaca tentang pengarang-pengarang yang digemari (dan tak kurang juga belum dimesrai, terutamanya penulis-penulis Amerika seperti Ralph Waldo Emerson dan John Steinbeck)dan bagaimana legasi kepengarangan mereka dipengaruhi serta mempengaruhi sesebuah tempat.
1 like · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Novel Destinations.
sign in »

Reading Progress

06/25/2011 page 107
33.0%
06/27/2011 page 220
69.0% 2 comments
06/28/2011 page 272
85.0% 1 comment
show 2 hidden updates…

Comments (showing 1-2 of 2) (2 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Nazmi (new)

Nazmi Yaakub aha.. akhirnya jumpa juga Literary London. rupa2nya terselit di celah buku sastera melayu.

jumpa buku ni di british museum, tapi di hujung2 hari delegasi malaysia's week. kalau tak, mahu baca buku ni sambil tengok2 bagaimana mereka pulihara rumah penulis.

kerana perasan juga, rumah2 yg pernah didiami sasterawan besar mereka, mereka letakkan plak di dinding bangunan tu utk maklumkan pengarang si pulan itu si pulan ini pernah tinggal di sini.

alangkah bagusnya, kalau rumah2 yg pernah didiami pak sako, usman awang diletakkan plak sebegitu.


Nisah Haron Letak plak pada tempat yang pernah jadi bekas sesuatu majlis atau tokoh sudah menjadi kebiasaan orang di sana. Hinggakan 84, Charing Cross Road juga ada plak yang menyatakan ini bekas kedai buku legendary itu, walaupun kini sebuah kedai makan. Termasuk juga bangku-bangku di taman, akan diletakkan nama seseorang sempena mengingatinya, bukan sekadar nama tokoh yang besar-besar sahaja. Saya suka tentang hal-hal begini.


back to top