Naim Hassan's Reviews > Islam dan Sekularisme

Islam dan Sekularisme by Syed Muhammad Naquib al-Attas
Rate this book
Clear rating

by
2961989
's review
May 13, 2011

it was amazing
bookshelves: falsafah
Read in May, 2011

Buku ini dengan jelas menerangkan perbezaan antara pandangan alam dunia Barat dan Islam. Sekularisme yang berbelit-belit falsafahnya begitu mengelirukan apabila penulis memberi penerangan dalam bab yang pertama. Sekularisme yang memisahkan roh dan jasmani secara tidak langsung melahirkan fahaman materialisme, iaitu fahaman yang mementingkan kebendaan semata-mata. Rentetan itu terjadilah pembangunan yang melampau, kosong dari roh sehingga memusnahkan alam. Benarlah firman Allah bahawa kerosakan di atas muka bumi adalah disebabkan tangan manusia; mencipta fahaman yang merosakkan bukan hanya roh, bahkan jasmaninya sendiri. Sedangkan konsep Islam yang diterangkan menerusi sudut bahasa Arab memberikan penjelasan yang terang dan jelas. Penulis turut memberikan solusi untuk mengatasi masalah sekularisme dengan ide Islamisasi sistem pendidikan. Kerana konsep universiti dalam pandangan masyarakat Barat tidak dapat diterima disebabkan telah terpengaruh dengan pemikiran sekularalisme.
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Islam dan Sekularisme.
Sign In »

Reading Progress

05/13/2011 page 40
17.0%
show 3 hidden updates…

No comments have been added yet.