Rozy Latip's Reviews > Rawa: Tragedi Pulau Batu Puteh

Rawa by Isa Kamari
Rate this book
Clear rating

by
2971848
's review
May 03, 2011

liked it
bookshelves: malay-novel
Read in May, 2011


Rawa adalah orang seletar yang menghabiskan hidupnya di sungai dan hutan. Akibat pembangunan di Singapura menyebabkan Rawa terpaksa berpindah dari sungai Seletar ke Kg Bakar Batu, Johor Bahru. Dia lebih mempercayai firasat hati yang dikemudi oleh alam. Namun begitu kemodenan telah mengajarnya bahawa firasat dan pemikiran rasional blh berjalan seiring menjadikan seorang itu lebih cekal, berdikari di samping dapat menjaga kemaslahatan masyarakat. Apa yang membimbangkan Rawa kemodenan telah membuatkan manusia menjadi lebih mementingkan kebendaan dari hidup penuh dengan ketenangan.

Antara petikan yang menarik:

1. Alam sudah tidak menjadi sebahagian daripada jiwa dan kehidupan. Alam adalah sesuatu yang kini berada di luar jiwa dan kehidupan. Ia diambil dan diperguna demi keperluan dan kadang-kadang berlaku pembaziran.

2. Alam memang berupaya menimbulkan ketenangan dan kegembiraan kepada jiwa yang rela menjadi sebahagian daripadanya

3. Zaman sekarang manusia terperangkap dalam pusaran kehidupan yang menenggelami jiwa mereka dengan kesibukan dan kealpaan dan sentiasa tidak tenang kerana di buru keperluan untuk sentiasa menampung taraf hidup yang lebih selesa. Tiada lagi sesuatu yang betul-betul murni yag timbul daripada jiwa & kembali kepada jiwa.
1 like · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Rawa.
Sign In »

No comments have been added yet.