Hilmi's Reviews > The Hunt for Red October

The Hunt for Red October by Tom Clancy

by
4945739
's review
May 05, 11

bookshelves: tom-clancy
Recommended for: Peminat novel thriller ketenteraan
Read from April 25 to May 05, 2011 — I own a copy, read count: 1

Kapten Marko Ramius,bersama-sama dengan beberapa orang pegawai bawahannya ingin melarikan diri daripada Soviet Union (SU). Masing-masing mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk mengkhianati negara mereka sendiri. Bagi Kapten Ramius sendiri,beliau membuat keputusan demikian kerana kecewa dengan sistem politik dan sosial negaranya,sehingga menyebabkan kematian isterinya yang tercinta. Mereka tidak melarikan diri secara bersendirian. Malahan,mereka turut mengemudi sebuah kapal selam balistik rahsia yang dipanggil Red October,untuk dijadikan 'ufti' kepada Amerika Syarikat (AS) dan menerima kehadiran mereka di negara tersebut.
AS dan Central Intelligence Agency (CIA) mahukan kapal selam tersebut. Oleh itu,Jack Ryan ditugaskan untuk mengesan dan memastikan mereka dan kapal selam mereka selamat sampai di AS. Namun,SU juga tidak mahu teknologi kapal selam tersebut jatuh di tangan musuh Perang Dinginnya. Sebuah armada besar telah dihantar untuk mengesan Red October. Kehadiran armada yang sebegitu besar menghampiri pantai timur AS telah hampir menyebabkan Perang Dunia Ketiga berlaku!
Akhirnya! Dapat juga saya memiliki dan membaca sehingga habis novel yang bertaraf 'lagenda' di dalam genre thriller-ketenteraan ini. Dan,ianya sesuatu yang sangat berbaloi dan tidak mengecewakan! Kini,saya memahami kenapa novel ini begitu digemari ramai.
Tom Clancy sememangnya dikenali sebagai seorang yang mahir dalam menulis sesuatu yang berkaitan dengan kapal selam. Penerangan yang diberikan di dalam novel ini adalah jelas dan menunjukkan kelebihan/kekuatan Clancy dalam mempersembahkan kepada pembaca bagaimana sesebuah kapal selam itu beroperasi dan keadaan krew yang mengoperasikannya. Kebolehannya untuk menjelaskan semua inilah yang menyebabkan novelnya menarik untuk dibaca.
Dari sudut bahasa Ingeris yang digunakan,ianya tidak terlalu sukar untuk difahami. Memandangkan plot dan latar belakang kisah noel ini adalah mengenai kapal selam,terdapat beberapa istilah yang berkaitan. Namun begitu,penulis memberikan maksudnya di dalam teks. Sebagai contoh,'screw' bermaksud 'propeller' di dalam istilah bahasa tentera laut.

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Hunt for Red October.
sign in »

Reading Progress

04/28/2011 page 159
33.0%
show 2 hidden updates…

No comments have been added yet.