SinudaMN's Reviews > The Bethlehem Murders

The Bethlehem Murders by Matt Rees
Rate this book
Clear rating

by
5066160
's review
Mar 18, 11

Read from March 13 to 18, 2011

Ini adalah buku kedua mengenai konflik Palestin-Israel yang saya baca selepas The Last Testament. Keseluruhannya buku ini buat saya tidak mahu lepaskannya (tapi terpaksa juga baca lambat-lambat kerana saya tidak punya banyak buku).


Mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang guru sejarah, Omar Yussef, untuk cuba membebaskan pelajar terbaiknya, George Saba, daripada dijatuhkan hukuman kerana dituduh menjadi orang tengah (atau mungkin perisik) bagi pihak Israel. Dalam cubaan untuk membebaskan anak muridnya, dia telah didedahkan dengan pelbagai konflik dalaman kumplan jihad di Palestin yang ternyata lebih kejam. Penulis berjaya buat saya terbolak-balik dengan apa yang dirasai oleh Omar Yussef, sampaikan pada satu tahap saya sangat marah dengannya kerana gagal menyelamatkan keluarga George Saba walaupun George sudah awal-awal memintanya membawa keluarganya keluar dari Palestin.


Menurut Penulis, kisah ini adalah cerita benar yang disuntik sedikit drama bagi menyedapkan cerita. Saya tidak tahu sebanyak mana drama yang disuntik namun terdapat satu perkara yang tidak menyenangkan saya, biarpun Omar Yussef dan rakannya Khamis Zeddan adalah Muslim, mereka tetap mengambil Wiski dan minuman beralkohol lain. Saya tidak tahu kalau ini memang kebiasaan orang Palestin?

Kesudahan cerita sedikit klise namun tidak membunuh keseronokan cerita ini. Saya memang tidak akan teragak-agak untuk membaca buku lain daripada Matt Rees.
likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Bethlehem Murders.
sign in »

Reading Progress

03/13/2011 page 5
2.0% "Just realised I have this book. Bought for RM5 last year :)"
03/13/2011 page 20
7.0% "slow. too sleepy this morning in the train"
03/15/2011 page 125
46.0% "this is so good! tapi takut kang habis cepat-cepat takde bahan bacaan pula"
show 3 hidden updates…

No comments have been added yet.