Hilmi's Reviews > The Secret Team: The CIA & its Allies in Control of the United States & the World

The Secret Team by L. Fletcher Prouty

by
4945739
's review
Mar 31, 11

bookshelves: sejarah-amerika-syarikat
Read in February, 2011, read count: 1

Buku ini merupakan sebuah buku yang bersifat kontroversi. Seperti tajuknya,penulisnya memfokuskan bagaimana 'Secret Team' (ST) di dalam organisasi Central Intelligence Agency (CIA),dengan memberikan beberapa contoh konflik yang berlaku di dunia ini,memainkan peranan yang penting dalam sesebuah konflik itu. Tambah menarik,peranan kumpulan ini di dalam sesebuah operasi itu sering kali dilakukan secara rahsia dan tidak menuruti undang-undang. Sebagai contohnya,operasi Bay of Pigs di Cuba dan penembakan jatuh pesawat pengintip U-2 yang dipandu oleh Gary Powers di Rusia.
Walaupun buku ini pada asalnya diterbitkan pada tahun 1973,namun,buku ini mempunyai maklumat-maklumat yang masih relevan sehingga sekarang. Melaluinya,kita dapat mengetahui bagaimana konflik-konflik yang berlaku di dunia pada masa lalu dan mungkin pada masa kini dipengaruhi oleh'tangan-tangan ghaib' CIA dan ST. Malah,penulis juga telah membincangkan dengan agak terperinci sejarah penubuhan CIA dan ST. Para pembaca akan terkejut apabila kita mengetahui tujuan sebenar CIA ditubuhkan dan bagaimana peranan dan ruang lingkup tugasan sebenar CIA telah berubah sama sekali seperti yang kita boleh perhatikan sekarang!
Buku ini amat baik untuk dibaca. Buku ini disyorkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dalam sejarah dan peranan CIA dan ST di dalam konflik-konflik di serata dunia.

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Secret Team.
sign in »

No comments have been added yet.