Cik Aini's Reviews > Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin by Tere Liye
Rate this book
Clear rating

by
1091055
's review
Jan 23, 2011

liked it
bookshelves: read-2011, asean
Read in January, 2011

** spoiler alert ** Cinta tidak semestinya memiliki. Itu yang cuba disampaikan Tere Liye melalui penulisan ini.

Secara ringkasnya, kehidupan Tania & adiknya, Dede bila bertemua Oom Danar. Tanai & Dede merupakan anak miskin yang tertinggal persekolahan semenjak kematian ayah mereka. Tiga tahun mereka tidak bersekolah, sesuatu yang agak lama. Apabila bertemu dengan si dia, yang dianggap malaikat pelindung, kehidupan mereka berubah seratus peratus. Tania & Dede menjadi anak yang cergas, namun Tania memupuk perasaan kasih pada si dia, yang usianya 14 tahun ke hadapan dari Tania.

Kekuatan novel ini adalah kerana penulisnya mampu menyelusuri perasaan seorang wanita, yang menyimpan rasa kepada seorang lelaki, yang layak digelar abangnya kerana usia mereka, namun masih dihiasi rasa malu.

Sejujurnya, ini bukan antara karya Tere Liye yang terbaik, walaupun mampu meruntun jiwa dan mengalirkan air mata.

Kenapa?

Terlampau banyak kontradiksi dan fakta tidak masuk akal. Tania & Dede tertinggal persekolahan, namun mampu masuk ke darjah sepatutnya tanpa ditapis dahulu.

Si dia (malaikat pelindung) yang matang, kenapa memendam perasaan dan cuba-cubaan bertindak rasional, sangat rasional sehingga menghancurkan perasaan sendiri. Menyimpan rasa cinta pada Tania, namun merasakan jarak umur yang terlalu jauh. Kalau benar si dia matang, tidak mungkin dia akan bertindak bernikah dengan orang lain. Pasti menunggu Tania walaupun jarak usia jauh!

Tania yang digambarkan cantik sekali, malahan ada ketikanya ku rasakan seperti riak dan membangga diri. Tania yang terlampau cerdas, barangkali lebih hebat dari Bill Gates! Oh, kukira seperti tidak masuk akal.

Kukira ideanya tidak begitu original, seperti membaca buku Where Rainbows End tulisan Cecila Ahern.

Ah, tidak mengapa, masih banyak karya penulis yang menarik :)
4 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin.
Sign In »

Comments <span class="mediumText">(showing 1-2)</span>




dateUp arrow    newest »

message 2: by Aidura (new) - added it

Aidura beli kat mana?


Cik Aini beli di bandung kak :)


back to top