Nazmi Yaakub's Reviews > Buying a Fishing Rod for My Grandfather

Buying a Fishing Rod for My Grandfather by Gao Xingjian
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Jan 19, 11

bookshelves: china, kumpulan-cerpen, sastera
Read from January 18 to 19, 2011 — I own a copy

MEMBACA karya pengarang yang pernah membakar bagasinya yang mengandungi sejumlah manuskripnya pada era Revolusi Kebudayaan China (1966-1976) bukan pengalaman yang menyenangkan. Kita seolah-olah dihela oleh Gao Xingjian yang menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 2000 itu, sebelum dibiarkan terkontang-kanting dalam dunia imaginasinya untuk menebak maksudnya.

Namun, ia tidaklah memberikan pengalaman yang menyenakkan sepenuhnya kerana adakalanya seperti dalam sepotong cerpennya, In The Park, kita bakal diawang-awangkan oleh jalinan dua jalur cinta; satu adalah nostalgia terhadap cinta yang diremukkan oleh zaman lampau, manakala satu lagi cinta yang bakal dikecaikan oleh zaman kini.

Ajaibnya dua jalur yang berbeza dengan watak yang berlainan itu, seolah-olah bermula dan bakal berakhir pada garis yang sama sehingga identiti watak itu tidak lagi menjadi penting dan kita sendiri akan hilang punca dalam jalinan dialog yang sudah tidak terikat pada pengucapnya.

The Accident pula sebenarnya adalah satu peristiwa kemalangan yang biasa di sebuah kota raya tetapi Gao menjadikan peristiwa itu sangat mengesankan tetapi dengan perlahan-lahan, beliau menyedarkan peristiwa yang luar biasa pada satu ketika, bakal luput sehingga kita sendiri pun pada hujungnya seolah-olah terlupa terhadap peristiwa berkenaan. Membaca The Accident seolah-olah kita dihakimi oleh Gao terhadap tanggapan kita dalam kehidupan rutin yang serba laju di kota yang serba deras ini.

Cerpen Buying a Fishing Rod for My Grandfather yang menjadi judul kumpulan cerpen ini pula menghela nostalgia watak terhadap suasana desanya melalui perjalanan imaginasinya yang dilatari perubahan zaman yang sangat mengejutkan. Kita seolah-olah penumpang sebuah kenderaan masa yang bergerak laju dengan kiri dan kanan kita adalah zaman yang sentiasa berubah.

Enam cerpen dalam kumpulan ini memang bertolak daripada sesuatu yang mudah tetapi perjalanannya menjadi semakin sukar sementelah lagi Gao ialah penganut aliran absurdisme yang menjadi mangsa kepada gerakan komunisme di negara asalnya sehingga beliau pernah ‘disekolahkan’ semula oleh pemuka Revolusi Kebudayaan.
2 likes · Likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Buying a Fishing Rod for My Grandfather.
Sign In »

Reading Progress

01/18/2011 page 45
35.0%
01/18/2011 page 80
63.0% "Cerpen The Accident sangat mengesankan. Bertolak dari satu kemalangan yang detik sebelumnya mendebarkan dan detik selepasnya mengecohkan, menjadi fragmen-fragmen cermin yang retak. Kebetulan membaca cerpen ini dalam komuter."
show 1 hidden update…

No comments have been added yet.