Gobokairina's Reviews > Sungguh Aku Cinta

Sungguh Aku Cinta by Anis Ayuni
Rate this book
Clear rating

by
4205209
's review
Dec 12, 2010

liked it
bookshelves: koleksi-ga

SAC membawa kita mengembara dan menjelajah bukit-bukau, gunung-ganang dan hutan belantara. Membawa para pembaca mengenali sisi alam semula jadi yang semakin dilupakan. Sesuatu yang harus dipuji kerana keberanian penulis mengabadikan kisah alam dalam novel cintanya.

Humaira [Maira] janda muda yang ditinggalkan suami tercintanya. Cinta yang termeterai ketika di luar negara tidak berpanjangan. Janji setia suaminya; Azhan pudar melewati waktu. Tidak tahu di mana silapnya, lelaki itu tetap mahu melepaskannya walaupun Maira sudah setuju membiarkan Azhan mengahwini Sofea. Membawa hati yang parah ditinggalkan, Maira kembali kepada keluarganya. Dia bangkit menghadapi takdir kehidupannya. Cuba menyibukkan diri dengan aktiviti kembara dan ekspedisi supaya pedih di hati bisa hilang.

Fajar; lelaki yang selama ini tidak pernah fikir akan perempuan terpaut dengan Maira. Cinta pandang pertama yang begitu mengasyikkan sehingga Fajar sanggup mengejar Maira walaupun ketika itu dia tidak pernah tahu akan nama Maira. Kebetulan pula minat yang sama menyebabkan mereka berdua sering saja dipertemukan.

Bukannya Maira tidak suka pada Fajar tetapi hatinya yang duka itu bagaikan sudah tidak mempercayai lelaki. Namun kesungguhan Fajar menyentuh hati Maira. Perlahan-lahan hatinya mula dibuka, membiarkan Fajar terus menyentuh hati kecilnya. Sesungguhnya kehadiran Fajar berjaya mengusir pergi kelukaannya selama ini.

Namun seperti sangkaan Maira, ibu Fajar; Datin Yati sukar menerima kenyataan yang bakal menantunya itu seorang janda. Stigma negatif masih melekat kuat di mindanya. Selebihnya dia malu pada teman-temannya yang mungkin akan memandang rendah padanya.

Kemunculan Azhan yang kembali merayu cinta Maira begitu menyesakkan. Apatah lagi dengan masalah hubungannya dengan Fajar yang tidak direstui. Apa pengakhiran cinta Maira dan Fajar?

Sebagai penulis tersohor, aku kira ini bukanlah sentuhan terbaiknya. Sorry, no hard feeling ok! Kisah cinta yang romantis sebelum ini lebih memorable, misalnya dalam GK & BR. Mungkin kerana percubaan pertamanya menggunakan sudut pandangan orang ketiga, menyebabkan cerita ini menjadi sedikit kaku. Walau bagaimanapun, buat peminat AA, novel ini harus dibeli sebagai koleksi peribadi anda :))

Fajar - Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sedangkan dia tidak berniat untuk menyambutnya [page 308]
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Sungguh Aku Cinta.
Sign In »

No comments have been added yet.