Mohd Nazmi Yaakub's Reviews > Burn This Book: PEN Writers Speak Out on the Power of the Word
Burn This Book: PEN Writers Speak Out on the Power of the Word
by Toni Morrison
by Toni Morrison
Mohd Nazmi Yaakub's review
bookshelves: kumpulan-esei, politik, sastera
Feb 27, 11
bookshelves: kumpulan-esei, politik, sastera
Read on November 20, 2010 — I own a copy
i.
JUDUL Burn This Book: PEN Writers Speak Out on the Power of the Word susunan Toni Morrison sebenarnya sudah cukup menyindir kelompok yang memusuhi kebebasan berkreatif dan kumpulan cacing kepanasan yang terkena sinaran kuasa pena golongan sasterawan.
Ini kerana kemuncak permusuhan kelompok terbabit terhadap kebebasan berkreatif dalam dunia sastera adalah tindakan membakar buku seperti yang pernah kita saksikan dalam ranah sastera tanah air, baru-baru ini.
Buku yang menghimpunkan 11 esei suntingan Pemenang Hadiah Nobel (Kesusasteraan) 1993 itu, menyelongkar isu penapisan dalam usaha membendung kuasa yang dimiliki kesusasteraan.
Meskipun jumlah halamannya setebal 113 muka surat saja, buku ini sarat dengan pandangan dan falsafah 11 sasterawan tersohor dunia terhadap kekangan berkarya dan kuasa pena yang diadunkan dengan pengalaman kepengarangan mereka sendiri.
Morrison dalam esei yang membuka tirai buku ini, Peril, memberi landasan tepat apabila menggambarkan sumbangan pengarang dengan menegaskan `kehidupan dan hasil karya pengarang bukanlah hadiah kepada kemanusiaan; sebaliknya mereka adalah keperluan hidup.'
Tidak hairanlah dunia tidak pernah jeda dengan sasterawan dan pengarang berani yang disifatkan Morrison sebagai `sejarah pengarang yang ditekan, sebenarnya sama panjang dengan sejarah sastera itu sendiri.'
Landasan kukuh yang dibina Morrison itulah yang kemudian disusuri, dikejap dan diperindahkan oleh John Updike, David Grossman, Francine Prose, Pico Iyer, Russell Banks, Paul Auster, Orhan Pamuk, Salman Rushdie, Ed Park dan Nadine Gordimer.
Updike yang memenangi dua Hadiah Pulitzer dari Amerika Syarikat (AS), memberi jawapan kepada soalan yang sering dilontarkan kepada penulis, tetapi mempunyai dimensi berbeza daripada pengarang yang berlainan dalam eseinya, Why Write?
Jawapannya mungkin bermula daripada keinginan untuk melihat karya diterbitkan, tetapi ia mengalami evolusi selaras dengan kematangan yang dibina sepanjang pengalaman kepengarangan kepada hasrat yang jauh lebih besar daripada itu.
Iyer pula berkongsi pengalaman tentang makna kebebasan yang berbeza dalam latar negara berlainan yang dikutip dalam kunjungannya ke Myanmar hingga berpeluang bertemu dengan penarik beca, Maungmaung dalam esei, The Man, the Men at the Station.
Talking to Strangers karya Auster pula sangat menguji keyakinan pengarang sastera apabila membukanya dengan ayat berbau pesimis terhadap sumbangan sasterawan apabila menyebut, `seni adalah sia-sia, sekurang-kurangnya apabila dibandingkan dengan kerja seorang tukang paip, doktor atau jurutera kereta api.'
Bagaimanapun, Auster mengingatkan hakikat keperluan hidup kepada ketenangan jiwa yang diperoleh lewat karya sastera apabila meluahkan pandangan optimisnya, `setiap novel adalah kerjasama antara pengarang dengan pembaca dan menjadi satu-satunya tempat di dunia untuk dua manusia asing bertemu dengan kemesraan mutlak.'
Pamuk yang memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan 2006 pula mengimbau nostalgianya bersama-sama Arthur Miller dan Harold Pinter di Istanbul pada 1985 yang menguak makna kebebasannya berkarya sebagai pengarang muda ketika itu.
Dalam esei, Freedom to Write itu juga, Pamuk menegaskan kebebasan berfikiran dan ekspresi adalah hak manusia sejagat yang tidak boleh dihadkan dengan alasan sentimen nasionalis, sensitiviti moral atau paling buruk kerana kepentingan perdagangan dan ketenteraan.
Bagaimanapun, pandangan Pamuk itu juga boleh dipersoalkan kerana kebebasan mutlak adalah utopia kerana manusia, tidak mungkin dibiarkan sewenang-wenangnya tanpa sebarang had dan sekatan sehingga `mencederakan' kepercayaan dan maruah manusia lain.
Di sinilah letaknya kebijaksanaan dan keilmuan dalam menentukan garis pemisah antara menghormati kebebasan dengan memelihara kepercayaan beragama dan hak manusia lain. Sudah tentu garis pemisah antara dua isu penting yang memang mencetuskan banyak kontroversi di setiap pelosok dunia, tidak mungkin diselesaikan dalam buku yang mendapat kerjasama PEN American Center itu.
Sebagai pembaca Muslim atau dunia timur tidak mungkin sependapat dengan semua karya dalam Burn This Book, tetapi kita tidak dapat mengelak daripada mengakui kekuasaan pena sebagai pelindung kemanusiaan sekiranya digunakan pada tangan yang bijaksana.
Kebijaksanaan itulah yang membezakan umat yang dilingkungi budaya mencintai buku dan ilmu dengan manusia jahil yang memusuhi buku secara emosional atau mempunyai kepentingan peribadi atau kelompok yang sempit.
~Berita Harian, 25 Februari 2010
ii.
PENUTUP pada sepotong esei Toni Morison, si Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 1993, “A Writer’s life and work are not a gift to mankind; they are its necessity,” membawa kita untuk memahami ranah sastera yang tidak terpencil daripada latar sosio-politik dunia.
Ia tak hanya mengisi lompong kosong kepada keperluan manusia, bahkan ia menjadi keperluan untuk memahami kemanusiaan di tengah-tengah kecamuk dunia. Hal inilah yang cuba dibuktikan dalam esei yang disusun Morison ini.
Memang ada nada peribadi dalam himpunan yang mengumpulkan pengarang seperti John Updike, Nardine Gordimer, Orhan Pamuk dan Salman Rushdie, tetapi sukar untuk kita melihatnya sebagai pandangan yang terpencil daripada gelojak dunia. Ini kerana sastera pada pemahaman yang lebih holistik adalah sebahagian daripada gelojak itu sendiri - sama ada sebagai penyaksian atau penyembuhan.

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Burn This Book.
sign in »
Quotes Mohd Nazmi Liked
“A writer's life and work are not a gift to humankind; they are its necessity.”
― Toni Morrison, Burn This Book: PEN Writers Speak Out on the Power of the Word

Reading Progress
| 11/20/2010 | page 50 |
|
52.0% |
Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)
date
newest »
newest »
message 1:
by
Nisah
(new)
-
added it
Feb 28, 2011 04:04pm
sudah berada di atas rak, belum sempat dihadam.
reply
|
flag
*
ya... sk sendiri dah tulis.. "ulasannya seperti bukunya AGAK baik" :)saya bg tiga bintang krn ia lebih kpd pandangan pengarang berdasarkan pengalaman mereka. utk kita baca sekali atau dua kali, ok, tapi bukan utk dijadikan rujukan sangat.
kecuali esei morrison dan updike, kebanyakan lebih ungkapkan pengalaman. saya tak kata tak bagus, tapi utk berkongsi dan memberikan kefahaman secara lebih akrab.
dan ada satu dua esei yg saya susah nak faham. masalah penguasaan bahasa mungkin.