Nazmi Yaakub's Reviews > The Diving Pool: Three Novellas

The Diving Pool by Yōko Ogawa
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Oct 26, 2010

it was ok
bookshelves: kumpulan-cerpen, jepun, sastera
Read from October 24 to 26, 2010 — I own a copy

NOVELLA yang paling melekat dalam The Diving Pool adalah The Diving Pool sendiri. Tidak pernah ada buku yang membuatkan saya berasa mual dan kasihan pada watak utama kecuali apa yang pengarang, Yoko Ogawa hukumkan ke atas tokoh ciptaannya, Aya.

Aya dalam diam-diam memerhatikan abang tirinya, Jun membuat terjunan di kolam renang. Oh, ini bukan karya porno tentang incest. Aksi paling hampir antara Aya dengan Jun adalah apabila kedua-dua berhimpitan... bahu (apa yang anda fikirkan!) ketika menanti hujan teduh. Selain itu barangkali memori ketika anak kecil - yang tentunya lebih kepada perasaan ingin tahu daripada perasaan ingin rasa.

Namun, pergolakan emosi Aya sendiri membuatkan kita mual tetapi kasihan. Aya adalah satu-satunya anak kandung dalam keluarga besarnya kerana ayahnya adalah paderi yang dengan lapang hati menerima anak yatim atau anak tidak sah taraf ke dalam kehidupan mereka. Kesempurnaan Aya itu di tengah-tengah kekurangan adik-beradik tirinya yang lain menjadikan perasaannya tidak sempurna.

Barangkali, kalau ini novel kita, ia tentu sarat dengan nada khutbah tentang syukur. Tetapi Yoko membiarkan kita ternanti-nanti, apakah pembalasan yang bakal diterima Aya selepas beberapa cara yang agak tidak berperikemanusiaan dilakukannya terhadap adik tirinya yang masih kecil.

Namun, Yoko tidak mudah-mudah menjatuhkan hukuman. Sebaliknya, dia menjadikan kita bertukar kasihan kepada Aya dan mula memikirkan apakah nanti yang bakal dilalui adalah kesudahan kepada manusia di ambang kekalahan di Jepun?

Dua novella yang lain tidaklah terlekat dalam fikiran saya. Khusus untuk novella kedua, mungkin saya harus membacanya kembali untuk memahamkannya semula.

flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read The Diving Pool.
Sign In »

Reading Progress

10/24/2010 page 119
73.0%
show 2 hidden updates…

No comments have been added yet.