Nazmi Yaakub's Reviews > Realisme Sosialis Dan Sastra Indonesia

Realisme Sosialis Dan Sastra Indonesia by Pramoedya Ananta Toer
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Oct 17, 10

liked it
bookshelves: indonesia, politik, sastera, sejarah
Read from August 15 to October 18, 2010 — I own a copy

MENYUSUR perjalanan realisme-sosialis berdasarkan perspektif Pramoedya Ananta Toer, membuka kebencian dan kemarahan pengarang yang kental dengan ideologi sosialisnya kepada semua pengarang yang tidak sealiran dengannya.

Ini kerana sastera pada pandangan Pram adalah produk yang wajib dikeluarkan oleh pengarang untuk memenangkan ideologinya sama seperti seorang pekerja parti berjuang memenangkan partinya.

Kerana itu karya sastera realisme-sosialis adalah karya perlawanan yang watak utama dengan sifat keheroannya mesti dimenangkan kerana ia membela kepentingan kaum pekerja dan rakyat umum, manakala musuh mereka mesti dihancurkan selumat-lumatnya.

Barangkali buku ini menjawab juga mengapa kemarahan sasterawan dan pengarang yang tidak sealiran dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) seolah-olah tidak dapat dipadamkan oleh kedinginan zaman - tekanan yang diberikan ideolog dalam Lekra kepada sasterawan dan pengarang sezamannya mungkin adalah kesalahan tanpa ampun.

Membaca Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia memberikan makna diri pada sastera aliran itu yang sebenarnya wajar untuk kita bandingkan dengan keghairahan kita pada hari ini untuk memberikan perspektif kebenaran secara mutlak berdasarkan kaca mata rakyat umum.
flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Realisme Sosialis Dan Sastra Indonesia.
Sign In »

Reading Progress

08/15/2010 page 18
9.0% "Buku ini antara buku yang akan dijadikan landasan dalam Dialog Orang Muda (DOM) memperkatakan tentang politik dan sastera yang dijadualkan September nanti."
10/17/2010 page 161
77.0% "Sastera realisme-sosialis meletakkan pengarang tidak lebih daripada pekerja parti yang mahu memenangkan ideologi partinya tanpa dolak-dalih lagi."

No comments have been added yet.