Ummu Auni's Reviews > Versus

Versus by Hlovate
Rate this book
Clear rating

by
1091055
's review
Aug 12, 10

bookshelves: read-2010, asean, inspirational
Read in August, 2010

Walaupun tulisan hlovate selalu bercampur aduk bahasa inggeris dengan bahasa Melayu, saya masih membacanya. Walaupun tulisan hlovate, sentiasa berkisar plot yang sama - lelaki perempuan - belajar di luar negara - kahwin awal - saya masih membacanya. Kerana tulisan hlovate, banyak menyentuh bab agama. Kali ni Versus, saya kira acuan agamanya makin bertambah.

Ada quote saya suka, semua orang nak jadi baik, tapi definisi baik itu macam mana? Apabila buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kemudian, Hlovate ingatkan tentang ayat quran, "Masuklah islam dengan sepenuhnya/ Enter Islam completely". Maknanya, bukan takat pakai tudung, tapi baju cukup syarat. Bukan solat hari-hari, tapi pergaulan bebas berleluasa (bertepuk tampar laki & perempuan).

Definisi baik setiap orang tu berbeza-beza, tetapi kita tak boleh mengaku diri kita baik, sebab there's always room for improvement.

Teringat ini pada yang ustaz pesan, syaitan bisik pada orang rasa diri dia baik agar riak. Nauzubillah! Banyak orang solat tapi tak faham makna bacaan solat. Ceteknya ilmu saya di dada!
6 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Versus.
sign in »

No comments have been added yet.