Nazmi Yaakub's Reviews > Dari Beirut Ke Jerusalem

Dari Beirut Ke Jerusalem by Ang Swee Chai
Rate this book
Clear rating

by
3449784
's review
Oct 28, 10

bookshelves: autobiografi-biografi-memoir, malaysia, singapura, terjemahan, palestin
Read from August 08 to October 28, 2010 — I own a copy

ANDAINYA Dr Ang Swee Chai memperincikan perjuangan dalam misi kemanusiaannya di Lubnan dalam Dari Beirut ke Jerusalem, pastilah memoir ini tidak akan menemukan kesudahannya dan kita tidak berupaya mengempang air mata.

Pembaca lelaki dimaaf dan dibenarkan untuk menangis ketika membaca catatan sukarelawan sehingga tiada siapa pun yang akan menimbulkan soal kejantanannya atau sekurang-kurangnya berasa sebak ketika memamah catatan pandangan pertama doktor bedah yang bertugas ketika kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, Lubnan itu disembelih.

Kita didedahkan dengan wajah derita kem pelarian Palestin yang berulang kali dikepung dan dihujani peluru sehingga pada satu tahap para ibu mencium anak-anaknya berkali-kali hanya untuk keluar mengambil air kerana merasakan ia seolah-olah pertemuan kali terakhir sebelum nyawa dirampas penembak tepat yang bersembunyi dari bangunan tinggi.

Dengan penuh rendah hati dan diri, Dr Swee Chai bercerita tentang pengalamannya dalam membina hospital daripada puing runtuhan kepada bangunan yang serba daif tetapi terpaksa menguruskan belasan ribu warga pelarian - beliau seolah-olahnya beberapa kali memulangkan kekaguman kita kepada rakyat Palestin dan rakan sukarelawannya.

Dari Beirut ke Jerusalem adalah memoir wajib dibaca oleh rakyat Malaysia kerana perjuangan Palestin tidak boleh mati dalam jiwa kita selepas umat Palestin beberapa kali hidup kembali selepas kematian kem pelarian mereka yang sangat dahsyat.
5 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Dari Beirut Ke Jerusalem.
sign in »

Reading Progress

08/08/2010 page 39
9.68% "Kita dapat mengesan rasa hati pengarangnya seawal kata pengantarnya lagi!"
08/08/2010 page 39
9.68% "Kita dapat mengesan rasa hati pengarangnya seawal kata pengantarnya lagi!"
08/08/2010 page 50
12.0% "Kita dibawa menyusur perubahan sentimen pengarang di sebalik pengalamannya yang mula menyelami perasaan warga Palestin di Lubnan."
08/08/2010 page 71
18.0% "Memang terbuai emosi kita membaca DBKJ ini. Terjemahannya juga baik. Kalau buku tentang Gaza oleh Trias Kuncahyono terlalu banyak dengan timbunan fakta, memoir Ang Swee Chai pula lebih terjalin dengan perasaan didorong pengalaman sebenarnya di lapangan." 1 comment
08/08/2010 page 113
28.0% "Membaca buku ini di atas bas mini, sebelum menyambungnya di meja nasi lemak - terlalu cepat masa berlalu."
08/09/2010 page 161
40.0% "Perjalanan manusiawi yang sangat mengagumkan. Daripada pencuriga Palestin kepada suara Sabra dan Shatila."
10/27/2010 page 262
65.0% "Daripada suruhanjaya yang disifatkan sebagai kosmetik sehingga pulang ke Britain untuk melancarkan kempen kesedaran tentang nasib umat Palestin, Dr Ang Swee Chai kembali ke Lubnan untuk menyaksikan perpaduan rakyatnya makin digerogoti oleh peperangan."
show 1 hidden update…

Comments (showing 1-3 of 3) (3 new)

dateDown_arrow    newest »

Nor Azzah Saya belikan untuk kakak yang minta saya carikan untuknya setelah terbaca di akhbar. Tapi saya sendiri belum membacanya. kena cari nampaknya lepas ni.


Nazmi Yaakub Nor Azzah wrote: "Saya belikan untuk kakak yang minta saya carikan untuknya setelah terbaca di akhbar. Tapi saya sendiri belum membacanya. kena cari nampaknya lepas ni."

saya beli di pekan buku, um. dan rasanya pernah terlihat di kedai buku nufair (bawah pejabat harakahdaily) di jalan pahang. mmg patut ada di kedai buku di situ.


Nor Azzah Itulah..ia takde di sebarangan kedai. Saya beli dulu di KLIBF, itupun bukan di kedai2 yang besar.


back to top