Nazmi Yaakub's Reviews > Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara

Dua Wajah by Syed Husin Ali
Rate this book
Clear rating

by
3449784
DUA Wajah: Tahanan Tanpa Bicara adalah autobiografi tahanan ISA terbaik yang saya baca setakat ini. Apatah lagi saya membacanya ketika menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang latarnya sangat hampir dengan dunia aktivis mahasiswa yang ketika itu berpusat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya dan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Syed Husin Ali sangat teliti dalam mencatatkan peristiwa itu bermula daripada percikan awal yang membawa kepada penahanannya sehinggalah sesi soal siasat dan seterusnya hari-hari di balik tabir besi.

Autobiografi ini juga memperkenalkan saya terhadap pembabitan Sasterawan Negara (SN) Usman Awang apabila namanya disebut sekali imbas, tetapi cukup bermakna menyedarkan saya kekirian tokoh itu.

Sukar sekali untuk sesiapa yang membaca autobiografi ini untuk menerima kewujudan akta itu secara total, tanpa ada sebarang percikan keraguan terhadap keabsahan kewujudannya.

Apatah lagi Syed Husin tidak hanya menulisnya sebagai tahanan politik, bahkan sebagai suami yang terpisah daripada isterinya dan bapa yang terasing daripada zaman kanak-kanak anak-anaknya.

Di sinilah peranan buku kreatif dan non-kreatif seperti autobiografi dan memoir ini, dalam memberikan makna kemanusiaan terhadap sebarang perbincangan kita, sekali gus memercikkan rasa empati yang mendalam terhadap nasib tahanan.

Ya, kita boleh berbeza pandangan terhadap sebarang penggubalan dan pelaksanaan akta, tetapi pada akhirnya, kita wajib mempertanyakan sisi kemanusiaan dalam isu ini.
2 likes · likeflag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Dua Wajah.
sign in »

Comments (showing 1-7 of 7) (7 new)

dateDown_arrow    newest »

Jiwa Rasa Saya baca buku ini masa sekolah rendah dan kekal sebagai salah satu memoir yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini.


Nazmi Yaakub jiwa wrote: "Saya baca buku ini masa sekolah rendah dan kekal sebagai salah satu memoir yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini."

biar betul. sekolah rendah? tak silap cetakan pertama pertengahan 90-an, atau lebih awal daripada itu?

satu lagi autobiografi tahanan isa yg saya lupa sebutkan ialah Universiti Terbuka karya Kassim Ahmad - kita tahu bagaimana Kassim boleh berubah daripada sosialis kepada islamis yg menolak hadis sebagai sumber hukum.


Jiwa Rasa Nazmi wrote: "jiwa wrote: "Saya baca buku ini masa sekolah rendah dan kekal sebagai salah satu memoir yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini."

biar betul. sekolah rendah? tak silap cetakan pertama ..."

Betul. Saya rasa masa saya darjah 6 atau di awal sekolah menengah. Pertengahan tahun 80an rasanaya. Kulit bukunya berwarrna hijau, bukan seperti ini.

Ada satu lagi memoir yang saya baca semasa sekolah rendah yang masih saya ingat, rasanya tentang Pak Sako. Saya masih boleh bayangkan pengalaman beliau dikurung di bilik kecil yang bersiling rendah. Hanya boleh berbongkok dan tidak boleh berdiri tegak sepanjang tahanan.

Malangnya sehingga sekarang saya tidak ingat tajuk buku itu. :(


Nazmi Yaakub ya ya.. dua wajah yg saya baca juga berwarna hijau. mungkin cetakan kedua begitu. tahun 80-an, sumber buku saya hanya di perpustakaan negeri yg pastinya tak ada buku2 politik sebegini!


message 5: by Azim Mat (new)

Azim Mat Tak pasti pernah baca buku ini, tp pernah juga terbaca cerita ISA dalam blog bekas pres ABIM http://ahmadazam.blogspot.com/search?...
Yg pasti kisah tahanan ISA memang menarik jika dibukukan.


Nazmi Yaakub Azim Mat wrote: "Tak pasti pernah baca buku ini, tp pernah juga terbaca cerita ISA dalam blog bekas pres ABIM http://ahmadazam.blogspot.com/search?......"

belum baca lagi? setakat ini baca tiga buku termasuk dua wajah. yg lain ialah kassim ahmad dan zabidi.


Ridhzuan Saari Sungib juga ada menulis buku mengenai pengalaman beliau dalam tahanan ISA. Saya dapat lihat salah satu sebab kekuatan mereka memegang teguh pada prinsip masing2x dipengaruhi oleh kekuatan spritual peribadi (melalui solat & membaca al-Quran, seperti yg diceritakan). Pengalaman & seksaan mental disini jauh berbeza daripada kehidupan di penjara.


back to top