Saya cari jalan ke London untuk melihat sendiri plag yang memperagakan tulisan "84 Charing Cross Road" pada kedai yang sudah menjadi sebuah restoran kini.
Apabila membaca Q's Legacy, saya dapat bayangkan tempat-tempat yang pengarang ini lawati dengan lebih baik. Baru saya tahu bahawa plag yang tertampal pada dinding restoran yang pernah merumahkan "Marks & Co" itu dirasmikan oleh Helene Hanff sendiri - satu daripada perjuangan pencinta buku yang mahu mengabadikan Charing Cross Road sebagai lokasi buku antiquarian yang penting di London (akhirnya mendapat kelulusan London's City Council.
Jauh di sudut hatinya, Helene barangkali 'jatuh cinta' dengan Frank Doel tetapi dia tetap menghormati hubungan suami isteri Frank dan Nora Doel. Mereka ada kecintaan yang sama iaitu cinta pada buku-buku yang berkualiti dan semua buku mestilah dijual dalam bentuk yang bermaruah dan terhormat. Ini yang menjadi antara sebab Helene, walaupun di New York, sanggup memesan buku-buku terpakai yang dipanggil antiquarian itu dari London. Di England, mereka masih ada penjilid buku bertaraf Diraja - Queen's Bookbinders - yang diceritakan telah membaiki mana-mana buku Helene yang rosak apabila buku-buku tersebut dipinjam sebagai prop untuk pementasan "84, Charing Cross Road" di West End London.
Saat terindah dalam hidup Helene pastinya apabila buku kecilnya itu diterjemahkan ke pentas. Dia mengakui bahawa dia sendiri bukanlah penulis skrip drama pentas yang berjaya. Namun, "84, Charing Cross Road" telah membawa namanya jauh lebih tinggi daripada apa yang dibayangkannya. Sebagai penulis, saya boleh bayangkan perasaan itu. Tidak ada wang ringgit yang boleh menggantikan nilai perasaan penulis yang dihargai oleh masyarakatnya.(less)
Saya fikir inilah buku travelog wanita Melayu pertama tanah air. Jika ada yang pernah membaca apa-apa buku yang lebih awal daripada ini, sila nyatakan...moreSaya fikir inilah buku travelog wanita Melayu pertama tanah air. Jika ada yang pernah membaca apa-apa buku yang lebih awal daripada ini, sila nyatakan. Sebelumnya, hanya ada kisah-kisah pengembaraan Ibnu Battutah, Marco Polo, atau Panglima Awang.
Bahagian awal buku ini ialah pengalaman beliau menaiki kapal penumpang bernama Canton melalui Singapura - Pulau Pinang - Ceylon - Bombay - Aden - Terusan Suez - Port Said hingga ke London. Catatan awalnya ini lebih pendek, barangkali dicatatkan sewaktu sedang kembara. Oleh itu, tidak banyak refleksi dilakukan. Banyak pengamatan dan pelaporan. Di sini, pembaca dapat melihat suasana tempat-tempat ini pada bulan April 1955 hingga bulan Mei tahun yang sama. Perjalanan itu sahaja memakan masa hampir sebulan.
Refleksi dan kajian banyak beliau lakukan sewaktu berada di London. Kemungkinan besar juga pada waktu itu Aishah sudah settle-down di London dan membolehkan beliau menulis bab-bab yang lebih panjang. Hal ini turut saya rasakan sewaktu menulis catatan kembara sewaktu mengembara, berbanding menulis catatan setelah pulang.
Sewaktu di London, beliau menceritakan ketakjuban yang dilihat sendiri tentang sistem pengangkutan di London, khususnya tentang kereta api bawah tanah (tube). Terdapat satu perenggan yang menyebut tentang membeli tiket kereta api menggunakan mesin (ini tahun 1955, sesuatu yang aneh apabila perkara yang dilakukan oleh manusia mampu dilakukan oleh mesin :
>"Di tiap2 station ada di-sediakan machine penjual ticket sendiri. Kita teka saja satu knob akan keluar saja ticket yang kita kehendaki dan pandai pula ia memulangkan sekira--nya wang kita berlebih dari harga ticket." (ejaan asal dikekalkan)
Pandangan beliau di dalam buku ini bernas dan berani - sesuai dengan peribadinya, serta sifatnya sebagai pejuang. Beliau memikirkan hal-hal bagaimana untuk memajukan pemikiran bangsanya. Ketika masih berada di Aden, beliau berhujah dengan seorang warga Irish bernama Gabriel P. Oholohan tentang Pelabuhan Aden. Menurut Oholohan, orang-orang Inggeris berjasa besar kerana mendirikan pelabuhan ini, jika tidak tentu orang-orang Aden mati kebuluran kerana tidak ada hasil bumi seperti negeri lain.
Aishah menjawab, "Orang2 engkau tiada mahu rugi kalau tak ada untong, bukankah di- Aden ini ada mengeluarkan minyak petol yang akan di-punggah oleh Inggeris keluar negeri."
Saya fikir, kalau seseorang itu tiada pelajaran (dalam konteks zaman itu, bukan hari ini) tidak mungkin mampu menjawab setajam dan sesinis itu.
Buku senipis 83 halaman ini pastinya ada sambungan kerana pada kulit judul ini tertera angka "I". Catatan di dalamnya biarpun singkat tetapi penting sebagai rakaman zaman yang tidak mungkin terlihat lagi pada zaman ini. Lebih penting lagi, ini pandangan seorang wanita Melayu tahun 50-an. Amat jarang ada penulisan seumpama ini dalam penerbitan.(less)
I have read "The Conference of the Birds" earlier, the translated version of the great Fariduddin Al-Attar's work. Peter Sis has managed to ...moreI have read "The Conference of the Birds" earlier, the translated version of the great Fariduddin Al-Attar's work. Peter Sis has managed to transform those words and poems into powerful paintings. Hence, he managed to capture the essence of Attar's idea of the poem. Even my daughters enjoyed reading them. Later on, when they actually read the full poem, they already have the idea of what the poem was all about.
Sebuah karya yang dikenali sebagai sastera lisan. Kisah fantasi orang-orang Melayu. Walaupun sastera lisan itu karangan rakyat biasa (berbanding saste...moreSebuah karya yang dikenali sebagai sastera lisan. Kisah fantasi orang-orang Melayu. Walaupun sastera lisan itu karangan rakyat biasa (berbanding sastera bertulis karangan orang-orang istana), kehebatan pemikirannya luar biasa. (less)
I wish I had this book before I travelled to U.K. But, this book creates more reasons for me to go back to UK and also explore literary places in the ...moreI wish I had this book before I travelled to U.K. But, this book creates more reasons for me to go back to UK and also explore literary places in the U.S. as well!(less)
Kumpulan puisi Raihani Mohd Saaid yang sangat-sangat saya nantikan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Ini hidangan paling lazat. Puisi bukan forte ...moreKumpulan puisi Raihani Mohd Saaid yang sangat-sangat saya nantikan. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Ini hidangan paling lazat. Puisi bukan forte saya tetapi saya menyukai puisi-puisi Raihani sejak dulu lagi!(less)
Secara peribadi, saya amat menggemari kulit buku ini. Puas bertarung untuk mendapatkan yang terbaik, seperti kata pepatah Inggeris, "Only the squ...moreSecara peribadi, saya amat menggemari kulit buku ini. Puas bertarung untuk mendapatkan yang terbaik, seperti kata pepatah Inggeris, "Only the squeakiest wheel gets the grease". Jika saya tidak bising menuntut hak pengarang bagi mendapatkan kulit hadapan yang bermaruah lagi menjanjikan, mana mungkin calon pembaca teruja untuk mendapatkannya.
Dalam koleksi ini, saya sengaja menghimpunkan kembali mana-mana cerpen yang ditulis secara bersiri seperti Resipi Dari Istana dan Impian Tsu-Ryi supaya pembaca boleh mengikuti kesinambungannya. Juga berpuas hati kerana cerpen terkini "Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu" sempat diterbitkan dalam koleksi kali ini. (less)
Buku ini saya baca kerana diminta memberikan testimoni atau endorsmen pada kulit depannya. Kisah yang agak menarik dan saya bersetuju menerima tawaran...moreBuku ini saya baca kerana diminta memberikan testimoni atau endorsmen pada kulit depannya. Kisah yang agak menarik dan saya bersetuju menerima tawaran ini kerana Nippan ialah penerima Anugerah Buku Kebangsaan Thailand. Saya bayangkan ada sesuatu yang boleh diharapkan daripada buku ini.
Bukan kisah tipikal rags to riches, walaupun masih lagi tentang derita anak miskin yang mahu bersekolah dan dilema antara kemiskinan dan keinginan untuk belajar. Membaca karya dari negara lain, sering membuat saya melihat budaya sesebuah bangsa.
Lalu, berikut komentar ringkas saya pada buku ini (pada bahagian kulit depannya) :
"Kemiskinan bukan penghalang impian. Kekayaan bukan bererti kebahagiaan. Karya yang mengungkap keikhlasan persahabatan dalam hidup penuh ranjau. Pengorbanan adalah rencah asas mencari bahagia. Huyan dan Mimpy adalah sisi lain gelojak penduduk selatan Thailand yang jarang diungkapkan." - Nisah Haji Haron(less)
**spoiler alert** Hanya ada 2 sebab saya memilih buku ini: judulnya dan kulit depannya yang menarik. Mungkin juga kerana saya sungguh-sungguh teringin...more**spoiler alert** Hanya ada 2 sebab saya memilih buku ini: judulnya dan kulit depannya yang menarik. Mungkin juga kerana saya sungguh-sungguh teringin untuk ke Paris suatu hari nanti. Namun, buku ini sangat gagal. Barangkali kerana terperangkap dalam 'kisah benar'. Selalunya kisah benar akan menghilangkan logik dan membina rantaian sebab-akibat yang lemah.
Saya tahu ini buku pop. Saya tidak membayangkan ada elemen sastera di dalamnya. Saya hanya mahu tahu bagaimana buku ini menceritakan tentang tempat-tempat menarik di Paris sambil menjalin plotnya. Ya, ada sedikit tentang Champs-Elysees yang disebut sepintas lalu, tentang kereta api lajunya - TGV, Eiffel Tower, dan segala ikon bandar Paris. Kebanyakannya ditampal-tampal bagai kolaj tanpa seni.
Kisahnya mudah: seorang wanita muda yang kebosanan dan tiba-tiba mahu mencari advencer di Paris, bertemu seorang lelaki Perancis yang Kristian, jatuh cinta dan menghadapi halangan-halangan untuk berkahwin. Klise? Ya. Sangat! (Pun, saya tak boleh merungut. Ini novel pop.) Pada awal cerita lagi sudah boleh nampak lelaki Perancis itu menolak Islam dan mahu perempuan itu masuk ke dalam agamanya. Perempuan itu juga nampak dan dia tidak dibutakan oleh cinta, tetapi dia memilih untuk 'menyerah' pada cinta itu.
Namun, untuk menunjukkan betapa insafnya wanita ini kemudiannya (selepas bercumbu, bergesel dan sebagainya - cuma tak berzina sahaja), hanya pada halaman terakhir barulah keluar Surah Al-Kafirun : "lakum deenukum, walia deen" (bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku). Dan banyak pula sindiran bahawa Islam dan keganasan sinonim dengan mereka dari negara Arab, sedangkan wanita protagonis cerita ini liberal dan tidak bertudung, namun dia digambarkan sangat terbuka menerima lelaki Perancis itu dan sungguh-sungguh percaya lelaki itu boleh di-Islamkan, demi cinta.
Betapa kisah benar dan fiksyen kalau bersatu, belum tentu menjadi kisah yang baik. Seperti kata Tom Clancy, "The difference between fiction and reality is that fiction has to make sense."
Secara keseluruhannya saya berpuas hati setelah menyelesaikan pembacaan buku ini. Cerita sangat menarik pada bahagian awal sehingga tengah kerana kita...moreSecara keseluruhannya saya berpuas hati setelah menyelesaikan pembacaan buku ini. Cerita sangat menarik pada bahagian awal sehingga tengah kerana kita akan dapat melihat usaha bersungguh-sungguh John Wood untuk membina Room to Read di Nepal. Apabila sampai di 3/4 cerita, saya sudah mula 'skip' sana-sini kerana banyak pengulangan peristiwa walaupun ia berlaku di berlainan tempat.
Apa pun, usaha penterjemahan oleh Sdr Iskandar Shah wajar dipuji kerana dia mampu memberikan nuansa Melayu. Hanya sesekali sahaja kita terasa bahawa kita sedang membaca buku terjemahan. Saya tahu terjemahan bukanlah kerja yang mudah. Namun, memudahkan terjemahan supaya orang yang tidak mampu membaca dalam bahasa Inggeris, mampu menikmati buku ini adalah usaha yang mulia!(less)
Segar dan informatif. Sayangnya, novel ini agak pendek. Namun, sebagai novel pertama Rebecca Ilham ia amat menjanjikan. Lantaran novel ini secara rela...moreSegar dan informatif. Sayangnya, novel ini agak pendek. Namun, sebagai novel pertama Rebecca Ilham ia amat menjanjikan. Lantaran novel ini secara relatifnya pendek, banyak watak tidak mendapat ruang yang cukup untuk dikembangkan.
Isu alam sekitar, Empangan Gemawan, penduduk asli vs kapitalisme @ konglomerat bukanlah isu baharu. Namun, Rebecca memberikan perspektif yang berbeza. (less)
Snatched a copy of this book at the Big Bad Wolf Warehouse Sale last October 2011. Even though it was meant for junior readers (age 8 - 12), I find th...moreSnatched a copy of this book at the Big Bad Wolf Warehouse Sale last October 2011. Even though it was meant for junior readers (age 8 - 12), I find the book to be interesting. The font is big (well, it was meant for kids) and easy for my eyes!
It's all about keeping a notebook, if one plans to become a writer. Having a notebook for a writer is equivalent to having a sketchbook for and artist. The book further explains the use of keeping one which is quite different than having a diary. (less)
Ini bukan buku tentang nujuman masa depan atau tilikan nasib. Buku ini ialah satu daripada kaedah mengenal peribadi seseorang secara asas melalui horo...moreIni bukan buku tentang nujuman masa depan atau tilikan nasib. Buku ini ialah satu daripada kaedah mengenal peribadi seseorang secara asas melalui horoskop. Kaedahnya mudah, mesra pengguna dan tidak memeningkan pembaca yang tiada asas astrologi. Setiap bintang dibahagikan kepada 6 bahagian (misalnya untuk bintang Aries): 1) How to recognize an Aries; 2)The Aries Man 3) The Aries Woman 4) The Aries Child 5)The Aries Boss 6)The Aries Employee.
Sudah lama saya membaca buku ini (sejak tahun 1990-an lagi). Baru teringat hendak merekod di sini. Buku ini banyak membantu saya mengenali kawan dan lawan. Apabila saya kenal seseorang mengikut bintangnya, saya tidak mudah bersikap 'judgmental' atau membina prasangka tertentu. Saya semakin memahami sikap mereka di sekeliling saya - termasuklah anak-anak guam, sewaktu saya masih bertugas sebagai peguam. Sebagai penulis, saya menggunakan buku ini sebagai alat bantu dalam membina perwatakan yang mantap. (less)
Hanya pembaca yang bijaksana sahaja yang patut membaca kumpulan cerpen Mawar Shafei ini. Not for the fainted heart! Sudah membaca cerpen-cerpen Mawar ...moreHanya pembaca yang bijaksana sahaja yang patut membaca kumpulan cerpen Mawar Shafei ini. Not for the fainted heart! Sudah membaca cerpen-cerpen Mawar secara eceran setiap kali cerpennya terbit. Kali ini diamanahkan supaya mengulas dalam sebuah bicara karya. Kesan pembacaan kali kedua ini lebih dalam. Mawar mengungkapkan kehidupan, kasih sayang dan keakraban dengan Tuhan dengan gaya yang tersendiri. Inilah gaya sastera tinggi!(less)
Membaca cerpen-cerpennya memberikan suatu sorot pandang yang berbeza tentang Islam daripada pengarang yang mampu mengimbangi ilmu agama dan ilmu saste...moreMembaca cerpen-cerpennya memberikan suatu sorot pandang yang berbeza tentang Islam daripada pengarang yang mampu mengimbangi ilmu agama dan ilmu sastera. Keseimbangan itu menatijahkan karya yang segar, matang dan menusuk nubari. Peribadi, saya amat menggemari "Mihrab", "Mimbar" dan "Sejadah" - suatu permainan semiotik yang berkesan. Amiza Khusyri bukan sekadar meninggalkan jejak tetapi telah memacak keperibadiannya di jagat kesusasteraan kebangsaan!(less)
A wonderful collection of quotes on reading, writing, libraries, literature and of course, on books! It will brighten up your day - especially, if you...moreA wonderful collection of quotes on reading, writing, libraries, literature and of course, on books! It will brighten up your day - especially, if you are an avid reader / booklover.
Among my favourite quotes are :
"The man who reads nothing at all is better educated than the man who reads nothing but newspapers." - Thomas Jefferson
"Read not to contradict and confute, nor to believe and take for granted, nor to find talk and discourse, but to weigh and consider." - Francis Bacon
"My library, was dukedom large enough." - William Shakespeare, The Tempest.
"A great library cannot be constructed - it is the growth of ages." - John Hill Burton, The Book-Hunter(less)