Isma's comments
(member since Apr 28, 2009)
Isma's comments from the Goodreads Malaysia group.
(showing 1-20 of 52)
''Ketuanan Melayu'' bagi saya konsep itu sudah lama wujud walaupun ia tidak menyata terus ketuanan Melayu.Tapi bukan bermaksud Melayu itu Tuan yang lain kuli.Sheikh Wan Ahmad Fathani,telah menulis dalam beberapa kitab-kitab kuning tentang Melayu secara panjang lebar.Dan ada beberapa ulama lagi telah menulis. Nanti, nak rujuk semula dalam kitab-kitab kuning itu. Mungkin Zaid itu dia terlepas pandang akan karangan ulama terdahulu sebagai rujukan. Terlalu mengambil acuan ilmu barat dalam menerang sesuatu.
Oh, kakak banyaknya baca buku berbau agama. Saya tahun ini, setakat ini terlalu banyak buku berbau politik.Rasa malu saya.
Buku ini membuatkan saya teringat pada pilihanraya 2004. Sebelum subuh, saya telah mendapat berita kekalahan Pas di Kelantan (ternyata berita itu tidak benar)membuatkan saya sedih sangat. Subuh itu saya berlari ke jeti feri di Tak Bai, saya lihat bendera Kelantan berkibar lemah. Begitu jugalah semasa Nizar hilang kuasa, rasa sedih lihat bendera negeri Perak.Tapi saya perasan bendera Malaysia berkibar megah.
Saya telah buat perbandingan dengan beberapa buah buku, hasilnya;
Kisah negro ini sepatutnya ditulis oleh Jean P. Sasson,barulah penipuan itu nampak hidup. Lihat, bagaimana Jean P. mempermainkan atau mempergunakan sebaik mungkin kisah-kisah yang diceritakan padanya untuk mewujud kebenaran dalam novel beliau.
Ada juga, biasalah Thailand negara bebas tapi kurang di sini berbanding di Bangkok, bahagian selatan tengah tapi paling kuat di Utara,kawasan Chieng Mai.Ada masjid lagi.Imamnya rupa macam al-Sadr.Ada tawaran biasiswa juga.
Sejak dulu lagi, saya geram atau gatal-gatal hendak bertanya tok guru tapi saya takut.Saya takut disoal balik,''Untuk apa mu sungguh-sungguh nak dipentaskan?''
Baiklah, saya perturunkan soalan itu di sini, sedikit demi sedikit, jika ada yang tahu jawapannya di sini.
A)Bagaimana Sunnah menilai peristiwa karbala?
B) salahkah takziyeh dipentaskan?
C) Kalau salah di mana salahnya?Macam salah.
D) Kalau salah bolehkah kita menonton atau menghadirnya.(macam pernah tonton) :)
Pun begitu, saya lemas dengan dialognya panjang-panjang.
Saya tidak kisah soal harga, tapi saya sangat mementingkan apakah buku itu ada nilai jurnalistik atau berita untuk diulas.:)
Mudin,
Rasanya gaya persempahannya yang terlalu New Journalism, yang menyebabkan ia boleh jatuh kepada fiksyen.Rasanyalah.
Tadi baru pegang buku ini, tapi tak beli,hati tak tergerak nak beli, lagi pun 320 Baht.Poket makin kosong.
Maknanya ia terbit semula dalam BM.Tapi saya jenis minat baca buku Indonesia asal.Ok, terima kasih kak. Nak suruh kawan saya beli.
Kak saya nak calon buku, tapi saya risau takut buku itu terpilih, sedangkan saya dua minggu awal bulan Jun ini, agak sibuk. Akan berada di luar negara:)
Buku tragedi perang:
1.A Long Way Gone: Memoirs of a Boy Soldier, tapi buku ini bukan kategori Fiksyen, ia memoir.
http://aebooker.blogspot.com/2008/11/nam...
2. Rindu Andalusia.Saya rasa ia juga tragedi perang.
Kataklicik, saya pun kurang senang dengan tafsiran ulama wahabi-salafi itu.Inilah yang saya risau dengan apa yang berlaku di kampung saya. Kami diasak tiga penjuru--wahabi, syiah, dan liberal sampai masjid terbelah.Di kampung saya ada dua masjid.Rasa mahu roboh masjid itu.Ini berlaku disebabkan kami tidak ada undang-undang yang boleh sekat dengan sebaran ideologi ini.Thailand kan negara bebas.Tiga ideologi ini makin di arus perdana di tempat kami.
Sebab itulah saya bersetuju faham seperti ini jangan di arus perdanakan. Tapi kata orang,hanya pengharaman adalah satu langkah untuk mengelak ia di arus perdana.:)Ambil contoh arak, kalau Islam kata haram tapi tidak ada penguatkuasaan,bebas dijual, bebas diiklan, harap diri sendiri, orang lain macam mana.Kalau kena ke atas keluarga kita sendiri baru hendak salah kerajaan.
Lagi kataklicik, kalau KDN haram buku sperti itu pasti pejuang atau NGO yang kononnya pejuang hak kebebasan akan senyap tapi bila KDN haram buku Islam LIBERAL heboh satu negara.Begitu juga bila KDN haram buku al-Arqam semuanya senyap.Saya geram dengan sikap double standard ini.Mujur Ayah Pin tidak tulis buku Kerajaan Langit, jika KDN haram buku ini, tentu NGO ini riuh.
Saya lupa hendak tanya Ayah Pin hari tu, berminatkah nak tulis buku?
P/s: Kak Peesha, saya pun lupa buku tu tapi jika hendak tahu judul, rasanya tidak silap ia ada dijelas dalam buku Girls of Riyadh, rasanya lah.
Ya lah, melencong sampai seberang Golok.
Panggil Aku Melaju, seperti menarik tapi belum saya jumpa di KB.
