Aina Dayana Hilmi Aina Dayana's comments (member since Dec 05, 2008)


Aina Dayana's comments from the Goodreads Malaysia group.

(showing 1-14 of 14)

Senarai 50 Aina (5 new)
19 days ago, 01:45AM

465 Akhirnya berjaya juga mencapai 50 buah buku :D

45)Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
46)Di Jalan Dakwah Aku Menikah
47)VT
48)Nota Hati Seorang Lelaki
49)Emilda Catatan Seorang Perindu
50)The Cunning Fox
51)Aku Bukan Superstar
52)Selagi Masih Muda
53)Munajat Cinta 2
54)U-Turn Ke Jalan Lurus
55)Resipi 30 Minit Chef Kamarul
56)Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku
Sep 25, 2009 11:24PM

465 Subhanallah..
Semangat ni nak membaca macam akak ;)
Saya sama macam Welma..
Kadang-kadang nak baca dengan perlahan-lahan ;)
Teruskan!
Senarai 50 Aina (5 new)
Sep 24, 2009 04:07AM

465 1) Syahadat Cinta
2) Indahnya Cinta Kekasih Allah
3) Bedar Sukma Bisu
4) Justeru Impian di Jaring
5) Lili Lulu Lala - Komik M
6) Cogito Allah Sum
7) Guru Arkitek Bangsa
8) Cinta di Rumah Hasan al Banna
9) Memasak itu Mudah
10) Haji Muda
11) Abu Bakar Sahabat Sejati
12) Satu Rasa Dua Hati
13) aA+bB
14) Hafalan Solat Delisa
15) Hidayah Cinta
16) Tawarikh Cinta
17) Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW
18) Syamail Muhammad SAW
19) Travelog Haji
20) Misteri Mayat Terapung di Resort Melati
21) Transgenesis
22) Catatan Hati Nik Nur Madihah
23) Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
24) Odisi Bulan Biru
25) Ke Mana Wang Anda
26) Abu Ubaidah Penakluk Parsi
27) Moga Bonda Disayang Allah
28) Mikhail
29) 7 Formula Individu Cemerlang
30) Jangan Beralasan Anda Jahil
31) Curahan Cinta Niagara
32) Glob Dunia untuk Raja Sicily
33) Suami Memimpin Isteri Mengurus
34) Travelog Dakwah
35) Aisyah Keanggunan Sejati
36) Biskut Ajaib
37) Diari Aneesa
38) Ilmuwan Islam Dalam Pelbagai Bidang Siri 29 - Ibn Zahr
39) Life is an Open Secret Ramadan Special
40) Bintang-bintang ke Syurga
41) I Love You Too
42) Rooftop Rant
43) Adab Bergaul [Agar Dicintai Allah Kemudian Dicintai Manusia:]
44) 101 Kisah Benar Umar bin Abdul Aziz

Phew...6 lagi.. :D
Jul 26, 2009 06:26PM

465 Alhamdulillah, tahniah!! :)
Jun 13, 2009 11:43PM

465 Wah, tahniah!! ^^,
May 17, 2009 07:56AM

465 Kataklicik --> "Pasal mereka-mereka yg label 'trash'-reads tu, lain kali buat le muka surprised dan jawab balik, "eh ye ke? awak dah baca habis buku ni?"

Hahah..idea yang baik! Saya pun nak 'apply' la lepas ni :D

Kebanyakan orang yang saya jumpa biasanya cakap tak ada masa. Tapi tak kurang juga masih ada yang 'mind-set' baca novel melayu ni jiwang karat, x berfaedah, dan buang masa. Huhu.. dia yang ketinggalan zaman. Banyak lagi buku-buku Bahasa Melayu yang bagus-bagus. Adeh..

Masa saya baca novel islamik / sejarah islam (contoh : Abu Bakar Sahabat Sejati terbitan PTS) atau buku agama, ada kawan cakap "Aku tak bolehlah baca buku berat-berat macam ni".. Huh? BERAT?

Hmm..
May 11, 2009 10:51AM

465 "1) Tengku Jauhari Firus bermimpi, di atas singgahsana, tepat di atas kepalanya, ada sebilah pedang tergantung yang hanya diikat dengan benang sutera. Kata nenda, "pastikan pedang itu tidak jatuh menikam pundak cucunda". Jikalau anda adalah Tengku Jauhari Firus, apakah yang boleh anda tamsilkan melalui mimpi itu? (Bab 1 : halaman 12-14)"

Bagi soalan 1, saya rasa ini menunjukkan bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin. Seseorang pemimpin yang adil seharusnya memerintah dengan adil dan mengambil berat akan semua perkara. Pedang itu sebagai amaran supaya pemimpin tidak pecah amanah dan berlaku zalim. Malhan, Rasulullah sendiri telah memberi peringatan : Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak lupa juga, pemimpin yang baik ialah mereka yang mengikuti perintah Allah dan Rasul-Nya. Dalam Surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud ; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”


"2) Andaikan diri anda ialah Tengku Jauhari Firus. Baginda adalah bakal pemerintah Ujana Madani. Anda pula, anggapkan saja sebagai ketua di rumah, atau ketua di pejabat, atau ketua kepada anak-anak anda, dan sebagainya. Bolehkah anda menjadi, "pohon yang rendang, juga berbuah dengan lebat dan kuat bertunjang". Atau mungkin anda memiliki definisi tersendiri dengan kenyataan itu. (Bab 1 : halaman 17)"

Hoho.. bagi saya sukar untuk menjadi pemimpin yang sempurna dari semua serba-serbi. Tetapi, saya sangat suka dengan perumpamaan ini - "Pohon yang rendang juga berbuah dengan lebat dan kuat bertunjang". Ini bermaksud ilmu menjadi tunjang dan asas dalam kepimpinan. Ilmu sangat penting kerana dengan ilmu seseorang mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Saya teringat kepada kata-kata orang dahulu kala:

Jika ingin tahu tingginya pokok, tanyalah helang,
Jika ingin tahu luasnya padang, tanyalah belalang,
Jika ingin tahu dalamnya hutan, tanyalah puyuh.

Seseorang pemimpin harus mempunyai pakej lengkap ilmu bagi menjamin ketelusan kepimpinannya di samping menjadikan hala tuju kepimpinnya lebih baik dan terarah. Wallahualam. Sekadar pandangan saya ;)
May 04, 2009 06:25AM

465 Saya sudah habis membaca buku ini. Tapi masih belum dapat jawab lagi. Insya Allah ya :)
Salam buku.... (133 new)
Apr 29, 2009 07:54PM

465 Saniah,
Salam buku :)

Welma,
Hehe..ya..
Salam buku.... (133 new)
Apr 27, 2009 10:40PM

465 Wah, ada juga yang suka gigit ais ye ;)
Hehe..Welma, terima kasih atas 'hadiah' resensi buku hari tu!
Salam buku.... (133 new)
Apr 24, 2009 09:42PM

465 Oh..saya suka gigit ais kalau minum air batu ;)
Saya Aina Dayana bt Hilmi dari Melaka, umur 25, bakal guru Pendidikan Khas, insya Allah :) Salam buku :)
Apr 24, 2009 09:29PM

465 Jadinya, buku apa yang terpilih sekarang?
Apr 23, 2009 07:05PM

465 Assalamualaikum
Menarik! Baru terbaca topik ni :)
Saya sedang mencari "Dewey The Small-Town Library Cat Who Touched the World"
Tapi masih belum jumpa
Tahu tak di mana boleh beli buku ni?
Terima kasih!
(Opss..maaf, keluar topik pula ;))

Sekadar cadangan ..

Saya setuju ~~

Tawarikh Cinta
Jatuhnya Sebuah Tamadun
Dewey The Small-Town Library Cat Who Touched the World
dan.. erm.. untuk fiksyen BI saya tak ada cadanganlah..hee..

"Kau Baca, Aku Baca, Kita Bedah" ;p
465 * Peranan ibu bapa.
Ibu bapa berperanan menyemai minat membaca dan budaya membaca di rumah. Hadiahkan buku-buku yang sesuai dengan tahap mereka dan rangsng anak-anak untuk membaca. Saya juga minat membaca sejak kecil lagi kerana ayah dan ibu sering membelikan bahan bacaan yang menarik. Ibu bapa juga tunjukkan contoh yang baik dengan membaca buku di hadapan mereka, atau membaca bersama, dan bagi ibu bapa yang berkesempatan, bacakan anak-anak cerita sebelum mereka tidur.

* Bercerita dengan kawan tentang buku yang dibaca. Seingat saya, semasa saya di sekolah rendah, selain bercerita dengan kawan mengenai buku yang dibaca, buku yang ada selalu diberi pinjam kepada kawan-kawan. Tak silap saya pada masa itu program NILAM telah ada dan usaha kecil saya ialah meminjamkan buku kepada rakan-rakan. Adakalanya bukan tidak minat membaca tetapi wang yang menjadi masalah..

* Saya setuju dengan Dayat. Budayakan beri hadiah buku. Melentur buluh biar dari rebungnya. Saya selalu lihat ibu saudara saya memberi hadiah buku kepada anak-anak saudara yang masih bersekolah rendah dan awal remaja kerana katanya ingin membantu menyemai minat membaca dalam diri mereka.

* Akan tetapi, saya lihat perpustakaan sekolah (saya fokus kepada sekolah rendah) mahupun mana-mana perpustakaan jarang memiliki koleksi buku terbaru. Perkara ini agak menyedihkan kerana murid-murid sekolah ini sangat suka membaca buku yang berwarna-warni dan banyak ilustrasi. Kadang-kadang saya lihat, sampai lunyai buku tu dibaca kerana menjadi rebutan. Wang PCG yang diperoleh eloklah digunakan sebaiknya untuk kepentingan murid-murid.

Wallahualam