54854 Najmuddin's recent posts



Recent public posts (showing 121-140 of 195).
May 08, 2009 06:58AM

465 Aduh! Hanya malam ini sahaya berpeluang menyambung pembacaan sahaya akan kitab Ketupat Cinta ini. Malam-malam sebelumnya kepenatan yang amat sangat maka terus tidurlahlahlah.

Apapun, cubaan menjawab beberapa soalan yang punya soal:

3 - Secara umumnya, bagaimanakah pemahaman Melayu Islam di Malaysia tentang hari Asyura?

Erk... ada orang kisah lagikah pasal hari Asyura di Malaysia? Kalau ada pun, hanya di kampung-kampung oleh orang-orang tua, yang mana amalan itu sudah jadi darah daging mereka. Adat dan kebiasaaan. Tidak ada penghayatan, tidak ada falsafah.

Apapun, saya setuju dengan FT. Bahawa tragedi Karbala perlu diangkat sebagai satu peristiwa yang patut dikenang, walaupun ia hitam dan berdarah, tidak patut cuba digelapkan dari sejarah Islam. Signifikannya cukup besar. Dan hari Asyura perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk itu.
May 07, 2009 08:54PM

465 Kak Najibah, ya Melayu.

Berkaitan nama-nama tu saya setuju. Ada lagi yang saya ingat antaranya, gelojoh nuar, angguk-angguk nacib dan derhaka rosol.

:)




May 06, 2009 07:37PM

465 Faizah Roslaini wrote: "
Petikan Malaysiakini tentang Bab Bubur Ratapan Asyura, lihat sini:
http://www.malaysiakini.com/news/83792"


Merujuk pautan Malaysiakini itu, tiada apa-apa hujah Dr. Asri melainkan melabel FT sebagai Syiah. Itu yang saya tak mahu, melabel, tapi tidak berhujah. :)

Saya sendiri kenal beberapa kawan yang berfahaman Ahlul Bait (ya, mereka tidak menggelarkan diri sebagai Syiah). Tidak pernah ada apa-apa masalah dengan mereka. Saya kenyang dengan hujah!

:)

May 06, 2009 02:21AM

18254 Saya tidak melanggan, tapi saya membaca Millenia Muslim dan Forward secara tetap.

Kadang-kadang saya baca juga Majalah I dan Off The Edge.

Apa lagi ya? Kena periksa kat rumah. :)
May 06, 2009 12:10AM

465 Ah! Nanti dulu, belum sempat nak jawab. Dah dua malam balik rumah tak buka internet.
Penat sikit dua tiga hari ni...
May 05, 2009 06:31PM

465 Ya, betul kata Eiyra. Bezanya yang di PJ itu dibuat oleh MPH Distributor, bukan MPH Bookstore. Lokasinya pun di gudang mereka sendiri, dah banyak kali diadakan di situ. Saya sendiri rasanya dah ke sana sekurang-kurangnya 3 kali.
May 05, 2009 01:20AM

465 Kataklicik,

Buku no.2,3 dan 4 semuanya RM 20 sebuah.
Buku no. 1, RM 24.
Buku no. 5, RM15.
Buku n0. 6, RM 11.

Ditambah dua buah buku kanak-kanak untuk Adam dan Alya, RM 12.

Semua saya habis ialah sebanyak RM122.

You tell me whether that worth it or not! :D
May 04, 2009 08:33AM

465 Okeh. Dah jumpa. Terima kasih. Saya baru sahaja menggabungkan dua Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil, yang sepatutnya satu. :)
May 04, 2009 08:16AM

465 Peija, banyaknya soalan. Jawab satu dulu ya? Jawab soalan dengan soalan, boleh?

Faizah Roslaini wrote: "1 - Raja Mirnawan pernah dikisahkan mendedahkan dadanya dengan membuka bajunya sendiri sewaktu menyambut rombongan dari Terengganu. Bincangkan signifikan perilaku tersebut."

Erk... Raja Mirnawan tu penyanyi nasyid atau rock? :D


May 04, 2009 08:13AM

465 Kak Najibah, boleh aja. Insya Allah tiada masalah. :)
May 04, 2009 08:12AM

465 Ops... macam mana nak combinekan dua buku ya? Tak terjumpa pula caranya.
May 03, 2009 10:39PM

465 Novel Pandemic ditulis oleh Dr Daniel Kalla berikutan kes SARS pada 2003.

Dari Reading Copy:

Pandemic concerns a bird virus that spreads from chickens to mankind. His hero is Dr. Noah Haldane, of the World Health Organization, who tackles the problem and uses lessons learnt from the great influenza pandemic of 1919 that killed more than 20 million people in less than four months.
May 03, 2009 10:37PM

1772888 Saya jumpa buku ini di Kinokuniya bulan lalu, terus sambar. Buku-buku yang jarang ditemui dan sukar didapati, kena beli terus bila jumpa!

:)
May 03, 2009 10:32PM

465 Ada sesiapa nak buat laporan lawatan ke MPH warehouse sale tak? Laporan saya di sini.

Hasil tangkapan adalah seperti berikut:

1. The Audacity of Hope, Barack Obama
2. The Namesake, Jhumpa Lahiri
3. The Catcher in the Rye, J. D. Salinger
4. The God of Small Things, Arundhati Roy
5. Slowness, Milan Kundera
6. Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography, E. Yu

:D
May 03, 2009 05:41AM

465 Kecek-kecek Tok Mudin 3.0

Sudi-sudilah menjenguk dan berkecek-kecek dengan saya. :)
May 02, 2009 06:20AM

465 Saya lupa-lupa ingat apakah yang mencetuskan kritikan dari Dr Asri terhadap FT seputar karya ini.

Tapi setelah membaca buku ini (belum habis ya), saya benar-benar yakin bahawa ia bersangkutan dengan bab keempatnya, Bubur Ratapan Asyura.

Kalau ada sesiapa yang masih menyimpan tulisan Dr Asri, atau ada urlnya, harap boleh kongsikan di sini.

Dan untuk perbincangan kita, mungkin boleh dibincangkan, apa agaknya yang menjadi perselisihan antara dua tokoh ini.

Saya percaya, bahawa ia berkait dengan perkara-perkara berikut (tapi tidak terhad):

1. Persoalan amalan Tun Lepat selepas subuh. Selawat penuh dll.

2. Persoalan tuntutan agar umat Islam meratapi peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin dan ahli bait Rasullulah SAW di Karbala.

3. Persoalan peranan Yazid bin Muawiyah.

Kalau boleh, saya mahu tahu apa hujah Dr Asri.

Selamat membedah.
May 01, 2009 09:37AM

465 annahs kata: "Terima kasih pada kak najibah sebab bagi semangat pada saya yang masih lagi kurang membaca ini."

Wah, begini dikatakan kurang membaca? Hrm... :>


May 01, 2009 09:26AM

465 Najibah wrote: "Isma, Tok Mudin kita ni bukan solo sebarang solo... :)"

Haha, apa maksud Kak Najibah sebenarnya ya? Saya kena tenung dalam-dalam ni!

:D

May 01, 2009 08:10AM

465 Isma, tak, saya bukan ahli Sindiket Sol-jah. Saya bergerak secara solo di alam siber. :)
Apr 30, 2009 09:47PM

465 Ulasan pendek saya tentang Salju Sakinah, baca di sini.