Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Jaja & Din” as Want to Read:
Jaja & Din
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Jaja & Din

4.32  ·  Rating Details  ·  662 Ratings  ·  84 Reviews
JAJA & Din
Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat
jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan
Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun
sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
C. kenal pasti
...more
Paperback, 4th edition (2009 - 2011), 502 pages
Published January 2011 by Jemari Seni Sdn Bhd (920722-U) (first published December 15th 2009)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.
I Love You, Stupid! by Melur JelitaAwak Suka Saya Tak? by Melur JelitaJaja & Din by Noor Suraya13 Jam A380 by Evelyn  RoseThe Wedding Breaker by Evelyn  Rose
Watak Hero Idaman
3rd out of 69 books — 115 voters
Surat Ungu untuk Nuha by Noor SurayaJaja & Din by Noor SurayaGadisku Wan Adnin by Noor SurayaNyanyian Tanjung Sepi by Noor SurayaLangsir Biji Remia by Noor Suraya
Buku Terbaik Noor Suraya
2nd out of 20 books — 22 voters


More lists with this book...

Community Reviews

(showing 1-30 of 1,067)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Aburazeen
Feb 11, 2010 Aburazeen rated it it was amazing
1. Saya pernah nampak Buku Jaja & Din. Kelemahan saya suka buat judgement by book's cover. Ist Impression saya ini buku cinta remaja, bukan untuk umur 30++ macam sekarang. Anyway sebab malas nak sambung John Grisham (..yg perlukan 100% penumpuan) Jaja dan Din saya jamah. Sambil-sambil tanggukkan Rifqi pun boleh baca.

2. First saya akan baca kulit belakang.. OK make sence. Terus baca dari depan (selalunya akan tengok muka surat terakhir). Dan saya tidak jadi tengok mukasurat akhir kerana buku
...more
Don ツ
Apr 13, 2016 Don ツ rated it it was amazing
Shelves: bacaan-bm, favorites, mine
~Boleh tak saya nak 'benci' Kak Suraya sekarang. :( Saya sangat sayangkan Din dan Jaja. Terlalu sayang kerana tak sanggup nak melepaskan mereka~ So far, this is the best book I've read this week. Beautiful, funny, yet so heartwrenching!) Sepertinya hati ini dicengkam kuat, sampai saya tak mampu nak berbuat apa-apa. Jaja dan Din membuat saya ketawa dan menangis sekaligus.Bahasa yang mudah dan indah dengan pelbagai cerita disusun menjadi satu. Kisah yang buat saya muhasabah diri~

Begini rupanya me
...more
Nonieღserenity2bliss
Feb 16, 2015 Nonieღserenity2bliss rated it liked it
Shelves: malay-novel
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Serba salah N nak rate buku ni sebab lebih daripada 50% pembaca memberi rating lima bintang. Mula-mula nak kasik dua bintang, tapi disebabkan ending yang tak disangka dan berjaya buat N menangis tak ingat dunia, N tambah satu lagi bintang...

Walaupun N bolehlah dikatakan suka dengan kisah Jaja dan Din, N tak boleh nak kasik lima bintang. Mainly because permulaan cerita yang agak mengelirukan. Ata
...more
Limau Nipis
Feb 08, 2010 Limau Nipis rated it it was amazing
Ini bukan buku sambungan Nyanyian Tanjung Sepi.

Ini cerita Faiza, anak sulung Dr. Badrul Hisyam dan Dr. Haslina (rakan baik Dr. Aqmar Aziz) yang berambut perang selurus pembaris, berkening cantik, seorang media planner, jatuh cinta kepada seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar, Burhanuddin al-Helmy.

Aduh-aduh, panahan cinta membuatkan jantung Jaja melompat ke kepala rupanya! Novel ini sungguh menarik, kak Noor Suraya lari dari kebiasaannya. Ditulis kisah ini dengan bahasa santai-santai, dari pe
...more
Gobokairina
Nov 13, 2012 Gobokairina rated it it was amazing
Shelves: favorites, koleksi-ga
Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’ [Prolog Pertama]

Itu agaknya yang terjadi. Aku sama-sama mabuk dengan cinta Faiza [Jaja]. Gadis yang tak pernah jatuh cinta dan bila masa dia terjatuh cinta, Jaja dah seperti orang yang jatuh dalam gaung je! hahaha ;P Jaja; seorang eksekutif perancang media lost in space bila terpandang wajah Ustaz M dalam sekeping foto yang ditangkap oleh Suhaimi [Mie]. Kebetulan dia dipanggil u
...more
Najibah Bakar
Lama saya tidak buat begini: baca habis sebuah novel dalam masa kira-kira 18 jam (berselang seli kerja rumah dan melayan anak). Mungkin kerana novel pop yang banyak bermain emosi, jadi pembacaannya tidak memerlukan daya fikir yang tinggi. Mudah, ikut saja alun emosi sampai ke titik akhir.

Selain itu, mungkin faktor lain yang membantu lajunya pembacaan saya adalah gaya pengkisahan pengarang yang sememangnya tinggi, walaupun sedari awal banyak hal yang tidak dapat saya persetujui mengenai pembinaan
...more
kuzzeen
Jul 01, 2013 kuzzeen rated it it was amazing
Shelves: read-2013, i-owned
TERKEDU.......

Bagaimana novel yang x sampai 500 m/s boleh membuatkan aku 'terdiam'...
Hebat kan penangan penulis yang ada segala-gala yang diperlukan untuk menulis. Dan bagaimana kesinambungan sebaris ayat dalam Nyanyian Tanjung Sepi terbitan 2006 boleh melahirkan Jaja & Din 2009.... Aku 'terdiam' lagi.....

Ini novel ke-3 Noor Suraya yang kubaca selepas Surat Ungu Untuk Nuha dan Nyanyian Tanjung Sepi. Semua watak yang sering membuat aku sesat, kembali menyuluh aku dalam Jaja & Din.

Menghada
...more
Juliza
Aug 11, 2011 Juliza rated it it was amazing
Ini tentang seorang Faiza (Jaja) yang berambut lurus macam pembaris warna perang (asli ya), seorang media planner lulusan Komunikasi yang meminang (berkias kata Din ^^) seorang Burhanuddin al-Helmy (Din) yang berjanggut sejemput, seorang guru Kesusasteraan Arab lulusan Al-Azhar.

'Jaja & Din' membawa hamba melompat ke sana sini dalam menyusuri perjalanan Jaja mencari lelaki yang mencuri hatinya (cewahh... hamba pun nak jadi dramatis macam Jaja - huhu...). Tapi jangan risau Jaja si tukang skri
...more
Wan  Farahana
Oct 13, 2013 Wan Farahana rated it it was amazing
Shelves: novel
Kisah Jaja & Din..
Maafkan saya lambat menyedari buku yang sangat ohsem ini.. :)

Short Review:
Buku ini melibatkan banyak permainan emosi. Dari gelak terbahak-bahak seorang diri sambil di pandang dengan pandangan keliru oleh sang suami sehingga basah pipi sebab gagal mengawal perasaan sedih.

Alhamdulillah, walau terlewat tapi masih berpeluang baca kisah hidup Jaja & Din.

"Jaja sedang bawa mujahid kecil di belakang Din. Kalau Din boleh tunggu sedikit masa lagi, dia boleh tengok ayahnya"


"Tuhan
...more
Cik Aini
Jan 24, 2010 Cik Aini rated it really liked it
Shelves: read-2010, asean
Aku membeli buku ini usai membacanya dari simpanan seorang rakan. Begitu kuat tarikan cerita ini, dan aku masih tersenyum dan menangis ketika membacanya

Benar-benar cerita yang mampu mengocak perasaanku, dari tersenyum riang, hingga ke titisan air mata. Ternyata Kak Su memberi satu nafas baru kepada cerita ini.

Jaja merupakan kesinambungan watak dan anak kepada Dr Haslinda dan Dr Shamsul, rakan kepada Dr Aqmar Aziz (kesinambungan cerita Nyanyian Tanjung Sepi). Membaca cerita ini, ibarat imbauan k
...more
Ras
Nov 10, 2014 Ras rated it it was amazing
Shelves: favourites
Rasa bersyukur sgt sbb berpeluang baca kisah JAJA & DIN.. Thanks pada kwn2 kat GR sebab review kalian semua mmg sangat membantu.

Semoga ramai lagi reader d luar sana yg terbuka pintu hatinya untuk baca kisah ini juga.

Apa lagi yg lebih indah & berharga bagi seorang reader jika naskah yg dibaca itu mampu memberi & menghasilkan pelbagai perasaan untuknya. :)

Aina Dayana Hilmi
Jan 24, 2011 Aina Dayana Hilmi rated it it was amazing
Cerita biasa yang diluarbiasakan.

Banyak yang saya belajar dari buku ini. Sesekali menjentik perasaan juga terutama apabila tiba bahagian Jaja dan Din selepas kahwin.

Sabarnya Din mendidik Jaja. Taatnya Jaja pada Din. Seronok juga ada tukang cerita sebelum tidur ya.

Nanti nak buat jugalah pada anak ;)
Nurhafizah
Jan 16, 2015 Nurhafizah rated it really liked it
alhamdulillah, novel yang indah. tahniah kak suraya. novel biasa yang diluarbiasakan .

hebatnya, tabahnya seorang din mendidik isteri (jaja). taatnya seorang jaja pada suami (din).

indahnya andai hidup kita hanya untuk Dia. untuk mendapat redha-Nya.
Nusrah
Apr 30, 2012 Nusrah rated it it was amazing
Kalau scroll sampai bawah, semua orang dah review dengan baik buku Kak Su ni.. :)

Actually sangat terkesan dengan cara Din didik Jaja, cara Din bimbing Jaja sampai Jaja jadi super mother yang solehah. Cara Din tu sangat2 berhikmah. fuhhhh. Dan saya rasa itu yang sepatutnya diterapkan dalam diri daie, kita kena ubah method dakwah dengan lebih berhikmah dan penuh dengan kasih sayang. Setiap kesalahan yang Jaja buat, Din akan tegur dengan cara kisahkan tentang Sirah Nabi dan kaitkan pengajaran Sirah
...more
Ms. Ayu
Mar 23, 2015 Ms. Ayu rated it liked it
mmmmmmmmmm.. OKAY. :) Semua bagi berbintang-bintanggg. Nak komen pun neves sbb I baca skip2. Tak tahu kenapa. Mungkin cerita ni agak slow bagi I. Part last-last tu sebak jugak bila Din hilang. OK. :)
Sakinah
Jun 20, 2013 Sakinah rated it it was amazing
Waaaa... ini adalah buku feveret saya. biarlah ada 100 novel lain, xkan dapat menandingi bestnya buku ni. terima kasih noor suraya kerana telah hasilkan novel yg ohsem ini :)
Intan  Musa
May 17, 2012 Intan Musa rated it it was amazing
Syahdunya! Begitu suci cinta yang datang dari Allah. Rasa insaf dan ingin menjadi yang lebih baik.
Jaja (Faiza) sangat-sangat mencintai Din (Burhanudin) sejak pertama kali melihat gambarnya. Mulalah satu pencarian dan pengembaraan untuk Jaja. Dia ingin 'ikhlas', 'reda', 'taat' serta 'zuhud'. Mereka menempuh alam perkahwinan. Din mula belajar mendidik Jaja untuk lebih dekat dengan Tuhan. Bermula dengan bercerita sirah Nabi, mendidik sembahyang dan mengaji. Jaja senang untuk dilentur kerana hatiny
...more
cheryna27
May 04, 2014 cheryna27 rated it really liked it
Shelves:
Waktu menulis review adalah pada awal pagi Isnin - jadi tak dapat tulis panjang. Masih keliru dgn Ayat-ayat Cinta + Nur Kasih sebenarnya. In denial dalam sesetengah perkara dan bahasa yg digunakan. Bukan negatif tapi masih cuba menerima tanpa sebarang prejudis.

Susah kan, membaca sesuatu yg dekat dengan diri? :)
Sobirah Jamilah
sebuah jalan cerita yang sangat bagus. saya suka watak jaja yang gadis biasa2 tapi tak semestinya dia akan dapat suami biasa2. dan akhirnya dia bukan biasa2.

dia isteri kepada pejuang agama yang sanggup berjuang. :) sebuah novel yang sgt bagus dan memberi isnpirasi kepada saya.
Ain
Aug 10, 2012 Ain rated it it was amazing
Shelves: jemari-seni

Jaja & Din


Kisahnya ibarat penceritaan dari Jaja sendiri , namun turut ada kisah dari sisi Din.

Permulaan ceritanya agak lambat , sehinggakan saya ternanti-nanti waktu "sebenar" Jaja bersua muka dengan Din. Namun penantian ternyata tidak sia-sia. Pertemuan mereka membuatkan saya juga seperti Jaja - Falling in love with Din !!

Walaupun pada awalnya saya seakan tak setuju dengan Jaja yang mahu 'meminang' Din. Dan saya macam bercakap terus pada Jaja - " Jaja , don't do it !! U will regret it !!
...more
Aliesha Kirana
Feb 17, 2013 Aliesha Kirana rated it it was amazing
Buat pertama kalinya, aku menangis baca novel. ya, betul. ok bukan pertama kali =_=" tapi dah lama gila aku tak menangis bila baca novel, tp novel ni buat aku menangis. sebab apa?

spoiler alert!

sebab bila Jaja cakap...

"Din jangan lupa nama Faiza Badrul Hisyam dari 70 org yg boleh Din tarik masuk syurga, naa..."

sedih sgt, sebak semua ada. rasa mcm, kuat sungguh Jaja dan dia sanggup menjanda seumur hidup kalau benar Din sudah syahid. bila dia dapat khabar yg Din sudah pergi, jaja masih kuat dan re
...more
FITRI YANA
Jun 02, 2015 FITRI YANA rated it liked it
Shelves: owned
Baru berkesempatan utk menyudahkan pembacaan. Jaja & Din carries very meaningful message on its story. Si Jaja ~ gadis bandar yg jatuh hati kepada si Ustaz kampung yg bernazar utk hidup secara zuhud. Kasihnya si Jaja kepada suaminya sangat mengharukan. Cintanya si Din kepada pemilik kening cantik si Jaja.
Ita
Nov 14, 2015 Ita rated it really liked it
baca kisah jaja dan din...mengingatkan balik diri ini untuk menoleh balik ke belakang, mengira balik hutang2 dengan tuhan..contohnya solat yang pernah ditinggalkan. kebahagian itu bukan apa yang orang lain lihat, tetapi apa yang kita rasa. teknik cerita pun best.
azian2575
Dec 20, 2010 azian2575 rated it it was amazing
Faiza 'Jaja' & Burhanuddin 'Din' Al-Helmy

"Aduhai pemilik kening yang cantik, aku rindu padamu.. Aku kasih padamu.. Aku sayang padamu, hanya kerana Allah, kerana Dia telah membuka hati-hati kita dalam cinta yang mendalam.. Cinta itu anugerah.. Subhanallah.."
Zuraimah Ismail
Mar 28, 2010 Zuraimah Ismail rated it it was amazing
Recommends it for: all
Bertuahnya Jaja, diilhamkan Allah untuk mencari Din...
Bertuahnya Jaja, dianugerahkan Allah untuk meminjam Din sebagai mualim diri
Bertuahnya Jaja, dianugerahkan Allah untuk berkongsi cerita dengan Din
Bertuanya Jaja, dianugerahkan Allah akan CINTA dari Din...:)
Mai
Oct 27, 2013 Mai rated it it was amazing
Shelves: koleksi-peribadi
banyak pengajaran yang bermakna
Azlin
Feb 17, 2010 Azlin rated it it was amazing
Seronok sungguh baca novel ni... semenjak beli saya dah mengulang membacanya lebih tiga kali ada kot.... Macam-macam perasaan timbul selepas tu, rasa sedih/duka,gembira/bahagia,gelak dan sememangnya insaf untuk diri sendiri tu lagi la....

Selalunya bila kita baca novel cinta, kita rasa cinta itu seolah-olah
adalah agung untuk seseorang tapi dari novel ini saya dapat rasakan yang nyata dari novel ini biarlah kasih sayang dan cinta itu kerana Allah S.W.T.

Pencarian JAJA selama dua tahun berahsil de
...more
Kamaliah
May 27, 2013 Kamaliah rated it liked it
Shelves: my-collection
Jaja n Din… Read this book because few of my friends recommended me to. Hmmm… Honestly, I like it but not enough to love it. As a whole, buku ini penuh dengan pengisian. Pencarian seorang gadis moden bernama Jaja terhadap lelaki misteri bernama Din yang dilihat hanya melalui gambar. Melalui segala macam rintangan, pantang ada yang menyebut disitu lelaki itu, berlarilah Si Jaja ke arah itu. Penantian tanpa usaha yang sedikit membuahkan hasil dan akhirnya Din menjadi milik Jaja dan Jaja berubah ke ...more
Atina
Dec 07, 2013 Atina rated it it was amazing
Kata orang cerita yang terbaik adalah cerita yang mampu terpahat di hati bukan untuk satu tempoh yang sekejap dan aku rasa cerita ini benar benar terikat di hati aku.

Entah untuk kali ke berapa aku mengulang baca Jaja & Din ni. Suka. Sudah sepuluh kali ulang rasanya baru aku ingin mebuat 'review' di sini.

Aku suka dengan watak Jaja dan Din dalam cerita ini. Permulaan cerita mungkin sedikit lambat di mana aku juga seperti pembaca yang lain menanti saat-saat pertemuan antara Jaja dan Din tetapi
...more
Ernnie
Feb 09, 2015 Ernnie rated it it was amazing
Shelves: favorites
Penulisan yang sangat jujur. Cara penceritaan simple. Tak la menggunakan bahasa yang bombastik sangat. Buku ni kawan Ernnie yang suggestkan. Mula-mula tengok muka depan buku ni, rasa macam tipikal novel cintan-cintun yang sangat banyak sekarang. Tapi silap. Novel ni memang berunsurkan percintaan, tapi lain sikit. Paling seronok ada unsur dakwah. Ada juga unsur tanggungjawab muslim. Ditambah pula dengan isu Afganistan yang ramainya antara kita yang tidak cakna. Dengan selitan cerita Rasulullah da ...more
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 35 36 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • Tentang... Dhiya
  • Lazuardi
  • Damai (3 Ceritera Dalam Sebuah)
  • Rooftop Rant
  • Nyanyian Hati
  • Tunggu Teduh Dulu
  • Nah, Untuk Awak!
  • Relevankah Aku di Hatimu? a.k.a Radha
  • Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
  • Jendela Hati
1007974
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Sur ...more
More about Noor Suraya...

Share This Book



No trivia or quizzes yet. Add some now »