Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Ketupat Cinta [Musim Pertama]” as Want to Read:
Ketupat Cinta [Musim Pertama]
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating

Ketupat Cinta [Musim Pertama] (Ketupat Cinta #1)

4.35 of 5 stars 4.35  ·  rating details  ·  269 ratings  ·  37 reviews
Ketupat Cinta
Tun Lepat disumbat dalam tahanan?

Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam Istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah
...more
Paperback, 408 pages
Published 2009 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T)

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Ketupat Cinta [Musim Pertama], please sign up.

Be the first to ask a question about Ketupat Cinta [Musim Pertama]

Community Reviews

(showing 1-30 of 476)
filter  |  sort: default (?)  |  rating details
Najmuddin
Kalaupun ini bukan buku terbaik FT, Ketupat Cinta tentunya buku yang paling sedap dan enak dinikmati. Kalaupun tidak menjilat jari, tentunya meleleh air liur kerana banyak tersengih sendiri.

Dalam buku ini, pembaca bukan sahaja menemui pelbagai resepi masakan Melayu lama, bahan-bahan dan cara memasaknya dan falsafah di sebalik setiap masakannya. Malah, sebenar-benarnya buku ini adalah sebuah satira politik yang menyentuh pergolakan siasah masa kini dengan adunan yang sungguh bijak sekali. Pengeko
...more
Najibah Abu Bakar
Pada awal pembacaan, buku ini saya rasakan layak untuk 4 bintang sahaja. Tetapi pada bab-bab terakhir, saya terpaksa anugerahkan 5.

Kenapa?

Ini kerana saya kagum dengan kemahiran FT mengadun watak. Setiap watak itu bagi saya tidak mewakili individu tertentu dalam krisis siasah Malaysia, tetapi mewakili kelompok-kelompok tertentu.

Parameswara misalnya mewakili pihak yang memegang kekuasaan; isteri tua baginda Kamarul Ajaib mewakili mereka yang pernah berkuasa tetapi telah berundur, dan meliputi jug
...more
Xara_fatima
Ketupat Cinta tulisan Faisal Tehrani ini merupakan satira politik semasa yang dipersembahkan dalam bentuk gaya penulisan lama. Berlatar belakangkan zaman Melayu Melaka, Ketupat Cinta membawa pembaca mengikuti perjalanan hidup seorang gerau (tukang masak) istana yang bernama Tun Lepat sehingga terfitnah meracun Sultan Alauddin lalu dipenjarakan.

Pembaca dibawa mengimbas semula ke zaman Parameswara dengan gerau dirajanya merupakan bapa saudara Tun Lepat iaitu Musa Al-Kadzim. Pergolakan politik ista
...more
Ummu Auni
Ah, membaca Ketupat Cinta bisa membuat hakir terasa lapar. Apa entah lagi hakir jarang membeli buku FT, mungkin kerana ada sesetengah karya FT yang kelihatan seperti membaca buku fakta ahaja. Walau bagimanapun seleksi hakir kali ini, bisa membuat hakir tersenyum. Sementelah buku ini telah lama diterbitkan, tetapi hakir tidak membelinya walaupun hati teruja untuk memilikinya. Sesekali menjenguk review di sini, hakir tertarik hati.

Akhirnya, hakir meminjam buku ini dari sahabat, Hany Fariza. Sunggu
...more
Saiful
Selepas aku membaca karya ini, aku terus pergi ke mph online dan membeli tiga lagi buku karya Faisal Tehrani, mantap, lazat dan enak sungguh mengunyah isi kandungan yang dihasilkan dari aroma buku ini.
Afifah
Jul 24, 2011 Afifah rated it 5 of 5 stars
Recommends it for: syahid nss
Recommended to Afifah by: Kast
jalan cerita sebenarnya agak ringan, hanya menceritakan kisah kehidupan pemerintahan diraja, resipi masak-memasak dan hal-hal politik tanahair semasa yang diserapkan ke dalam kisah istana...sangat menarik..kerana boleh menjadi seperti satu bentuk cerita yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama...bagusnya ada sahaja mesej islam yang akan disampaikan oleh penulis...pada mulanya membaca seperti membaca hasil-hasil tulisan bahasa hikayat...tetapi lama kelamaan sebenarnya bahasa rojak-rojak jug ...more
Hidayah Bani
Berlatarbelakangkan Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pada mukasurat awal, saya merasakan bahawa buku ini sukar untuk dibaca dan difahami memandangkan penggunaan bahasa melayu klasik yang banyak seperti sadarul kalam, gerau, hakir dan sebagainya. Namun begitu, bab-bab seterusnya kelihatan mudah untuk dihadam apabila saya sudah mula memahami jalan cerita.

Falsafah berteraskan Makanan Melayu, FT adun dengan satira siasah...ialah, siasah di negera mana yang hanya ada satu rasa. Di negara Malaysia ini
...more
Akma
Terima kasih untuk untuk tuan empunya Ketupat cinta, hakir merasmikannya dulu.
Kisah dapur dengan berbagai jenis makanan dan cerita disebalik makanan tersebut. Ada Madrasah Makan juga.
Ketupat Cinta: mungkin kisah berunsur sindiran yang mungkin juga dikaitkan dengan politik semasa.

Kadangkala tergelak sendiri, antaranya dengan ejekan Tun Halimahdengan bahasa Dang Munira Kurin;
"cecian cembaca cerita cetupat cinta cini, cucah-cucah cena caca cayat cunira curin cini, cicicici" haha

Satu pengajaran yang
...more
Faizah Roslaini
Terasa rugi pula tidak membaca Ketupat awal-awal lagi sewaktu disiarkan dalam Metro dulu. Kalau sudah baca, sekurang-kurangnya ada juga barang satu dua soalan yang boleh ditanya pada FT sewaktu pesta buku yang lepas.

Seperti karya-karyanya yang terdahulu yang diadun rapi dengan falsafah Islam, Advencer Si Peniup Ney dengan tema muzik dan Tunggu Teduh Dulu dengan tema betik dan keusahawanan, pada kali ini FT mengangkat masakan Melayu dulu-dulu sebagai tema. Selain menyingkap resepi-resepi masakan
...more
Amal Hamsan
Mulamula, aku ingatkan ini cerita zaman dulu. Ya, bahasanya memang zaman Melayu lama. Tapi bukan penceritaannya.

Isu politik yang diolah menjadi cerita kelakar tapi deep bukan main. Sampai aku boleh ketawa macam apa. Memang karya yang power!
frangipani702
antara buah tangan terbaik daripada en faisal...
bahasa yang bersahaja...
penuh sindiran...
tapi mampu menyentuh hati...
mengandungi terlalu banyak nasihat...
padat dengan nasihat yang pelbagai....
haley91
novel FT paling sarkastik pernah dibaca.penuh dengan sindiran. penuh dengan resepi-resepi tradisional.
Dayat
I just finished my reading of Faisal Tehrani's latest published novel Ketupat Cinta. If his past work, Manikam Kalbu made fabric and fashion as the topic that amazed and enlighten his readers, in Ketupat Cinta it was our seldom the least consider subject of food, and recipes. A novel about Malay-Islam's art of cooking or gastronomic as its been described by the author itself.

At first I don't think I will able to finish reading the book in less a week. Especially at time when my interest of local
...more
Barukisu
Ya, kalau sudah tahu penulisnya, tak bisa lagi dibahas-bahaskan. Langgam bahasa yang amat tinggi juga, ilmu masak-memasak yang hebat, buat saya bangga jadi orang Melayu. Selalunya FT akan meninggalkan tanda tanya - apa inikah sejarah yang benar-benar berlaku atau ia hanyalah khayalan FT sebagai sang penglipur lara terbaik? Beberapa kali penulis Sejarah Melayu dikatakan tidak menyampaikan sejarah yang benar dan menyembunyikan beberapa fakta. Novel ini, amat kuat juga unsur-unsur syiah, tetapi sia ...more
Sarah Farhana
Ini adalah buku karya FT yang pertama pernah saya baca, jadi tak dapat buat perbandingan dengan karya-karya beliau yang lain. Namun begitu, dapat disimpulkan bahawa memang FT bijak mengadun isu-isu semasa, ditambah dengan hikayat, sejarah, kisah makanan dan juga Islamik secukup rasa. Sarat dengan sindiran sinikal. Tapi saya anggapkan apa yang disampaikan itu sebagai pelajaran dan peringatan. Kadangkala penggunaan contoh/perumpamaan seperti itu lebih berkesan. Namun begitu, apa yang paling berkes ...more
Atiqah Abidin
Jun 25, 2014 Atiqah Abidin marked it as ketupat-cinta
mcm mne nak read full version???? how?!!!!
MamaErra
Banyak perkataan baru (mungkin boleh dikatakan bahasa orang lama) yang aku pelajari... yang mana orang dulu-dulu selalu gunakan tetapi jarang sekali digunakan oleh generasi masa kini.

Sebagai contohnya, opah aku ada sekali sekala menyebut beberapa perkataan yang terdapat di dalam novel ini dan aku pernah bertanya akan maknanya tetapi jarang sekali aku menggunakannya kerana tiada regu dan kadang-kadang tak tahu bila masa untuk menggunakannya kerana bahasa sebegini tak pernah aku pelajari semasa d
...more
Damaisuria
Diperhiaskan dengan tema makanan, penulis ini berjaya menampakkan jalan cerita berkesinambungan di istana yang tidak berkesudahan. Buat pertama kali melihat judulnya, Ketupat Cinta ia bukan kisah percintaan dua insan tapi mengenai menu makanan yang disulam dengan pelbagai peristiwa berbalik pada raja, permaisuri, dato' bendahara, temenggung, gerau, hulu balang dan pacal-pacal sekalian. Ceritanya agak jenaka, penuh hikayat yang kadang karut-marut.
Fzh Hns
Bacaan ini tidak sesuai kepada mereka yang berjiwa sensitif dan 'cepat melatah'. Karya ini agak provokatif dan mungkin akan menyinggung mana-mana pihak. Tetapi, sesiapa yang ingin melihat daripada pandangan yang berbeza mengenai masyarakat kita (Melayu), silalah baca. Padat dengan mesej yang kebanyakannya 'double meaning' dan satu bentuk kisah pengajaran yang baik dengan gaya bahasa klasik yang menarik.
Vampmary
Mengajar melihat dapur dari perspektif berbeza. Bila saja Tun Lepat di Tunkan dengan zaman dulu yang sebetulnya ia dulu yang sekarang.
Aku melihat dunia Malaya dengan pandangan dapur dan resepi enak menggiurkan ada rahsia.

Belajarlah daripada Tun Lepat. Tentang cinta yang berketupat. :)
Exavidreader
Makanan Melayu menjadi intipati ceritanya, berlatarbelakangkan politik merebut kuasa di istana Melaka. Bahasanya mantap, meskipun kali ini intonasi lebih bersahaja dan lucu. Yang menarik kali ini ialah banyak juga resipi makanan Melayu yang diselitkan di dalam cerita. Selamat mencuba!
Juliana Es
It's so hilarious that every time I think of it, I can hardly stop laughing. However, no matter how funny the story is, the author never forgets to insert advices here and there. A good book that'll definitely lighten up your mood and make your day, any day!
Zulaikha Kamarudin
Aug 23, 2010 Zulaikha Kamarudin rated it 5 of 5 stars
Recommends it for: EVERYONE!
Huwaaaa....mana nak cari Musim ke-2?? Jatuh hati dengan penceritaan zaman kesultanan melayu melaka oleh Dr. Faisal Tehrani!Kepingin mahu baca sambungannya.......huuuu....
Nurul Hidayah
Padat dgn synikal. " Watak Rosjah, perasaan yang digambarkan melalui karakter pemimpin Malaysia cth : Sungguh Nizar sekali, begitu Najib" etc....
cikyah75
Sebuah adikarya dari seorang jaguh! menyelusuri pergolakan politik di tanah bertuah melaka yang diadun seiring kehebatan khazanah masakan melayu!
Nor Azzah
Kisah-kisah menarik yang disampaikan mengikut tema-tema nama manikam. Berunsur sindiran yang ada masanya dikaitkan dengan suasana semasa.
Peesha Pishaposh
What I learned from this book:
"palsu-palsu fazli"
"miang-miang rajoli"
"dari liwat dia datang, kepada liwat dia kembali"
Masni Qisrine
hmmm...rasa lapar bila membaca buku ini
sungguh sinis
sungguh dramatik
karya FT sentiasa segar & tak mengecewakan
Sayp
Sebuah buku yang menarik, cuma bahasa sasteranya agak tinggi bagi seorang remaja abad ke-21 seperti saya.
Sufiyyah Zulkifli
after 3/4, i can't really be in the book.

nevertheless, reading this piece would make u hungry.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 15 16 next »
topics  posts  views  last activity   
manfaat? 4 22 Jan 13, 2015 10:37AM  
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Imam
  • Ranjau Sepanjang Jalan
  • Bagaikan Puteri (Bagaikan Puteri, #1)
  • Jibam
  • Jaja & Din
  • Salina
  • From Beirut to Jerusalem
  • Isabella
  • Badai Semalam
  • PECAH
513758
FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Dr. Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

Mendapat pendidikan awal di SK Sacred Heart, kemudian di SK Jalan Datuk Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian (UPSR). Beliau kemudian menuntut
...more
More about Faisal Tehrani...

Other Books in the Series

Ketupat Cinta (2 books)
  • Ketupat Cinta [Musim Kedua]  : Penggal Pertama
1515 1511H [KOMBAT] Manikam Kalbu Tunggu Teduh Dulu Tuhan Manusia

Share This Book

“Apalah yang lebih jahat dari manusia yang ingin membunuh jati diri bangsanya. Bila ia perlukan al-Qur'an dan undang-undang Islam seperti qazaf, ia akan menggunakan sekian ulama untuk menolongnya. Bila tiada perlu ia agama, ia akan mengelak-ngelak dan mendakwa agama dan siasah itu terpisah tiada kena-mengena. Ini jenis permaisuri celaka namanya.” 19 likes
“Pantang sekali Melayu menderhaka kepada raja. Hanya kalau raja jahat benar-benar, seperti gila, atau benci ia kepada Islam maka waktu itulah boleh raja dimungkiri.” 11 likes
More quotes…