Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Bedar Sukma Bisu” as Want to Read:
Bedar Sukma Bisu
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Bedar Sukma Bisu

3.96  ·  Rating Details ·  254 Ratings  ·  33 Reviews
Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wefada tidak pernah lelah be ...more
Paperback, 312 pages
Published 2007 by Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Bedar Sukma Bisu, please sign up.

Be the first to ask a question about Bedar Sukma Bisu

Community Reviews

(showing 1-30)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Naim AlKalantani
Feb 27, 2016 Naim AlKalantani rated it it was amazing
Cinta. Politik. Ekonomi. Bedar. Kesungguhan dan kecekalan seorang bernama wanita.

Antara karya Faisal Tehrani paling prestige yang pernah aku baca. Bahasa tulisan yang digunakan sangatlah lembut dan nyaman. Macam aku sedang baca A. Samad Said gitu.
Mai RadhiAllah
Apr 01, 2016 Mai RadhiAllah rated it really liked it
Sekiranya Faisal Tehrani adalah Van Houten. Aku adalah Hazel Grace dan Agustus Water. Yang masih berkira-kira untuk menghantar pesanan mel kepada penulis kerana perasaan meluap-luap ingin mengetahui penamat cerita. Boleh jadi rangka pesanan mel aku seperti ini;

Subjek: (Sila sarankan subjek bagi mel ini)

Kehadapan Pak Faisal,

Moga Ilah merahmati tuan. Buku tuan berjudul 'Bedar Sukma Bisu' telahpun selesai saya khatamkan tempoh hari. Nampaknya tuan tetap tuan; telah saya jumpa dan bersalam di tulisa
...more
Juliana Es
Jan 04, 2014 Juliana Es rated it really liked it
Shelves: i-own, faisal-tehrani
This review has been hidden because it contains spoilers. To view it, click here.
Johan Radzi
Jun 27, 2012 Johan Radzi rated it liked it
Bagiku peribadi, apa yang menarik tentang buku ini bukanlah terletak pada plotnya, tetapi lebih kepada watak-watak yang mempunyai kisah silam dan perspektif yang berbeza. Buku ini memerihalkan tentang perkapalan melayu, tentang perniagaan didasari atas keislaman, cinta, falsafah, dan sebagainya. Seperti biasa, Faisal Tehrani akan sentiasa mengetengahkan "melayu-islamnya" sebagai tema pokok, dan watak, plot, dan latar menjadi reranting redup.

Ia adalah bacaan yang santai, tidak perlu mengerutkan d
...more
Fairuz
Jan 31, 2013 Fairuz rated it liked it
Berkisarkan tentang ekonomi negara dan keunggulan pertukangan perkapalan melayu. Bedar Sukma sebuah syarikat perniagaan turun menurun yang diterajui Dr. Wefada secara mendadak kerana merupakan waris paling layak selepas abangnya Waqeel. Badai kehidupan lampau telah membawanya jauh daripada lautan dan berkeputusan untuk hanya berbakti di darat melalui akademik bidang ekonomi. Namun darah diraja melayu dan pelaut Oran yang mengalir dalam pembuluh menjadi pendorongnya sebagai nakhoda wanita yang ...more
ainunsailah Nordin
Oct 31, 2016 ainunsailah Nordin rated it really liked it
Shelves: my-book-shelf
Saya tidak mahu tahu, apakah FT ini Syiah kah, Liberal kah, atau entah apa-apa dia. Yang cuma saya tahu, karya ini terlalu mengagumkan. Dan penulisnya sangat hebat.

Bagaimana satu buku yang cuma ada 300 helaian mampu memuatkan kisah tentang pelayaran, pembuatan bedar Melayu, kegemilangan Selat Melaka, Semanjung dari segi hasilnya, undang-undang dan ekonomi, sistem ekonomi semasa, sistem ekonomi Islam, sistem pertahanan dengan segala macam kecanggihannya sama ada nasional dan antarabangsa.

Semua
...more
haley91
Aug 22, 2014 haley91 rated it really liked it  ·  review of another edition
alhamdulillah, finally after 4 weeks bergelut dgn assignment + presentation + pretest, berjaye jugak mgkhatamkan buku nie.. overall, ianya x mengecewakan.. malah, berbaloi mencuri mase utk abiskan buku nie, even dlm lecture hall pon ngadap buku nie.. ape yg best tentang buku nie, ia memaparkan bagaimana gigihnye kluarga Wefada untuk meneruskan legasi perkapalan yg diasaskan oleh datuknya, Ben Qurtubi, seorg Arab yg expert dlm membuat bedar.. too many things yg kt bleh blaja dri buku nie.. ...more
Fatehah Ridzuan
Jun 06, 2015 Fatehah Ridzuan rated it liked it
Dua hari tenggelam bersama Bedar Sukma Bisu. Saya cadangkan novel Bedar Sukma Bisu ini sebagai bacaan pelajar ekonomi dan ahli perniagaan dan ekonomi. Tema utama novel ini tentunya berkait ekonomi. Saya sangat suka cara Faisal Tehrani memperkaitkan sejarah, budaya, agama dan kekayaan alam dengan ekonomi. Soal etika dalam perniagaan pun sangat menarik. Dan kisah percintaan Wefada dan Elemine tentunya suatu kisah percintaan impian saya. Karya Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan. Bila bercakap ...more
Farid Akram
Mar 10, 2016 Farid Akram rated it really liked it  ·  review of another edition
Secara jujurnya,saya mengenal perempuan Melayu yang kaya dengan daya inteleknya,budi pekertinya serta betapa halusnya sesuatu peradaban hingga mampu melahirkan wanita yang sedar akan dirinya.

Walaupun lambat membaca karya ini,tapi ia mencerminkan pemikiran penulis bahawa peradaban yang bertunjangkan faham agama mampu membangunkan rohani dan fizikal bangsanya.Ya,saya fikir Barat menjadi maju kerana memegang sungguh sekularisme sebagai tunjang peradaban.

Persoalannya,adakah kita umat Islam akan menj
...more
Exavidreader
Dec 19, 2008 Exavidreader rated it liked it
Aku kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi, oleh itu banyak perbincangan yang aku kurang faham dalam buku ini. Mungkin kerana itulah aku sedikit bosan dan ingin cepat-cepat selesaikannya. (Babak cinta tidak pernah menjadi sesuata tarikan bagiku untuk membuat sesebuah karya itu menarik). Tetapi aku amat setuju tentang suatu perkara, seharusnya ada usahawan yang membina sebuah hotel yang mempunyai ciri-ciri keislaman secara total, kerana buat masa ini aku rasa belum ada lagi yang buat sedemikian.
A. Muziru Idham
Jun 18, 2011 A. Muziru Idham rated it it was amazing
Kepengarangan Faisal Tehrani terserlah dalam novel ini yang sarat dengan ilmu bantu dalam bidang perkapalan dan ekonomi. Agak sukar untuk menghadam novel ini sekiranya tiada asas dalam ilmu-ilmu tersebut. Dan Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan dalam aspek susun atur bahasanya yang amat puitis. Malahan, berbanding karya-karyanya yang lain, estetika bahasa yang digunakan di dalam novel ini adalah lebih tinggi.
Emily Iliani
May 26, 2014 Emily Iliani rated it really liked it
Shelves: home
Sangat menyegarkan bila membaca novel FT yang tak terlalu fokus kepada politik (negara ataupun agama). Buah fikir yang mudah dan kemas; yang paling menarik buah fikir tentang mengadakan pakej perlancongan pelayaran Islami. Menarik!

Dan sangat-sangat terkesan dengan cara FT menjadikan ini novel dewasa tanpa menggunakan perkataan lucah. Tabik!
Bsplayer
Jun 16, 2011 Bsplayer rated it liked it
Dalam kesungguhan untuk kita percaya, selain lautan itu menyimpan misteri ternyata masih punya berjuta rahmat untuk disyukuri, baik di permukaan atau di dasar. Itulah ilham yang memancang Bedar Sukma Bisu. Lautan menjadi sebuah ceritera dipesan melalui rahsia perahu.


http://budakkilang.wordpress.com/2011...
Fadil
Nov 11, 2010 Fadil rated it really liked it
Sebuah kisah mengenai bisnes perkapalan pelancongan dan suka duka sebuah bisnes keluarga. Tapi penceritaannya tidak sehebat Sukma Angin - Arenawati. Sekali lagi watak wanita dipertonjolkan. Mungkin lebih menarik jika kehebatan Bedar Melayu itu diperjelaskan dengan lebih halus secara teknikal dan sejarahnya. Juga bagaimana Melayu sebagai Raja Laut suatu ketika dahulu
Maisarah Mohd pauzi
May 27, 2016 Maisarah Mohd pauzi rated it really liked it
Pada mulanya, novel ini agak membosankan. Tapi aku terus menerus membaca. Aku sedikit kurang senang dengan diskriminasi dalam keluarga Wefada terhadap pakciknya, walaupun Wefada tidak melayan pakciknya sebegitu. Sampailah... aku baca ke bab-bab yang akhir, oh... Bedar Sukma Bisu benar2 buat aku.. tergamam. Nama Bedar itu cantik... tapi cerita di sebaliknya sangat pedih.
Siti Salha
Apr 06, 2011 Siti Salha rated it really liked it
Shelves: malay
Cerita tentang Semenanjung Emas. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam.
Naim Hassan
Jan 07, 2010 Naim Hassan rated it liked it
Shelves: novel
Nampaknya Ketupat Cinta lebih dekat di hati. Mungkin falsafah makanan yang mudah dihadam disamping satira politik yang menggelikan hati. Bedar Sukma Bisu pula falsafah laut yang jauh dengan kita orang bendang, disamping teori ekonomi yang mencabar minda.
syafiqah
Jan 13, 2014 syafiqah rated it really liked it
Shelves: 2014
Cerita yang berkisar ekonomi,laut,sejarah semenanjung emas dan kapal.

Wanita melayu itu terkenal dengan peribadi yang sopan dan semangat kental.Wafeeda wanita yang punya semua dan menambahkan keanggunan dengan ilmu.
Wanitaaa intelektual!


Ira Nadhirah
Dec 24, 2014 Ira Nadhirah rated it really liked it
Naskhah yang hebat. Paduan bahasa yang hebat. Penceritaan melalui setiap watak yang hebat. Membayangkan kegigihan penulis menggabungkan fakta-fakta sejarah, statistik-statistik dan masih menyelitkan watak-watak fiksyen, pergh memang hebat betul!
Salbiah Sulaiman
Jul 17, 2010 Salbiah Sulaiman rated it liked it
Keluarga yang menjadikan lautan adalah punca rezeki. Bicara bangga mengenai kehebatan beraksi di lautan. Ada juga diselitkan dengan sedikit percintaan. Namun lebih menumpukan ketabahan untuk mempertahankan perniagaan keluarga.
mohamad ridzuan
Nov 12, 2009 mohamad ridzuan rated it it was amazing
Suatu penulisan yang beasaskan pengkajian yang cukup teliti dari seorang anak muda, selaku seorang pensyarah akademik. Kisah bedar, kajian bedar ;benar-benar membawa aku lebih mengenali tentang asal usul negeriku. Terengganu Darul Iman .
Ikmal Hisham
Mar 14, 2009 Ikmal Hisham rated it really liked it
Baru daku tau betapa hebatnya ilmu kelautan Melayu, pembinaan kapal, penguasaan laut dan dari satu segi adakah Hukum Inggeris Law of the Sea dicedok dari Hukum Laut Melaka? Sama-sama kita fikirkan :)
Sufiyyah Zulkifli
Jun 11, 2013 Sufiyyah Zulkifli rated it really liked it
no wonder my sister can read this book. because economics-business-things are her field. like that. -_-" so the history parts~
Sarah Farhana
Sarah Farhana rated it really liked it
Sep 28, 2009
Shafiq Azid
Shafiq Azid rated it it was ok
Mar 27, 2015
Kamarudin Mamat
sudah lupa...
Masni Qisrine
Masni Qisrine rated it it was amazing
Jul 19, 2008
Atan Yahya
Atan Yahya rated it it was amazing
Feb 22, 2011
Afiq Atoq
Afiq Atoq rated it really liked it
Nov 26, 2014
Riska Fordiana
Riska Fordiana rated it it was amazing
Oct 27, 2015
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • Imam
  • Naratif Ogonshoto
  • Salina
  • Ranjau Sepanjang Jalan
  • Jibam
  • D.U.B.L.I.N.
  • Pedagogi Bahasa Tertindas
  • Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin
  • Seorang Tua di Kaki Gunung
  • Rindu Bau Pohon Tin (Travelog Tarbiah)
  • Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
  • Keluarga Gerilya: Kisah Keluarga Manusia dalam Tiga Hari-Tiga Malam
  • Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
  • Mitos Peribumi Malas
  • Hijab Sang Pencinta (Bagaikan Puteri, #3)
  • Formula Solat Sempurna
513758
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Mal
...more
More about Faisal Tehrani...

Share This Book