Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “KLCC” as Want to Read:
KLCC
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

KLCC

by
3.57  ·  Rating Details ·  247 Ratings  ·  41 Reviews
An anthology of short stories to commemorate the 15th birthday of the iconic Kuala Lumpur City Center (KLCC), home of the Petronas Twin Towers.

Line-Up:

INTRO – Nur Atiqah Jalaludin
JANGAN TERJUN – Nadia Khan
GROUND ZERO – Khairul Nizam Khairani
MATA – Shaz Johar
NYAWA – Raja Faisal
RIPUK – Hasrul Rizwan
WARISAN – Julie Anne
DALAM TANGAN PAPA – Adib Zaini
TAKDIR – Hani Amira
...more
Paperback, 1, 192 pages
Published April 1st 2013 by Buku Fixi
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about KLCC, please sign up.

Be the first to ask a question about KLCC

PECAH by Khairulnizam BakeriKELABU by Nadia KhanMURTAD by Hasrul RizwanASRAMA by Muhammad FatrimZOMBIJAYA by Adib Zaini
Buku Fixi Terbaik
42nd out of 58 books — 199 voters
ASRAMA by Muhammad FatrimKACAU by Ariff AdlyKELABU by Nadia KhanMURTAD by Hasrul RizwanGANTUNG by Nadia Khan
Senarai Buku Fixi
45th out of 73 books — 32 voters


More lists with this book...

Community Reviews

(showing 1-30)
filter  |  sort: default (?)  |  Rating Details
Sahidzan
KLCC dari sisi imaginasi 19 penulis. Bagus antologi ini.

Lepas saya baca semua cerpen dalam buku ni, saya cuba membayangkan, ke 19-19 cerita itu berlaku semacam dalam sebuah filem bertajuk KLCC. Ada yang berlaku dulu, ada yang berlaku serentak pada masa yang sama, dan endingnya KLCC itu ranap diserang teroris- yang sebenarnya telah membuka gerbang neraka di KLCC. Eh.

cheryna27
Jun 13, 2013 cheryna27 rated it it was ok
Ini review melalui Twitter (sambil baca KLCC) yang aku buat sepanjang perjalanan pergi balik kerja dari #KLCC ke Seremban selama 3 hari:

1. Cerita yg best terlalu best. Tapi walaupun ada cerita yg x best, masih average. Level x best kat #KLCC x seteruk #BOLA. Lebih baik dr #BOLA tapi belum sampai tahap #KOPI. #KOPI adalah detail & teratur. #BOLA adalah tergesa2 & tangkap muat.

2. Penulisan yg pakai idea2 besar tak semestinya hebat. Guna metafora tak semestinya seni. Yg simple itu yg "in" s
...more
Siti Zafira
Apr 02, 2013 Siti Zafira rated it really liked it
KLCC merupakan sebuah antologi yang mengangkat KLCC sebagai latar. Sebanyak 19 buah cerpen dimuatkan dalam naskhah ini dan setiap satunya disajikan mengikut spektrum yang berbeza. Di sini, saya sekadar berkongsikan pandangan saya mengenai beberapa buah cerpen KLCC.

Ground Zero – Sesuatu yang saya rumuskan sebagai less is more. Kisahnya ringkas, dibukai dengan perbualan biasa-biasa antara pemandu teksi dengan seorang penumpang teksi (penumpang teksi adalah watak utama) mengenai kehidupan dan penga
...more
Syaihan Syafiq
Apr 22, 2013 Syaihan Syafiq rated it really liked it  ·  (Review from the author)
1. Jangan Terjun - Nadia Khan
Aku seperti dapat merasakan ini merupakan suatu spin-off daripada novel Nadia Khan yang berjudul 'Kelabu' itu, mungkin sekali kerana nama-nama watak yang ditampilkan mirip benar dengan novelnya yang terdahulu. Cerita yang mudah: tentang cinta, pengharapan dan apa yang tidak pasti di masa akan datang.

2. Ground Zero - Khairul Nizam Khairani
Pertama kali membaca karya tulisan beliau lewat novel 'Gergasi' terbitan FIXI. Tiada yang istimewa sangat, naratif sisi idea cuplik
...more
Moby F.
Apr 06, 2013 Moby F. rated it liked it
Desain sampul yang menarik. Paling suka tulisan dari Syaihan Syafiq- point cerita yang simple, interesting, tak over imaginative, sedikit lucu dan kasihan. Tulisan Azrin Fauzi pun okay- very thoughtful of Nek Som, siap hafal tulisan A. Samad Said.

Cerpen-cerpen yang lain pun okay walau aku rasa some writings sungguh luar biasa imaginasinya dan sedikit melebih-lebih, but still worth a read.
Hilmi Isa
May 10, 2013 Hilmi Isa rated it liked it
Shelves: novel-melayu
Antologi Cerpen KLCC ini merupakan novel antologi cerpen pertama keluaran FIXI yang saya beli dan baca. Tambah menarik,antologi cerpen ini merupakan Edisi Terhad yang hanya dijual secara online dan pesta-pesta buku sahaja. Berdasarkan apa yang saya tahu,selain KLCC,antologi cerpen yang juga berstatus edisi terhad keluaran FIXI yang lain adalah Bola dan Kopi. Untuk pengetahuan pembaca,saya membeli KLCC ini di PWTC sempena acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 27 April 2013 yang l ...more
Eerashera
Apr 18, 2013 Eerashera rated it liked it
Pelbagai kisah pendek disajikan dalam buku comel ni Semuanya berlatarbelakangkan KLCC. Bagi aku, beberapa cerpen terawal sangat bagus dan agak menyentuh hati. Pada pertengahan buku, ada cerita yang aku kira biasa-biasa saja, dan ada juga yang aku agak keliru dengan apa yang cuba disampaikan. Dan semakin mahu menamatkan naskah ini, cerpen-cerpen yang dihidangkan semakin menarik sampailah ke penghujung. Bagi aku adatlah. Ada cerita yang bagus-bagus dan ada yang sederhana saja.

Antara cerpen kegemar
...more
Mahmud Qayyum
Jun 04, 2013 Mahmud Qayyum rated it it was ok
Selepas Kopi, antologi FIXI seperti Bola dan KLCC tidak lagi mencengkam. Berita sedikit baik, KLCC lebih okay dari Bola.
Bertemakan KLCC, setiap cerpen tak seharusnya berlatarkan KLCC atau ada hubung kait terus menerus dengan KLCC, ia cuma perlukan interpretasi setiap penulis sendiri.
Beberapa cerita pendek adalah ok, seperti:-
GROUND ZERO: Borak-borak normal antara drebar teksi dan penumpang yang kemudian mendedahkan perwatakan serta kisah hidup mereka. Ringkas tapi hidup.
KALAU LAPAR CARI CHOMET:
...more
Fadzli Jamaludin
Sep 07, 2013 Fadzli Jamaludin rated it really liked it
Shelves: misi-2013
Aku sebenarnya kurang gemar baca cerpen ni, mungkin di sebabkan ia terlalu pendek..x sampai nak klimaks..tetiba dah habis...apatah lagi bila ceritanya tergantung...tapi apa yang aku boleh rumuskan daripada KLCC ni, Antologi Cerpen kali ini lebih baik daripada Naskhah BOLA...kiranya ada peningkatan dari segi pengisian cerpennya kali ini...

Karya2 seprti Ground Zero (KNK), Mata (Shah Johar), Nyawa (Raja Faisal), Warisan (Julie Ann), Gadis & Dua Menara, Penjaga (Dayang Noor) boleh di katakan aga
...more
phazleeanna
Apr 11, 2013 phazleeanna rated it liked it
Shelves: buku-fixi-novo
Semuanya ada di KLCC.

Bagaimana 1 senibina agung yang berdiri angkuh semenjak 15 tahun yang lalu, yang terdiri daripada 2 teratak melangit bisa membunuh dan menyelamatkan, memberi harapan, mengukir kenangan, menjadi tempat jumpa cinta, menjadi tempat terbit benci dan menjadi tempat lahir hati.

Semuanya ada di KLCC.
Fairuz
Jul 10, 2013 Fairuz rated it liked it
Anggap saja ini adalah naskah pengubat rindu eksklusif dari angkatan penulis di samping merayakan ulangtahun ke-15 struktur berkembar tertinggi dunia. Apabila imaginasi dibawa melayang melangkaui kotak fikir, KLCC pasti dilihat dari sisi berbeza. Tak lagi hanya seperti sebelumnya.
Faizal
Apr 23, 2013 Faizal rated it really liked it
Kagum dengan gaya bahasa "Ripuk". Fantasi menarik "Koc Lampu Capai Cakerawala", "Penjaga", "KLCC, Nek Som dan Kucing Bernama Zorg" dan "Gerbang Neraka"

Julie
Apr 20, 2013 Julie rated it really liked it  ·  (Review from the author)
aku kena sembah ratu dekat kebanyakan penulis ni.
hebat imaginasi korang. memang hebat.
Shafaza Zara
May 09, 2013 Shafaza Zara rated it really liked it
Keseluruhannya suka apa yang dibaca :)
Asmar Shah
Dec 22, 2013 Asmar Shah rated it liked it
Buku ini kira rare ah kan??? heee...

Aku pinjam buku ni dengan seorang akak masa acara tukar buku RAMfc baru-baru ni...

Hmm, untuk buku ni apa yang boleh aku perkatakan, bolehlah... so-so je haha...

Ada cerpen yang simple kat dalam ni mampu buat aku terkesan dan ada juga yang aku rasakan cerpen yang ada kat dalam tu tak patut dimuatkan di dalam buku ni! Stress baca!

Dalam buku antalogi cerpen, walau mana-mana je buku cerpen, jangan diharapkan sangat yang semua cerpen tu mampu memuaskan hati kita. Ka
...more
Nadia A Jalal
May 13, 2013 Nadia A Jalal rated it liked it
aku tak boleh bagi lebih dari 3 :

1. sebagai seorang yang telah lama membaca novel Kelabu dan tidak ingat kesemua watak yang ada, persoalan mengenai adakah watak Su dalam cerpen wujud atau tidak dalam novel sejurus selepas aku selesai membaca Nadia Khan sangat mengganggu aku untuk fokus pada cerpen seterusnya.

2. KLCC digunakan sebagai latar tempat oleh kebanyakan penulis namun, entah mengapa, aku rasa aku macam terlalu jauh dengan KLCC sedangkan aku sendiri kerap juga ke KLCC.

3. oleh sebab aku ra
...more
Aimi Z.
Jun 04, 2013 Aimi Z. rated it did not like it
Aku beli buku ni hanya sebab ada Ridhwan Saidi. Dan rasanya hanya cerpen dia dan beberapa yang lain (eg. ground zero) yang tolerable. Yang lain sama ada shallow atau lack message and enrichment. Ikut citarasa pembaca, kalau biasa baca benda generic mungkin boleh suka.
Special mention: 1) Empat. Pernah baca PWP tak? Dia belong dalam genre tu. Cuma soft lah kot.
2) Bila Lapar Cari Comet. Tak ada twist, tak ada plotline, tak ada apa-apa pun sebenarnya.
3) Jangan Terjun. Ada good try at making a twis
...more
Ary Lee
Apr 09, 2013 Ary Lee rated it liked it
Shelves: novel
actually 3.5..
Ini kali pertama ary membaca antologi cerpen dari fixi.. Dan boleh dikatakan ada beberapa cerpen yang menjadi fevret ary. Contohnya,Jangan terjun-Nadia Khan,Mata-Shaz Johar,Gadis dan Dua Menara-Faratira, Empat-Mim Jamil. Biarpun ada yang geli-geli, tapi jika dibandingkan dengan karya lain, yang geli-geli adalah lebih baik.
Can't wait for next anthology. Dan turut mengharapkan peluang untuk turut serta dalam projek antologi seperti ini.
Arif Zulkifli
Apr 26, 2013 Arif Zulkifli rated it really liked it  ·  (Review from the author)
yup. sangat lebih bagus daripada BOLA. dan lebih baik sikit daripada KOPI. puas jugak lah aku baca antologi ni.

aku suka laras bahasa Ripuk. Ground Zero walaupun simple, tapi aku suka plot dia. Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorq (kemain panjang) dan Koc Lampau Capai Cakerawala best gak.
Gadis dan Dua Menara terbaik. noktah.

perlu imaginasi jugak la baca KLCC ni. ahah
AriffHidayah
Apr 27, 2013 AriffHidayah rated it liked it
Shelves: fixi
19 cerpen. Jadi, ada pelbagai gaya bahasa dan plot cerita. Ada beberapa kisah yang perlu kita berimaginasi. Dan aku bermasalah untuk memahami cerpen-cerpen yang bersifat imaginatif.
Secara keseluruhan, karya cerpen terbaik dalam antologi KLCC adalah Ground Zero, Mata, Nyawa, Ripuk, Warisan dan Gadis & 2 Menara.
Nazrul Noorzan
May 03, 2013 Nazrul Noorzan rated it liked it
Dengan barisan penulis yang kebanyakkan sudah menempa nama dalam industri penulisan indie ni, aku memang sudah jangka kebanyakkan cerpen yang dihadangkan enak-enak belaka dan betul-betul di luar kotak fikiran aku.
Firdaus Abu Bakar
Jul 06, 2013 Firdaus Abu Bakar rated it liked it
power tapi tak sepower KOPI dan BOLA. ada beberapa cerpen yang aku memang blur dan pening nak digest seperti Koc Lampau Capai Cakerawala dan Kalau Lapar Cari Chomet. overall, puas hati tapi tak setanding antologi terhad Fixi yang lain.
Farhana Aziz
Jul 06, 2013 Farhana Aziz rated it really liked it
Another intriguing short stories collection by Buku Fixi. Conngrats to the authors! And the editor too.

Oh ya, semasa membaca cerpen Takdir oleh Hani Amira Suraya, terdapat satu perasaan familiar. Rupanya, ada satu komik Jepun yang hampir 80% serupa storylinenya. Justeru aku tertanya, yang mana datang dulu ni?
Nadia Nazlan
Apr 23, 2013 Nadia Nazlan rated it liked it
Seronok. Ada jugak cerpen yang kurang relevannya atau hanya menyentuh sedikit sangat tentang KLCC. Tapi secara keseluruhan buku ini menarik. Tidak bosan. Semua yang banyak memori dgn KLCC wajib beli.
Ska
Apr 30, 2013 Ska rated it liked it
Shelves: cerpen
Ada satu [Nek Som, KLCC, and Kucing Bernama Zorg], dua cerpen yang best. Yang lain - lain pun boleh tahan gak.
Norhani Zaini
Sep 08, 2013 Norhani Zaini rated it it was ok
Cerpen2 dalam ni tidak se gah tajuknya. Banyak yang tah apa-apa. Tak masuk jiwa atau mungkin tak faham apa yang nak disampaikan.

Satu-satunya yang menarik - gadis dua menara.
Cik Jannah
ini juga. antara yang 1500 tu, aku salah satu!
Lyla Ibrahim
Apr 19, 2013 Lyla Ibrahim rated it really liked it
Much better than the last anthology. I liked it.
Adrianz
Oct 15, 2015 Adrianz rated it liked it
Paling Best : Jangan Terjun, Ripuk, Takdir.

Yg lain2 biasa2 je tema..mostly ttg rampas tanah, kena serang pengganas, tmp perjumpaan, ofis...dan yg paling aku pening kisah sains fiksyen. otak aku xleh nk hadam.
Wan Atiee
Jun 22, 2013 Wan Atiee rated it it was ok
Himpunan cerpen-cerpen daripada penulis muda terbitan Fixi. Cerpen-cerpen nya sangat menghiburkan. Antara cerpen yang saya tertarik adalah kisah gadis dua menara.
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
  • ZOMBIJAYA
  • INVASI
  • LICIK
  • CERPEN
  • MANGSA
  • TUHAN
  • CERPEN
  • KOPI
  • AJAIB
  • HILANG
  • CERPEN
  • KL NOIR: RED
  • PARANORMAL
  • ISTERI
  • GERGASI
  • KASINO
  • SUMBAT
  • BISIK

Share This Book



No trivia or quizzes yet. Add some now »